Wednesday, November 3, 2010

Air Milo!!!


Cerita ni berlaku kepada seorang kenalan setelah mengalami sebuah kemalangan jalan raya yang cukup ngeri yang menyebabkan dia di bawa ke hospital dengan "ambulans". Dalam keadaan tenat tidak dapat bangun menyebabkan dia terpaksa di pakaikan alat pembetung di leher(xpsti apa nama) dan diletakkan terus atas katil kerana tidak dapat bergerak.

Sesampainya ke hospital dia terus dikejarkan ke wad kecemasan, dalam keadaan separa sedar itu dia di datangi oleh pembantu perubatan, doktor dan beberapa pegawai polis. Layanan dari pembantu perubatan itu memang boleh dipuji kerana ketelitian dan sifat ramah mesranya terhadap pesakit. Yang tidak menyenangkannya adalah beberapa polis yang berada di situ, apa tidaknya dalam keadaan sakit kritikal pun masih berkasar dan menanyakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya. Tapi bukan ini yang si kenalan ana kongsikan, tetapi ada sedikit "part" dialog menarik untuk di ceritakan di sini.

Dialog si pesakit dengan polis itu berbunyi:

"kamu sedar tak sekarang?" tanya polis

"Alhamdulillah dapat bercakap lagi ni." jawab pesakit

"kamu datang dari mana dan nak pergi mana?"

"kenderaan saya naik tu secara spesifiknya dari @$%&  ke  @$#%." jawab pesakit

"kamu ada minum tak semalam?" tanya polis

"ada juga.." jawab pesakit

 "erm.. patutlah" sambil melihat sesama mereka(polis)

"kamu minum kat mana?" tanye polis itu lagi

"saya tak pasti tu kat mana, tapi yang pasti masa tu pukul 11mlm..." jawab pesakit itu

"kamu minum apa?(dengan tegasnya)..." tanya polis

"setahu saya jika tidak silap milo panas...." jawab pesakit

"kamu ni betul ke sedar ni?" tanya polis

"dah tanya minum, lau minum milo orang tak panggil minum ke?.." tanya pesakit itu

Tanpa menjawab soalan dari pesakit, polis itu terus beredar....

 Ini hanyalah cerita dari seorang kenalan dan tidak berhajat pun mengenakan mana-mana pihak, sebagai perkongsian cerita buat semua semata.

The moral of  story:
1) Tunggulah orang dapat rawatan dulu jika nak soal siasat pun.
2) Gunalah istilah yang semua dapat faham.
3) Sebagai pesakit jangan di layan sangat soalan-soalan tidak sepatutnya.
4) Jika nak dilayan cepat kat hospital, masa ambulans datang cakap tidak dapat bangun.
5) Musibah yang berlaku sebagai didikan rohani dari-NYA.
6) Hidup ini adalah amanah dari-NYA, tunaikanlah amanah ini sementara masih diberi ruang dan waktu ini.


"Merubah Suasana Dengan Islam"

No comments: