Monday, November 3, 2014

Khazanah "KINTA" 1


Khazanah kinta ini adalah koleksi kata-kata yang saya kumpul dari pembacaan dan juga mesej-mesej dari sahabat. Bermula dari sekolah menegah sehingga tiada ruang lagi untuk mengisinya.


"KINTA" di ambil hasil daripada gabungan kata-kata dan cinta..
Buku ini saya beli pada tahun 1997 lagi, pada ketika itu umur saya baru mencecah 10tahun, jadi tak hairanlah gambar muka depan buku ini salah satu watak dalam dragon ball.

Bagi sesiapa yang ingin mengambil mana-mana part di dalam ini di bolehkan, dengan syarat:
1.sebagai kegunaan mengeratkan hubungan suami isteri, sahabat dengan sahabat dan bukannya sebagai kata-kata manis buat seseorang yang tiada  talian  sah di antara berlainan gender.
2. bukan untuk komersial.

“Khazanah Kinta.”

1.    Letakkanlah akhirat di atas kepala dan dunia digenggam sahaja, jikalau berlaku gangguan, maka lepaskanlah dunia dan berpegang eratlah kepada akhirat, kerana yang kekal hanya akhirat.

2.    Tidak akan kering tanah di pagi hari jika petang semalam hujan.

3.    Pandangan redha senang selalu tumpul(buta) terhadap setiap aib, sedang pandangan benci selalu membongkar keburukan..syair arab

4.    Bila dunia ini aku rengkuh ia berpaling, bila aku berbuat baik padanya ia membalasnya dengan keburukan. Bila terlihat jernih, tak tahu rupanya keruh.

5.    Bermula hakikat syukur itu memilik nikmat dengan menilik yang memberi nikmat dan jikalau engkau menilik nikmat maka mendinding nikmat itu daripadamu yang memberi nikmat.

6.    Tidak ada yang mengetahui hakikat rindu kecuali yang memendam, tidak ada yang mengetahui kecintaan kecuali yang menahannya.

7.    Berjumpalah dengan sahabatmu dan musuhmu dengan muka manis tetapi bukan kerana hina dan takut terhadap mereka. Dan mantapkanlah dirimu tetapi bukan kerana sombong. Dan rendahkan dirimu tetapi bukan kerana hina. Hendaklah engkau menjaga kesederhanaan di dalam segala urusanmu kerana sesuata yang kurang atau lebih adalah tidak baik.. Al-Ghazali, Bidayatul Hidayah.

8.    Berkata Abu Abdillah Bin Ata’: ilmu itu terhenti di atas amal. Dan amal itu terhenti di atas ikhlas. Dan ikhlas kerana Allah itu membawa membuahkan faham apa-apa yang di kehendaki oleh Allah. Maka memahami apa-apa yang dikehendaki Allah itulah yang dinamakan ilmu bermanfaat.. Imam Nawawi, Bustanul ‘Arifin.

9.    Bukankah ilmu itu suatu yang dilafazkan sahaja, tetapi ilmu itu sebenarnya apa-apa yang memberi manfaat. Al-Imam Assyafie.

10. Qasim al-Ju’ie R.A: agama itu ialah wara’. Dan seafdhal-afdhal ibadat itu ialah melawan nafsu untuk beribadat di waktu malam. Dan sebaik-baik jalan syurga ialah dada yang lapang..

11. Husain Arjak: Sebahagian daripada pemberian Allah yang indah itu ialah akal, dan sebahagian daripada musibah yang jahat itu ialah kejahilan.


12.  Sesungguhnya islam tidah berhajat kepda kita tetapi kitalah yang berhajat kepada islam dan hajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita. (دوة تربية الناس)   

13. Diri peremuan itu mengikut keadaan dirimu. Jika engkau lepaskan sedikit tali penambatnya, ia akan membawamu pergi jauh. Jika engkau kendurkan sejenak kekangnya dan memegangnya dengan kemas di waktu yang perlu maka engkau akan dapat memenanginya. Al-Ghazali.  (دوة   تربية الناس)   

14. Lawanlah kemahuan wanita itu kerana pada demikian ada berkatnya. Saidna Umar R.A. (دوة تربية الناس)   

15. Barangsiapa yang cinta kepada dunia dan seronok serta leka kerananya, maka hilanglah daripada hatinya rasa takut kepada akhirat. Hadith            (دوة تربية الناس)

16. Keberanian sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya. John Petitsen

17. Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. Saidiana Ali K.W

18. Cukuplah sahabat yang jujur lebih besar manfaatnya daripada harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Saidina Ali K.W

19. Sifat keikhlasan yang ada di hati manusia akan menimbulkan kedamaian di muka bumi,kejahatan yang timbul di hati akan menimbulkan kekacauan masyarakat. Hati yang beriman akan menunjukkan akhlak yang tiggi. Kayuhlah bahtera anda tetapi jangan halangi bahtera orang lain.

20. Cukuplah Allah sebgai kekasih dan quran menjadi teman serta mati menjadi ingatan.

21. Dunia ini bagaikan impian orang tidur, kesenangannya bagaikan bayangan awan, kejadian-kejadian bagaikan anak panah yang mengenai sasarannya, sedang syahwatnya bagaikan sesuatu yang beracun, dan godaannya bagaikan gelombang yang besar.

22. Hamparn itu tidaklah terlalu sempit untuk dua orang yang saling menyenangi, tetapi dunia ini belum cukup luas bagi mereka yang saling membenci.

23. Indahnya ukhwah. Di kala lupa ada yang mengingati, dikala tersilap ada yang menasihati. Di dunia hasilnya menemani,di kubur nanti pasti doanya mengiringi.

24. Lautan mahabbah pengikat ukhwaah. Kasih bersemai mesra abadi. Begitu indah ikatan ukhwah. Wasilah mendambakan cinta ilahi.

25. Kekuatan dan kesatuan umat tidak mampu dicapai selagi mereka tidak mahu menerima sebarang kritikan dan berpendapat hanya mereka sahaja benar dan betul.

26. Sesiapa yang melihat keistimewaan pada dirinya, maka mereka tidak akan mengetahui kelemahan dirinya. Mereka yang tidak dapat mencari kelemahan dirinya, maka mereka pasti tidak akan dapat merasai keagungan dan kehebatan penciptanya. Pejuang yang tidak mampu merasai keagungan kuasa tuhan ini pasti akan lemah dan tewas dalam berjuang.

27. Ukhwah terbina persis untaian tasbih, ada awal tiada penghujung, dibuat untuk mengingatinya, dicantum kerana cinta-NYa, diratib semata-mata redha-NYA.

28. Quran dan sunnah menjadi pedoman di dalam menghdapi dan menguasai hidup. Kekuatan iman memberikan ilhamyang kuat. Hidup mesti dapat menguasai diri dengan ruang dan waktu, sedang Quran mengatasi dan memimpin perubahan ruang dan waktu.Hamka

29.  Biarlah dalam kerendahan diri ada ketinggian budi, dan dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Ingatlah Allah telah berfirman mafhumnya: sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu ada kemudahan.

30. Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. Hamka

31.  Jika matahari mempunyai paksi dan daya graviti, bumi mmpunyai paksi dan beredar di atas orbitnya. Begitulah juga juga hubungan manusia dan agama ini apabila agama ini hilang dari manusia akan pincanglah keseimbangan.

32. Apabila semangat masih berkobar-kobar berdasar kepada iman, masyarakat dan Negara tidk akan runtuh. Tetapi apabila semangat mulai kendur kerana Iman yng mendorong pun sudah padam. Keruntuhan tidak dapat di cegah lagi, yang lemah hancur dan yang kut naik.

33. Semoga hidupmu bersinar dengan sinar keimanan, matimu dengan sinar ketaqwaan, amalmu menggunung dengan keikhlasan, hatimu terhibur dengan kalimah tuhan, akhlakmu indah bagai Al-Quran.

34. Bagi mereka yang keras hatinya dari kebaikan, cetek akal dari keilmuan, lemah jawarih dari amalan dan ketaatan. Maka itulah tanda-tanda kerugian dunia dan akhirat. Pak Su Hamid Gunong

35. Cintailah-DIA,  beramallah demi-NYA, bukan demi orang lain. Takutlah kepada-NYA, jangan kepada lainnya. Semunya itu dengan hati, bukan dengan mulut. Itu semua dalam khalwat(batin), bukan dalam jalwat(zahir). Jika tauhid di ambang pintu rumah, ternyata syirik bersemayam di dalamnya,maka demikian itu adalah nifaq. Hindarilah taqwa di mulut, liar di hati, syukur di lisan, ingkar di hati. Celaka jika ucapan  mulut tidak  sama dengan kalbu. Sheikh Abdul Qadir Jailani

36. Bukanlah orang yang asing seseorang yang jauh  dari negerinya, tetapi orang yang asing ialah sesiapa yang di jauhi orang asing.

37. Kemenangan semakin hampir walaupun tekanan semakin keras, fajar pasti terbit walupun kegelapan berpanjangan. Assyahid Hasan Albanna

38. Apabila yang tidur terjaga, pengecut menjadi berani, yang lemah menjadi kuat, yang diusir kembali, yang berpecah bersatu, tiba-tiba titisan kecil ini yang datang berturut-turut dari sana-sini akhirnya menjadi satu limpahan bah yang tidak dapat dihalang lagi oleh mana-mana benteng lagi. Off Road, TGNA

39. Ketahuilah syariat adalah asas dan pemimpin adalah pengawal. Sesuatu yang tiada asas baginya, maka ia akan runtuh, dan sesuatu yang tiada pengawalnya maka ia akan hilang.

40. Air mata kerana kekasih adalah penyesalan, air mata kerana sahabat adalah pengorbanan, air mata kerana keluarga adalah penghormatan dan air mata kerana Allah adalah tanda ketaqwaan.

41. Lahirnya insan di mulakan dengan azan. Matinya insan di akhiri dengan  solat, alangkah singkatnya hidup ini jika jaraknya antara azan dan solat.

42. Allah jadikan kenikmatan dari jerih payah, tenteram dari keluh-kesah, anugerah dari siksaan, gembira dari benci, manis dari pahit. Itulah keadaannya jika mengerti bahawa semuanya mengikut sunnahtullah.

43. Hiasilah tidurmu dengan titisan  air sembahyang, lelapkan matamu dengan alunan zikrullah, selimutkan dirimu dengan  kalimah syahadah,  Alaskan tidurmu dengan doa, moga dirimu diberkati.

44. Tiada harapan selain Allah, tiada ikutan selain Rasulullah S.A.W, tiada kata seindah Quran, tida jalan selurus Assunnah,  tiada perjuangan selain Islam.

45. Di sebalik kezahidan diri itu terslindung ketinggian  budi, sesungguhnya ketinggian dan kezahidan terletak di hati yang dzauk fillah,dalam mengenal Allah.

46. Serahkan dirimu sepenuhnya kepada Allah, maka Allah akan beri  kekuatan sebagai ganti dari kelemahan, keamanan sebagai ganti dari ketakutan, dan kecukupan sebagai ganti dari kemiskinan. Yusuf Qardhawi

47. Kita berkewajipan mendokong Islam, berkewjipan mengajarkannya, berkewajipan merangka perencanaan, berkewajipan menyusun tanzim untuk menegakkannya secara berterusan. dalam kemaslahatan  umat Islam. Selagiselagi ruh di jasad jangan abaikan.

48. Kerinduan kepda Allah melahirkan jiwa-jiwa yang rela berkorban, kecintaan pada Allah melahirkn jiwa yang penuh kesungguhan. Ketaatan pada Allah melahirkan  ketenangan.

49. Mengata orang dilarang,  kata mengata lagi dilarang,  mengata kebenaran patut diperjuangkan.

50. Akhlak adalah bunga diri, indah dilihat oleh mata, senang dirasa oleh hati dan setiap orang jatuh hati.

51. Memenuhi segala kesesuaian dengan hati semua manusia adalah hal yang tidak mungkin kamu capai. Imam Syafie

52. Ada sahabat yang baik itu lebih baik daripada bersendirian, dan bersendirian itu lebih baik daripada ada kawan yang jahat. Kata-kata yang baik itu lebih baik daripada senyap, dan senyap itu itu lebih baik daripada kata-kata jahat. Amanah itu lebih baik daripada berjanji, sedang berjanji lebih baik daripada sangkaan.

53. Hati itu tempat iman. Keyakinan dan makrifat sebagai ubat, tetapi apabila kecintaan kepada dunia dan syahwat telah menguasai/menguasai hati, maka tiada tempat untuk ubatnya. Maka di situlah letaknya kesukaran mengubatinya.

54.  Apabila nur iman di luar hati, maka masih cinta Allah dunia. Tetapi apabila nur iman ke dalam hati, maka hanya cinta kepada Allah. Jika nur iman di luar hati bersama islam dan jika ke dalam hati barulah bernama iman.

55.  Bila kedukaan pergi, kegembiraan yang datang. Bila kegembiraan pergi, kedukaan pula datang.gambaran yang mana harus dipilih untuk menggambarkan kesederhanaan dalam hidup, sedangkan kita harus berusaha ke arah yang di tuju.

56. Buatmu pejuang agama, moga iman perisai kemulianmu, moga taqwa benteng peribadimu, moga syahid jadi milikmu, moga jannah akan memanggil dirimu sebagai ganjaran.

57. Sebenarnya ubat terdapat dalam wahyu, baik yang berhasil dari Quran mahupun Sunnah. Kesenangan dirimu berada dalam iman, penyejuk hati berada dalam solat, keselamatan qalbu berada dalam sikap redha, keteduhan perasaan berada dalam sifat qanaah. Dan sesungguhya kecantikan wajah berada dalam senyuman, terpelihara kehormatan berada dalam  hijab dan ketenangan hati terletak pada zikir.

58.  Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan dan bukan jua pada bicara manis di bibir, tetapi terletak pada ingatan dalam doanya sentiasa. Imam al-Ghazali.

59. Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian. Semakin bertambah bebanan semakin kurang pula keupayaan. Hanya iman dan keyakinan mampu mengayuh kehidupan. Penuh ketenangan, merempuh ujian. Tuluskan dengan Tuhan, teluskan sesama insan. Berhijrahlah kita ke daerah kebaikan.

60. Kita datang dengan dagang dan pergi dengan dagang. Kita adalah perantau malam penuh ranjau. Kita juga perantau siang yang panas di terik mentari suria. Namun kita perlu melangkah walau terpaksa sabar. Pedagang tidak mudah mengalah, dia bukan pengecut, tetpi dia adalah peneroka hati yang mencari hakikat nafsi. Tidurnya tidak menentu, di tuduh dan diseksa tiada kisah, kerana itu semua lumrah. Oleh itu pakailah badanmu dengan kalimah la haula wala quwwata illa billah.

61. Hajat manusia kepada ilmu lebih dari hajat mereka kepada makanan dan minuman. Kerana hajat mereka kepada makanan dan minuman sekali atau dua kali sehari sahaja dalam sehari. Sedang hajat mereka kepada ilmu sepanjang waktu bahkan setiap hembusan nafasnya. Imam Ahmad B Hanbal.

62.  Dari satu kesusahan jika kamu tidak sabar dan ikhlas, akan jatuh kesusahan yang lain. Dalam kesusahan jangan lupa pengharapan, dalam kesenangan jangan lupa tujuan.

63.  Bila hati berjuang kerana Allah, dugaan itu tempat bersinggah, keperitan di telan sebagai jaudah, kejayaan dianggap mimpi indah. Semoga Allah member kekuatan dan di permudahkan segala urusan.

64. Cinta kepada Allah akan menimbulkan cintanya kepada apa yang di cintainya. Maka apabila telah terhimpun pada diri seseorang ketaatan dan kemaksiatan, maka Allah mencintai seorang muslim kerana taatnya dan membenci kerana maksiatnya.

65.  Orang qanaah tetap kaya walaupun dia lapar, sedangkan orang tamak adalah fakir walaupun dia memiliki timbunan harta.

66. Jiwa-jiwa yang gelisah akan panic menghadapi kesusahan, manakala jiwa-jiwa yang senyum mengatasi kesusahan dengan mudah.

67.  Orang zalim mengesal, sekali pun orang akan memberikan pujian kepadanya. Sedang yang teraniaya itu selamat, walaupun orang ramai menghinanya.

68.  Hanya dengan kekuatan tarbiyyah yang di dorong dengan kemantapan ruhiyah sajalah segala manifestasi dakwah dan siasah akan dapat di sempurnakan. Tunjang kekuatan adalah Ta’aluq billah yang mantap.

69.  Mengejar impian itu memang memenatkan, kadang-kala mengundang putus asa. Hakikatnya yang penat itulah bakal memberikan pulangan yang berharga. Apabila kamu merasa kepenatan dalam melakukan kebaikan, ingatlah kepenatan itu pasti akan hilang, tetapi kebaikan itu akan tetap berterusan.

70. Tiada jalan pintas untuk mencapai wehdatul fikrah, amal, manhaj kecuali ianya perlu meniti di atas jalan tarbiyyah bersungguh-sungguh, tawazun tercapai dengan wujud keseragaman di dalamnya.

71.  Ku punyai sepasang mata, tapi tidak dapat melihatmu sepanjang masa. Ku punyai sepasang telinga, tapi tidak dapat mendengar suaramu setiap masa. Tapi ku punyai satu hati yang mengingatimu sampai bila-bila.

72.  Ketahuilah bahawa harta pada jawarih adalah akhlak yang mulia. Harta  pada akal adalah ilmu pengetahuan dalam ugama. Dan harta pada hati adalah ikhlasnya diri dalam ubudiyyah kepada-NYA.

73.  Santapan rohani orang yang ikhlas itu adalah mereka yang tersenyum dalam kecelakaan, tenang ketika mendapat keuntungan, sopan dalam kemarahan, lurus dalam kemiskinan, dan penolong dalam pekerjaan.

74.  Sahabat tak semestinya bersama hari-hari. Tak juga mesti berbual hari-hari. Selagi ianya terpahat di hati, silaturrahim akan kekal selamanya.

75.  Dunia ibarat lautan dalam. Ramai manusia karam di dalamnya. Jika  ingin selamat, maka naiklah bahtera yang bernama Taqwa, isinya ialah iman dan layarilah dengan tawakkal.

76.  Manusia yang tidak beramal dengan Quran dan Sunnah, seolah-olah sedang dipandu dan di ajak bersiar-siar di dalam sebuah perjalanan mimpi berterowong tanpa cahaya di hujungnya yang tidak membawa mereka kemana-mana.

77.  Hidup ini tidak selalunya indah,tetapi yang indah itu tetap hidup di dalam kenangan.

78.  Pandangan akal selalunya ditentang oleh kehendak nafsu. Dalam hal kebenaran dan keadilan, akal tidak ada pengaruh kepada manusia.

79.  Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit, dan rendahkanlah hatimu serendah mutiara di lautan.

80. Perkataan lemah-lembut dan ikhlas itu dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu besar. Sedang perkataan yang kasar itu bisa mengasarkan hati yang lebih halus daripada sutera.

81.  Yang bernama sahabat itu ialah yang berlari kearah kita selaju-lajunya ketika kita dalam kesusahan, sedang yang bernama kawan adalah mereka yang berlari selaju-lajunya meninggalkan kita ketika itu.

82.  Kawan palsu tidak ubah seperti bayang-bayang yang sentiasa mengekori kita selagi kita di bawah cahaya, tetapi entah kemana menghilangnya takkala anda dalam suasana gelap.

83.   Bukanlah kehidupan itu melainkan  tidur yang mengharapkan mimpi indah, barang siapa dapat menguasai mimpinya dengan iman dan taqwa, maka berbahagialah. Tetapi jika mimpinya di kuasai dengan nafsu dan syaitan maka sengsaralah pengakhirannya.


84.  Jadikan Quran sebagai penawar hati, zikrullah penghibur hati, solat pelindung diri, taqwa sebagai baja dalam taman hati dan Allah sebagai sahabat sejati.

bersambung.......

"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Saturday, August 23, 2014

Banggi Dalam Kenangan



 Sedar tidak sedar banyak sudah percaturanNYA yang mengunjung tanpa diduga. Yang pasti percaturanNYA adalah yang terbaik buat kita.

 Dalam mengatur langkah perjalanan ini terkadang sama seperti dirancang dan banyak juga melampaui perancangan, masih teringat lagi bermula selepas tamat pengajian di peringkat "U" dulu. Bila diberi kesempatan berkhidmat di Seremban, memang naluri ini tidak  pernah terdetik berpindah ke lain, memandangkan kenalan yang ramai dan baik di sana ketika itu. Apakan daya tempoh yang Allah bagi di sana sekejap,, namun pelajaran yang dapat di sana cukup banyak.

Kenyataan Yang Datang Tanpa  Mimpi

 Dipendekkan cerita tanpa diduga diri ini ditempatkan di sebuah tempat yang terpencil di Sabah, dan saya percaya orang Sabah sendiri pun masih ramai yang belum menjejakkan kaki ke sini. Berbekalkan semangat mencari secebis pengalaman dan tekad menjunjung amanah ku gagahi.

 Didalam benak fikiran setelah berada di Banggi memang tidak terfikir berapa jangka masa untuk berada di sana, memandangkan jauh disudut hati Banggi merupakan medan amanah Allah yang perlu aku berkhidmat sepenuh tenaga, soal berapa lama di sana biarlah DIA yang aturkan.


 Di kampung Lok Tuhog yang secara spesifiknya tempat menabur sedikit bakti. Penduduknya yang ramah tidak loket menyapa jika bertemu. Suasana masyarakatnya yang baik terkadang melupakan diri ini tentang kejauhan di perantauan. Tambahan pula kesedaran masyarakat setempat tentang peri pentingnya ilmu fardu ain membuatkan diri ini cukup merasa berbaloi merantau jauh meninggalkan kampung halaman. Jadual malamku di Lok Tuhog penuh dengan aktiviti bagi menunaikan hajat masyarakat setempat. Walau letih tubuh merasa, tetapi terubat dengan perubahan dan semangat mereka yang tidak kenal erti malu belajar dan bertanya.

 Sedar tidak sedar tanpa diduga segitu singkat hari perpisahan ini mendatang. Aku di Lok Tuhog hanya sempat 2 tahun setengah jika dihitung. Tempat yang banyak mengajar diri ini hidup berdikari dan menyumbang bakti sebagai hamba Allah.

 Buat warga Lok Tuhog saya memohon jutaan kemaafan jika sepanjang keberadaan saya di sana ada menggores luka dihati dengan kata-kata dan perbuatan.


"Mencorak Suasana Dengan Islam"