Wednesday, May 30, 2012

Hari Guru


 Sudah lama diri ini tidak meng update blog ni.. maklum sahajalah masa dan peluang untuk online sekarang cukup terbatas.. 

 Belum terlewat lagi rasanya diri ini ingin mengucapkan Selamat hari guru buat warga pendidik yang pernah mendidik diri ini tidak kiralah yang secara formal atau tidak. Jasamu semua begitu terkesan di dalam diri ini. 
Di samping kenalan, keluarga dan semua yang berstatus guru secara amnya.

 Teringat satu kisah yang sangat popular berkaitan menghormati guru ini, iaitu kisah Imam Syafie dengan orang arab badwi. Pada suatu hari Imam Syafie terfikir-fikir macam-mana mahu membezakan anjing jantan dan betina. Jadi dia bertanyalah dengan seorang badwi berkaitan itu, orang badwi itu pun mengajarkanlah bagaimana mahu membezakan antara kedua jantina anjing tu. Nak dijadikan cerita, suatu hari ketika kuliah agama Imam Syafie sedang berjalan, Imam Syafie ternampak orang badwi yang pernah mengajarkan dia ilmu mengenali anjing itu sedang mencari tempat duduk didalam majlis ilmu yang disampaikannya. Jadi dengan cepat Imam Syafie terus meminta hadirin membuka ruang untuk orang badwi itu, disamping menghamparkan serbannya sebagai alas buat orang badwi itu. Semua orang kehairanan melihat peristiwa itu. Selepas sahaja habis majlis itu dan orang badwi itu beredar. Ramai yang bertanya kepada Imam Syafie siapakan gelarannya orang badwi itu. Imam Syafie menjawab dialah guruku.
  
 Betapa ulama dahulu memuliakan gurunya, walau seseorang yang mengajar benda yang mudah sahaja pun sudah dimuliakannya. 

 Alhamdulillah tahun ni merupakan tahun kedua merasai menyambut hari guru sebagai manusia yang berstatus guru. Terdapat sedikit perbezaan sedikit sambutan, jika tahun lepas hanya berstatus Guru KAFA sahaja tahun ni berkhidmat di sekolah kerajaan. Jika tahun lepas banyak mendapat hadiah dari anak murid, tapi pada tahun ini hanya kad-kad ucapan sahaja yang aku terima dari anak murid. Namun bagiku hadiah atau kad tiada bezanya pun. Yang paling bernilai buat guru ni apabila seorang murid menunjukkan perkembangan kearah positif, itulah hadiah yang paling berharga buat diri seorang guru.



 Baru jiwa ini merasa kepedihan seorang guru ini dalam mendidik makhluk yang bernama manusia ni. Terbayang kembali coretan kenakalan ku dahulu zaman kanak-kanak yang bergalar pelajar.:). Tapi yang peliknya dan menjadi persoalan dihatiku ini, banyak yang memberiku kad ucapan hari guru tahun ini datngnya dari kalangan pelajar yang sedikit nakal berbanding yang lain. Kejutan buat semua guru-guru lain di sekolah. Yang baik-baik dan kelas yang aku ajar tiada pula bagi. Hanya  Allah sahaja yang tahu di sebalik semua ini.

Di kesempatan ini juga diri ini ingin letakkan beberapa mesej ucapan dari kawan-kawan, sayang pulak nak buang:

1. Ingatkan campak rupanya jerawat batu, ngajar bagai nak rak budak2 buat tak tahu, rasa nak sepak takut kena serbu, Banyakkan bersabar.... kitakan cikgu....Slamat Hari Guru...

2. SHG, moga jiwa seorang murabbi, muaddib dan muallim sentiasa bersemai dalam jiwa kita.

3. Jadilah seorang guru yang hadirnya di Tunggu, hilangnya di Rindu, ilmunya di Buru, nasihatnya di Seru, tingkahlakunya di Tiru...SHG.

4. Adakalanya kita dicaci, adkala kita dimusuhi, adakala kita dimarahi, adakala kita tidak dihargai... tapi... kita tetap tersenyum pilu, kita tetap mara melengkah, kita tetap sabar & tekun, kita tetap jitu & ikhlas.. shg

5. Untuk para guru, guru tadika, guru sek memandu, guru besar, guru kecik, guru sandaran, guru ganti, guru rajin, guru selalu tiada kat sekolah, guru yang sering isi borang tukar, guru malas masuk kelas, guru mengandung, guru yang suka jadi guru,guru disiplin, guru keluar makan dan tak lupa guru2 yang tak suka relief.. guru yang buat relief... SHG..smga anda trus ceria..

6. SHG.. smga menjadi seorang pendidik yang subur dengan sifat pengasih dan penyanyang(Rahman n Rahim) untuk dilimpahkan pula kepada yang dididik, dalam membentuk generasi masa hadapan...


"Mencorak Suasana Dengan Islam"


Friday, May 4, 2012

Contoh Penulisan Refleksi Dan Impak Bahasa Arab




نموذج من الملاحظات الذاتية والأثار التعليمية
Contoh Penulisan Refleksi Dan Impak

* إن عملية التعليم والتعلم قد تحققت الهدف المنشود
Sesi P&P telah mencapai objektif/target yang diingini

* يستوعب التلاميذ  جميع  المستويات التعليمية و التعلمية
Murid2 dapat menguasai kesemua aras P&P

*يستوعب التلاميذ  جميع  المهارات المدروسة
Murid2 dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari

* يستوعب التلاميذ  مهارات  التعليمية المُركزة
Murid2 dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif

* يستوعب التلاميذ أهداف التعليمية مع عشرة   منهم يجيدون فيها
Murid2 dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target
* يستوعب التلاميذ المستوى الأول و الثاني  من نتاج التعلم
Murid2 dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil pembelajaran

* خمسة من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي نتاج التعلم
5 daripada 30 murid2 tidak menguasai hasil pembelajaran

* عشرة  من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي أهداف التعليمية
10 daripada 30 murid2 tidak mencapai objektif pengajaran

* خمسة من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي المستوى الثالث من نتاج التعلّم
5 daripada 30 murid2 tidak menguasai aras 3 daripada hasil pembelajaran

* عشرة من ثلاثين التلاميذ لا يستوعبون علي المستوى الثاني من نتاج التعلّم
10 daripada 30 murid2 tidak menguasai aras 2 daripada hasil pembelajaran

* شارك التلاميذ فى الانشطة التعليمية مشاركة ايجابية و ممتعة
Murid2 telah menyertai aktiviti P&P dengan jayanya

* عدم مشاركة بعض التلاميذ مشاركة فردية  في الأنشطة التعليمية لضيق الوقت
Sebahagian murid2 tidak terlibat dalam aktiviti P&P kerana kesuntukan masa 

* يبدو التلاميذ غير مشوقين فى الأنشطة التعليمية لعدم استخدام الواسائل المعينة الرائعة / المناسبة / ذات جزّابة .

* يبدو بعض التلاميذ غير مشوقين فى الأنشطة التعليمية لعدم  استخدام الواسائل المعينة الرائعة / المناسبة / ذات جزّابة .
Sebahagian murid2 kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian

* شارك بعض التلاميذ في الأنشطة التعلمية وامّا الباقي منهم غير مشجعة في المشاركة
Hanya sebahagian murid2 yang mengikuti P&P, manakala bakinya tidak bersungguh2 dalam P&P

* غياب بعض التلاميذ في الفصل لحضورهم برنامج خارج الفصل
Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelas

* تأجيل عملية التعليمية و التعلمية لحضور المعلم الى مشاورة / اجتماع المعلمين
P&P ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru

* تأجيل عملية التعليمية و التعلمية  لحضور المعلم الى برنامج خارج الفصل.
P&P ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas

* تأجيل عملية التعليمية و التعلمية  لحضور المعلم الى برنامج خارج  المدرسة .
P&P ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah

* عملية التعليمية و التعلمية لا تجري في مدّة موعدها الكاملة  لمانع  ما لا بدّا منه
Aktiviti P&P tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang tidak 
dapat dielakkan

* يحتاج الى اعادة بعض الأنشطة التعليمية لعدم استيعاب التلاميذ في أهداف التعليمية
Sebahagian aktiviti P&P perlu diulang semula kerana murid2 tidak menguasai objektif pembelajaran

p/s:Sekadar perkongsian buat teman2 warga pendidik...semoga sama-sama ambil manfaat 

"Mencorak Suasana Dengan Islam"