"Kenape ek tak terasa macam berada dalam program ni?" tanya aku kepada Zaim.
"Nak buat macam maner, tesis tak gerak-gerak lagi (mengindir)" jawab Zaim
"Tesis jangan sebut time program ni, nanti balik kita hadap betul-betul" Jawabku
" Moh mai sini kita bincang sikit pe2 perancangan program sem ni(sambil mengajak zaim dan Izat datang dekat), event besar yang melibatkan semua pelajar satu fakulti" ujarku lagi
"Mimpilah pelajar fakulti kita nak turun semua, jika turun pun program makan-makan sajelah" Jawab Zaim
"Makan... Menarik juga tu.." Izat mencelah
"Sebut bab makan, ana nampak raya satu sajelah makan-makan ni" Ujarku
"Nak buat jamuan raya kena duit banyak sheikh, nak minta dengan student bukan senang, fakulti pun kena dahulukan program-program yang lebih penting" jawab Izat
"Buat apa susah, guna saja bajet student; yang penting makan sedap, diamlah" ujar Zaim
"Tapi terfikir juga, apasal zaman sekolah rendah boleh je buat jamuan raya dalam kelas, takde pulak yang bising?"ku cuba menimbulkan persoalan
"Betul jugak tu, kita guna je style zaman sekolah; masing-masing bawa makanan dan masing-masing makan" ujar zaim
"Cantik juga idea ni, tapi kena rebrandin betul-betullah biar kena dengan standard pelajar U, spesific setiap kelas ke, or setiap bacth ke, baru nampak seragam" ku cuba memanjangkan idea
"Benda ni boleh di bawa berbincang dengan Ustaz ni, masa nilah kita nak menggerakkan exco setiap kursus" Izat mencelah
Setelah hampir setengah jam berbincang atas katil di kem program kat Bentong lepas, macam-macam idea keluar berkaitan cadangan-cadangan program mahupun penambahbaikkan program, ada yang boleh pakai dan tak kurang juga idea entah-entah apa. Untuk keesokan harinya pada program kepimpinan ini akan ada slot perbincangan perancangan setiap exco. Bagi pihak MT hanya bersedia memberi idea program sajalah. Dari segi pelaksanaan dan tambahan secara specific setiap program akan dibincangan kembali. Jadi di antara program yang dirancangkan pada hari itu iaitu Jamuan Hari Raya peringkat fakulti. Bermula dari lontaran idea dan perbincangan mendalam dengan semua maka bertambahlah pelbagai idea-idea baru tambahan dari semua bagi mencantikkan lagi pelaksanaannya.
Bermula dari perbincangan di Bentong itulah bergeraknya langkah-langkah untuk sehingga berjaya dilaksanakan sebaiknya oleh semua penggerak yang tiada pernah kenal erti penat lelah dan tohmahan dari pelajar, semua menerima dan saling menanggung. Bagi yang pernah bekerja dalam sesuatu organisasi, ini semua bagai sudah biasa merasa, bahkan jika tiada ini semua bagai ada yang tidak kena dalam sesuatu program itu.
Di sini ana nak mengucapkan seribu tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Program Jamuan Hari Raya ini, mungkin inilah titik permulaan untuk 3kursus dalam FPQS untuk lebih merasai bagai hidup sebumbung, dan semoga selepas ini tiada lagi dinding penghalang di antara kita bagi menjayakan agenda Fakulti, Universiti dan yang lebih mulia lagi kepada perkembangan fahaman kepada Islam itu sendiri.
Harapan ana kepada legasi kepimpinan SPP yang akan datang moga dapat meneruskan dan memantapkan perjuangan ini bagi menempuhi medan yang lebih mencabar lagi. Ini adalah amanah-NYA kepada kita; jika bukan kita berada di kerusi ini sekarang nescaya kerusi ini tetap terisi, namun kitalah yang rugi kerana tidak tercatat dalam timbangan sebagai pejuang yang mengisi kerusi perjuangan ini. Semoga kita semua menjadi agen mencorak suasana dengan Islam. InsyaAllah...
"Mencorak Suasana Dengan Islam"
No comments:
Post a Comment