Friday, October 29, 2010

Pesanan Terakhir.....

(Prof. Jaber: yang pertama dari kanan)

Di sini ana nak berkongsi sedikit pesanan dari Prof. Jaber FPQS setelah berkunjung ke pejabatnya petang semalam..
Mungkin tidak semua dari mulutnya dapat diri ini kongsikan bersama, namun cukuplah secara umum hasil luahan hatinya itu.

Setelah sedikit diri ini meminta nasihat daripadanya,
katanya,
1. Pertama kalinya pesanan buat kamu yang paling penting iaitu "niat"(sambil membaca hadith innamal 'aamal)  jika kamu dapat ikhlaskan diri dalam segala hal, maka itulah sebaik-baik perkerjaan kamu.
2. Yang ke-2nya kamu kena "membersihkan hati" dari mazmumah seperti hasad dengki dan sebagainya sifat yang tidak baik. Jika berkumpul sifat-sifat tidak baik pada kamu, maka sudah tentu susah bagi kamu mendekati manusia lain, apatah lagi Allah.

3. Yang ke-3 kamu kena sentiasa "tahsinul ilma atau sentiasa menambah ilmu". Dalam hadith banyak menyebutkan berkaitan kelebihan ilmu ini, ilmu sebagai cahaya menerangi kegelapan dan ahli ilmi di naugi oleh malaikat ketika dalam majlis ilmu. Kamu jangan menjadi seorang yang mudah memberi pandangan sebelum kamu betul meneliti perbincangan sesuatu benda.

4. Yang terakhirnya kamu kena taamul ma'a an-anas wa muslimin( saling bantu membantu) atau lebih khusus sesama muslim. Tiada jarak, sempadan dan masa memisahkan kita. Yang penting sesama muslim dapat mewujudkan mawaddah dan mahabbah, kerana dengan kekuatan dua inilah sahaja dapat menonjolkan kekuatan ummah muslimin.

Ini sahajalah sedikit yang dapat ana kongsikan; tersentuh di hati ini apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya penuh pengharapan buat kita semua. 

Untuk makluman semua Prof. Jaber merupakan seorang profesor dari Al-Azhar mesir yang cukup alim bidang hadith, ketika sesi ini pun penuh dengan hadith-hadith keluar dari mulutnya.

Tahun ini merupakan tahun akhir beliau berada di bumi Malaysia setelah kontrak mengajar di USIM tamat pada akhir tahun ini. Pulangnya ke Mesir ibarat hilangnya permata yang cukup berharga buat warga FPQS khasnya dan USIM amnya.

"Mencorak Suasana Dengan Islam"

No comments: