Sunday, December 29, 2013

Langkahan Baru bermula.......


Mengharap dariNYA semoga mahligai yang terbina ini dinaungi keberkatan dariNYA....


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Friday, September 27, 2013

KPLI j_QAF ambilan JAN 2012 IPGM, kampus KENT


j_QAF (A)

j_QAF (B)

j_QAF (C)

Selamat Maju jaya semua
semoga ukhwah yang terjalin ini terus berpanjangan....

"Mencorak Suasana Dengan Islam"




Monday, July 29, 2013

Majlis Haflatul Wida' Pelajar KPLI j-QAF Ambilan Jan 2012



Pada 09 Jun 2013 telah diadakan Majlis Jamuan Perpisahan pelajar Kursus Perguruan Lepas Ijazah Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah Ambilan Januari 2012 bertempat di Restoran Beijing Kampung Nelayan , Penampang.

Kelihatan Datuk Mary Teresa Kinajil , Pengarah IPG Kampus Kent menerima cendera kenangan dari Sdr Majdi bin Ahmad Sanusi Pengarah Program di saksikan oleh Ustz Mohamad Fauzi Bin Hassan Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral

Sesi bergambar Datuk Pengarah dengan pelajar-pelajar Lelaki Kursus Perguruan Lepas Ijazah Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah ambilan Januari 2012
Sesi bergambar Datuk Pengarah dengan pelajar-pelajar Wanita Kursus Perguruan Lepas Ijazah Latihan Perguruan 

Berasaskan Sekolah ambilan Januari 2012

diambil dalam web: IPG KENT, TUARAN SABAH 

"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Thursday, July 18, 2013

Pengisian Ramadhan Kali ini...



  Pertama kalinya saya mengucapkan SALAM RAMADHAN KAREEM buat semua, sedar tidak sedar sudah hampir 9 hari ramadhan bersama kita. Datangnya ditunggu perginya ditangisi. Di kesempatan ini saya hanyalahingin berkongsi sedikit perjalanan semasa sebagai menghiasi kembali ruangan yang sudah lama tidak di isi.. 

 Alhamdulillah setelah tamat latihan sebagai guru pelatih j_QAF Jun lalu sempatlah menghirup udara kemeriahan ramadhan di Negeri sendiri setelah sekian lama tidak merasainya, jika merasa pun hanya beberapa hari sebelum hari raya setelah diberikan cuti.

 Tahun ini Allah memberikan lagi beberapa peluang menyambutnya dengan hadiah yang belum pernah di lalui, untuk ramadhan tahun ini taklifan yang diberikan supaya menjadi pengiring kepada seorang saudara seislam kita dari bumi bertuah Palestin yang berasal dari Gaza dan diberikan penginapan berhampiran dengan seorang murshid yang sangat dikagumi oleh kawan dan lawan iaitu TG Nik Abdul Aziz.

 2 perkara ini dapat saya rasakan suatu hadiah yang sangat berharga, satunya dapat melihat sendiri macam mana roh tarbiah produk yang dikeluarkan oleh HAMAS yang penuh perbezaan berbanding diri yang kerdil ini, walaupun beliau hanya belajar dalam bidang Matematik tetapi tahap penguasaan ilmu Islam melebihi manusia seperti saya yang produk keluaran pengkhususan AlQuran dan Sunnah. Setakat yang di ketahui beliau menghafaz 30 juzuk al-Quran, keselurhan hadith di dalam Riadhussalihin dan kebanyakan nizom syair ilmu dihafal di samping masa tersusun rapi dengan jadual amalan harian.

 Di kesempatan berada berhampiran masjid Pulau Melaka ini dapat saya melihat begitu kerap Murshidul AM ini dengan lebih dekat lagi. Setiap pagi selepas subuh akan ada pengisian ilmu tafsir dan nasihat yang keluar dari mulut beliau. 
  
 Malam saya terisi dengan menjadi pengiring kepada saudaa dari bumi gaza ini menjadi imam terawih menjelajah beberapa masjid di seluruh Kelantan. 24 jam terpaksa memaksa diri cuba bercakap arab yang memang bahasa yang sudah lama di tinggalkan selepas zaman bergelar mahasiswa serba sedikit mengembalikan nostalgia lama.. 

(gambar aktiviti di masjid2)






"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Thursday, April 25, 2013

Jurnal last Praktikal Tahap Penguasaan Bacaan al-Quran yang Membimbangakan


 Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa /
Tajuk Jurnal    
:
:
:
:
12
Kedua belas
15 April – 19 April 2013
Tahap penguasaan bacaan al-Quran yang membimbangakan
Masalah
 Minggu ini merupakan minggu terakhir saya berpraktikal di sekolah ini, banyak pengalaman yang telah saya dapat dalam tempoh yang sekejap ini. Baru saya tahu bahawa tugas seorang guru ini bukanlah semudah bicara di mulut, bahkan cukup besar tugasan ini dalam melahirkan generasi masa hadapan yang akan mencorak pembangunan ummah yang berkualiti.

 Dalam era kemodenan dan negara yang pesat membangun ini, seharusnya setiap individu bersaing untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan, khususnya murid-murid sekolah. Sewajarnya tiada lagi budaya lepak, malas belajar dan masalah-masalah disiplin lain yang berlaku di sekolah. Murid-murid seharusnya tahu bahawa pada merekalah disandarkan harapan negara untuk menjadi contoh tauladan terbaik kepada generasi akan datang.

 Namun begitu, adalah sedikit mendukacitakan apabila hal ini dipandang enteng oleh segelintir murid di sekolah ini. Sikap sambil lewa terhadap pelajaran menjadi perkara biasa bagi mereka. Samatelahan pula kehadiran ke sekolah merupakan kesalahan disiplin biasa bagi sesetengah pelajar di sini. Secara tidak langsung banyak menyumbang kepada tahap penguasaan pelajaran yang membimbangkan khususnya mata pelajaran yang saya ajar. Apa yang lebih menyedihkan, ada di kalangan murid-murid ini yang masih tidak dapat membaca al-Quran sedangkan pada usia 10 tahun mereka sewajarnya telah dapat membaca kitab suci ini.

 Saya berpendapat berkemungkinan natijah kepada masalah ini (tidak tahu membaca al-Quran) bukanlah suatu yang kecil, bahkan mungkin membawa kepada permasalahan ummah yang lebih besar lagi suatu hari nanti. Manakan tidak, jika benda yang asas dalam kehidupan setiap muslim pun belum lagi menjadi pengamalan, samentelahan lagi perbincangan yang lebih mendalam tentang Islam dapat dicapai jika yang paling asas belum dikuasai dan dihayati. Masalah ini adalah masalah yang serius dan harus diberi perhatian dan memerlukan tindakan segera. Ini kerana kemahiran membaca, al-Quran adalah kamahiran asas yang mesti dikuasai oleh semua murid muslim. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian lanjut, visi dan misi sekolah mahupun negara adalah suatu yang sia-sia. Lebih malang lagi seandainya akibat dari masalah ini generasi mendatang makin jauh dengan pegangan agama.

“Al-Quran wajib dipelajari kerana ia mempunyai fungsi dan sumbangan yang penting sebagai sumber serta panduan yang dapat menyelesaikan segala persoalan dan memenuhi segala kehendak manusia” (Hanafi Mohamad, 1996).

“Pendidikan al-Quran adalah mencakupi semua pendidikan manusia dalam segala segi hidupnya dan sepanjang usianya. "Kehidupan dunia ini" adalah diumpamakan sebagai menjalani satu perjalanan untuk persiapan kepada kehidupan yang lebih baik iaitu di akhirat. Kerana itulah pendidikan al-Quran mengandungi kehidupan sekarang dan kehidupan akan datang secant serentak.” (Wahbah az-Zuhaili, 2005).

  Permasalahan ini bukannya suatu yang berbentuk setempat, bahkan menjadi perbincangan hangat di mana-mana tempat di Malaysia khasnya. Satu kajian yang telab dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mendapati ramai murid Islam lepasan sekolah rendah tidak tahu membaca al-Quran apabila mereka berada di sekolah menengah malah tidak ada usaha-usaha mereka untuk mempelajari al-Quran apabila mereka dewasa (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2004). 

 Sebagai seorang guru, saya melihat masalah ini adalah isu yang perlu ditangani segera. Ini kerana matlamat Pendidikan al-Quran dengan jelasnya membuktikan bahawa ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya mampu memberi kejayaan dalam pelbagai penyelidikan. Ahli sains mengambil al-Quran sebagai asas sains, ahli hukum mengeluarkan hukum daripada al-Quran, ahli falsafah membicarakan falsafah dalam al-Quran dan ahli pendidikan pula mengambil al-Quran sebagai dasar, kaedah, falsafah dan matlamat pendidikan (Mohd Yusuf Ahmad, 2004) dan ajarannya bukan sahaja membuka jalan kepada manusia untuk mengawal dan menghayati segala kebaikannya malah menjadi asas untuk meninggikan kekuatan iman dan mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah SWT di samping membentuk akhlak dan peribadi mulia sebagai khalifah Allah di bumi yang fana ini.

Analisis masalah
    Setelah dianalisis, saya dapati bahawa terdapat beberapa permasalahan pokok kepada masalah ini antaranya: 
      1. Saya kurang mengolah serta mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran saya. 
      2. Saya tidak meneliti minat dan keperluan murid dalam menerima ilmu yang saya sampaikan.
    3. Tanggapan masyarakat bahawa subjek Pendidikan Islam tidak sepenting mata pelajaran yang akan diduduki dalam peperiksaan awam dan penilaian untuk melanjutkan pelajaran.
“Antara faktor penyebab kelemahannya ialah kurang minat dalam kalangan murid terhadap pelajaran ini serta kurang penekanan daripada pihak sekolah. Kerana ia tidak dinilai kepentingannya di dalam peperiksaan awam dan ianya juga sudah kurang dipraktikkan dalam masyarakat. Untuk mengembalikan semula al-Quran ke tahap yang sewajamya, maka perlu satu tindakan reformasi dalam system pendidikan ke arah memartabatkan Pendidikan Islam.” (Amri Daud, 2005)

   4.   Pembudayaan pengajaran al-Quran dalam masyarakat masih belum mencukupi. 
   5.  Masyarakat hanya mengharapkan pengajaran al-Quran yang di sampaikan di sekolah sebagai sumber utama dan terakhi tanpa ada sumber lain sebagai tambahan. 
  6. Pengajaran saya yang kurang memupuk minat pelajar bagi lebih meminati masa pembelajaran Khatam al-Quran. 
  7.Pengajaran berorientasikan peperiksaan dan kurang menarik minat murid untuk lebih menekuni dan bersungguh-sungguh ingin menguasai pembacaa al-Quran.

Cadangan

    1) Cuba mewujudkan suasana masyarakat setempat tentang pembudayaan al-Quran.
“Dapatan kajian yang dijalankan oleh Farehan Mohd Hani (2000) menunjukkan bahawa kesemua 100 orang responden kajian beliau yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bersetuju dengan kenyataan bahawa mempelajari al-Quran di sekolah adalah tidak mencukupi. Majoriti besar daripada mereka juga menyatakan bahawa mereka memperolehi kemahiran membaca al-Quran daripada ibu bapa mereka dan bukan daripada sekolah. Guru Pendidikan Islam tidak dapat meningkatkan penguasaan bacaan al-Quran muridnya tanpa sokongan dan bantuan ibu bapa, rakan sebaya dan murid itu sendiri.”

2)    Saya perlu meneliti semula corak pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dan membuat analisis mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 
3)    Saya perlu menyenaraikan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dalam satu senarai semak.

Al-Kailani (1986) menjelaskan bahawa kaedah yang digunakan semasa mengajar al-Quran hares dipadankan dengan objektif pengajaran tersebut. Jadi pendidik harus terlebih dahulu merancang apakah objektif pengajarannya dan siapa pelajarnya, kemudian baru memilih kaedah mana yang sesuai. Beliau menggariskan lima perkara penting sebagai panduan guru memilih kaedah mengajar al-Quran, iaitu:
o   Kaedah yang dipilih mesti selaras dengan tujuan dan objektif pengajaran.
o   Kaedah mesti sesuai dengan mats pelajaran yang diajar.
o   Kaedah yang digunakan mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar.
o   Guru harus mampu menggunakan atau mengaplikasikan kaedah yang dipilih.
o   Masa harus mencukupi apabila mengaplikasi mana-mana kaedah.
   4)    Saya perlu banyak membaca dan menyenaraikan langkah atau aktiviti lain yang lebih menarik, menyeronokkan serta yang dapat menarik minat murid-murid dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. 
   5)    Saya juga perlu banyak membuat perbincangan dan perkongsian idea dengan rakan sepraktikum dan rakan praktikum yang lain untuk menghasilkan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang lebiuh kreatif dan menarik.
     6)  Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

Tempoh Masa dan Tempoh Tindakan Susulan

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran saya kelihatan menarik, saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah perlu bagi memastikan keseronokkan belajar sentiasa dapat disemai dalam kalangan murid-murid. Namun begitu bagi melahirkan sebilangan pelajar yang betul-betul dapat menguasai pembacaan al-Quran saya terpaksa memakan masa yang banyak dan pengorbanan yang bukan mudah. Yang saya harapkan disini semoga permasalahan ini biarlah selesai dan dalam masa terdekat ini biarlah semakin berkurang masalah buta al-Quran dikalangan pelajar. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan tidak dapat berjalan dengan lancar, bahkan menjadi kebimbangan kepada kelahiran masyarakat mendatang yang jauh dengan roh agama dalam kehidupan(wal ‘iyazubillah).


Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :
Nama             :
Tarikh            :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :
Nama             :
Tarikh            :





p/s: untuk jurnal ini masih banyak lagi yang perlu diperbetulkan dan dikembangkan, buat pembaca yang tidak sengaja masuk kesini bolehlah membuat panduan asas contoh ini.. Dan yang penting terjemahkanlah cita-cita ini menjadi realiti...
 "Mencorak Suasana Dengan Islam"

Thursday, April 11, 2013

Bahtera!!!


(Gambar diambil Di Mabul Island Sabah...)


Bahtera Kehidupan Yang Pelbagai
Pilihlah Yang Mana Sesuai...
Jadikanlah Iman sebagai 
Nahodanya...


"Mencorak Suasana Denag Islam"

Wednesday, February 20, 2013

Doa Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah




Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassolatuwassalam ‘ala asyrafil anbiya wal mursalin wa ‘ala alihi wasohbihi ajmain…

Ya Allah, Ya tuhan kami.. Ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibu-bapa kami, dosa guru-guru kami dan seterusnya dosa-dosa seluruh umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..

Ya Allah, Ya Arhamarrahimin,

Ya Allah, Engkau bukakanlah kepada kami pintu kebijaksaan, mudah memahami apa yang diajar oleh guru-guru kami.. Ya Allah Engkau berikanlah kepada kami jalan petunjuk kepada rahmat dan hidayahMU.. Ya Allah Ya Arhamarrahimin.

Allahumma Ya Allah,

Jadikanlah perhimpunan kami pada hari ini perhimpunan yang dirahmati, dan perpisahan kami selepas ini perpisahan yang di ampuni olehMU Ya Allah.

Rabbana aatina fiddunnya hasanah, wafil aakhirati hasanah, waqina azabannar….

Walhamdu lillahi rabbil ‘alamin….


"Mencorak Suasana Dengan Islam"