Thursday, September 30, 2010

Forum Seni dan Budaya dari Perpektif Islam..


Untuk penyertaan bolehlah berhubung atau terus hantarkan mesej nama, no matrik dan fakuti kepada:
Halim: 013-4013296
Hidayah: 013-6444768


Semua Warga USIM di Jemput Bagi Memeriahkan Forum ini.
Semoga Forum ini dapat menjawab semua persoalan yang bermain dalam fikiran kita semua...


"If yau can dream it, you can do it"

Sunday, September 26, 2010

Minggu Usuluddin dan Falsafah UKM (MUF '10)



 Sebarang maklumat dan pertayaan bolehlah rujuk di laman ini:


 http://kufah-ukm.blogspot.com/2010/09/muf-10-kembali.html





Buat warga USIM berkelapangan bolehlah meluangkan masa sekejap menjenguk program Universiti jiran kita...

Sengaja ana postkan dekat sini bagi meraikan Jemputan pihak penganjur Kepada FPQS USIM.. Pihak kami berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput kami... 

"Legasi Ilmuan Islam, Legasi Pejuang Ummah"

Wednesday, September 22, 2010

COBAAN


"Mencorak Suasana Dengan Islam"


 " Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka yang ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang( pelbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata," bilakah datangnya pertolongan Allah?," Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat..."(2:214)

 Apabila mendengar kalimah-kalimah suci Al-Quran menyebutkan berkaitan kisah-kisah Nabi terdahulu dengan pelbagai ujian yang ditanggung bagi melaksanakan amanah Allah maka terdetik juga di hati daif ini adakah sudah sepatutnya kita merasa selesa dengan keadaan kita sekarang. Hidup penuh dengan buaian keindahan dunia sehingga terlupa amanah Allah terhadap kita. 

 Syariat Islam ini bukan hanya bermain di sekitar permaidani masjid atau rumah-rumah ibadat semata, tetapi Syariat Islam itu merentasi masa dan ruang tempat. Terasa begitu kerdil diri ini, jika dengan perjuangan umat terdahulu menyebabkan diri kita dapat merasai nikmat Islam ini. Namun sekarang sepatutnya sudah tiba masanya diri ini yang tertanggung amanah menyebarkan dan menzahirkan perjuangan ini, walau kita menafikannya ia tetap sampai kepada kita.

 Inilah lumrah alam, walau kita menafikan umur kita sudah tua, tetapi tua tetap datang. Begitulah jua amanah ini, pusingannya tetap datang. Jangan dek kelalaian kita sekarang ini meneruskan legasi ini sekarang, kita akan menjadi umat yang di persalahkan oleh generasi yang akan datang.

 Banyakkanlah berdoa semoga kita tergolong dalam kelompok yang ditetapkan dan diberi rasa sayang kepada apa yang kita dasari ini. Dan dijauhkan dari ujian yang tidak tertanggung. Mungkin ujian yang paling berat untuk kita tidak sama setiap orang. Ada dengan kesenangan seseorang boleh lentur, ada dengan ujian kesusahan boleh lentur dan pelbagai lagi dugaan yang dapat melentukan semagat ini, hanya pertolongan dari-NYA jua perlu kita harapkan.

 Diri ini kadang-kadang teringat kepada satu kata-kata yang cukup mendalam maknanya, sama-samalah kita renungi bersama: " Sesungguhnya ujian itu akan diberi mengikut titik yang paling lemah seseorang."  

 Diri ini begitu mengharap dari-MU Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim semoga menetapkan diri ini dalam memperjuangkan Agama-Mu, dan diri ini cukup takut dari ujian-Mu yang tidak tertanggung dek jiwa daif ini.. 
  
 "Ya Tuhan kami, jangnlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya..."(2: 286)


Sunday, September 19, 2010

Cuti Hari Raya



 Dalam post ini ana sengaja letakkan gambar-gambar sepanjang cuti raya sem ini sebagai perkongsian untuk semua. Bermula perjalan balik dari Nilai sehingga tamat cuti hari raya. Walau penuh keletihan, namun banyak memori terukir dalam minda ketika cuti yang singkat ini. 

1. Singgah di masjid Negeri Pahang di Kuantan, Pantai Telok Cenpedak dan Masjid Kristal di Terengganu ketika perjalanan balik dari Nilai.




2. Jumpa kenalan lama yang belajar di mesir balik bercuti, makan colek selepas terawih di Kota Bharu.




3. Iftar Jamae' Alumni Maahad Muhammadi




4. Beraya bersama keluarga.. Gambar bawah, dekat kampung belah my mother



5. Himpunan Hari Raya bekas pelajar Maahad.



6. Berehat sekejap di Masjid Besi Putrajaya dari perjalanan pulang kembali ke Nilai






7. Perjalanan ke kenduri di Sitiawan, Perak, sempat singgah di Lumut dan Telok Intan..










8. Singgah raya rumah Alias di Sekinchan..






"Jauh perjalanan luas pandangan." Inilah realiti kehidupan kita, semakin banyak perjalanan kita dalam sesuatu perkara maka semakin bnyaklah benda baru yang kita dapat. 'Perjalanan' di sini bukanlah ana fokuskan kepada perjalanan fizikal berkenderaan, akan tetapi merangkumi segala aspek kehidupan kita. Sebagai contoh mudah, jika kita jahil tentang sesuatu, maka tidak dapat tidak kita perlu mengkaji dan mencari menelusuri perjalanan yang penuh cabaran, terkadang tersesat dan sempat berpatah balik dengan mudah, terkadang sesat begitu jauh tetapi setelah di cari terjumpa jua kebenaran. Ini dari sudut keilmuan, dari sudut lain pun inilah realitinya. Bergantung kepada kita yang melayari perjalanan ini, jika teratur mengikut yang haq, maka mudahlah perjalanannya, jika sebaliknya maka ingatlah sign board yang menunjukkan jalan kebenaran sudah sedia ada yang hanya menunggu dirujuk sahaja..


"If you can dream it, you can do it"

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya 1431 H. Maaf Zahir Batin

1. Bergema takbir sayup kedengaran, merendah diri pada Tuhan. Hati takut juga mengharap, apakah di terima segala amalan. Kegembiraan sebenar menyambut lebaran hanya bagi orang-orang yang beriman, yang telah bermujahadah beramal sebulan.

2. Ku hulur kemaafanku, minta doaku semoga kita kekal bersaudara. Ramadhan yang murni telah ditempuhi, meningkatkan taqwa dan jihad.

3. Pejam celik, pejam celik dah sem 7. Pejam celik ramadhan pun berlalu. Makin di pejam celik, makin banyak salah dan dosa. Sementara masih celik, banyaklah buat pahala. Sebelum pejam tak celik-celik, harap maaf untuk.. for thing I did wrong, for the words which might hurt, for the jokes you can't t8, for the advice you can't accept, so.. 1001 apology from me.

4. Pantun Raya.. Ketupat kuih biskut raya, selamat hari raya.. jalan-jalan di pagi raya, selamat hari raya.. Esok raya, selamat hari raya.. Ziarah sanak saudara, selamat hari raya.. Dapat duit raya, ingatlah saya..

5. Sehari lagi nafas jadi tasbih, sehari lagi tidur jadi ibadah, sehari lagi doa-doa ini di ijabah, tapi itu semua tidak akan terjadi tanpa maaf tulus dari naluri hati. Untuk itu izinkan kedua tapak tangan memohon maaf untuk lisan yang terlanjur, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan semua sikap yang menyakitkan . Selamat menyambut hari raya aidil fitri. Semoga diberkati, dirahmati dan diredhai Allah SWT dan di ampunkan segala dosa.. Amiin..

6. Taqabbalallahu minna wa minkum.. Semoga Allah mempertautkan hati kita atas landasan Iman dan Islam. Tiada ku pinta demi Syawal ini melainkan keampunan dan hati yang bebas dari prasangka. Mohon maaf atas keterlanjuran, terumpat atau terkata.. Semoga Ramadhan yang berlalu menjadi recharge Iman kita kepada Pencipta. happy Eid Mubarak 1431 H.

7. Maaf kad raya tak sempat dicari, nak kata sibuk taklah bz, namun yang jauh di rindui , hanya sms penganti diri untuk saya susun 10 jari, ampuni kelemahan diri, andai pernah melukai, biar ucapan masih awal lagi, sebelum line menjadi bz, sebelum sms asyik pending lagi, salam kemaafan di aidilfitri.

8. Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyyah, manakala bulan syawal bulan meraikan kejayaan bagi sesiapa yang dapat tarbiyyah dirinya dengan menundukkan nafsunya, menambahkan amalan, Imannya dan menghapuskan Dosanya seperti bayi yang baru lahir. Inilah yang dipanggil kembali kepada fitrah zahir dan batin(eidul fitri). Setelah kita mohon ampun dengan Tuhan dalam ramadhan, maka hari ini saya mohon sesama hambanya zohir dan batin. Semoga panjang umur dan banyak duit raya.

9. Ramadhan adalah bulan latihan untuk persediaan bagi cabaran-cabaran di bulan-bulan mendatang. Walau siapa kamu, kita tetap hamba Allah dalam menyambut Eid Fitri. Dulu kita hina, Allah muliakan dengan Islam. Jadi iringi takbir Eid Fitr dengan sunnah-sunnah Islam. salam kemaafan. I beg your pardon.

10. Moga di terima segala amalan . Mohon maaf atas segala salah dan silap, zahir dan batin, sengaja dan tidak sengaja.

11. Barakah ramadhan di rindui, kemeriahan syawal di rai, salam Eid Fitri..





Selamat Hari Raya maaf zahir batin..
Cukuplah di sini ucapan ana buat semua, bagi yang send mesej syukran kathiran ana ucapkan kerana masih mengingati diri ini.
Nak buat kata-kata atau sajak tiada terbayang, cukuplah ringkas ucapan ini, tapi semua memahami..

Salam Eid Mubarak 1431.. 


Wednesday, September 8, 2010

Majlis Berbuka Puasa Kelas TQA2 sem 1 sesi 2010/11



 Alhamdulillah dapat jua terlibat dengan iftar kali ini. Walau terpaksa berdepan dengan pelbagai perubahan di minit-minit akhir dan di kekang waktu dengan hal-hal mendatang dalam jadual harian. Bagi ana walau sambutan kali ini tidak seberapa jika di bandingkan sebelum ini, namun sudah mencukupi bagi membuat satu pengisian bermakna buat semua warganya. 

 Mungkin inilah kali terakhir kita dapat meraikannya, memandangkan sem ini adalah sem terakhir kita berada di bumi USIM dan sem depan akan bermulanya Latihan Industri. Bagi diri ana hanya satu dalam persahabatan ini, jika benar ikatan yang kita jalin ini hanya mencari redha-NYA maka perpisahan jua kerena redha-NYA. Biar berjauhan di mata, namun di hati tidak.

 Peringkat ukhwah menurut Imam Hasan Albanna tiga peringkat: 1. Salamatus Sodri 2. Mahabbah( menyintai sahabat sama terhadap diri sendiri) 3. Ithar( mengutamakan sahabat melebihi diri sendiri)..
Inilah peringkat ukhwah yang di nyatakan Imam Hasan Albanna, bermula dari berlapang dada sesama kita sehingga melebihkan sahabat dari diri sendiri. Di kesempatan ini ana tertanya-tanya di manakah tahap sahabat yang telah kita capai, adakah tahap pertama telah kita hadam atau masih tidak  tercapai walau sedikit tahapan ini.
 Kadang-kadang begitu mudah kita menaip atau menerima mesej yang menulis ukwah fillah, tapi persoalannya adakah betul sudah mencapai tahap ukhwah itu. Jika benar ukhwah fillah tidakkah kita amati mafhum hadith yang berbunyi: " tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri." Secara mudahnya sebagai contoh, jika seorang teman kehilangan orang tersayang atau orang tersayang sakit, adakah kita merasa seakan-akan kita berada di tempat teman kita atau kita sebagai pemerhati yang setia. Semua kepedihan kawan kita di ketahui, tetapi tiada merasa nak menolong atau sepatutnya. Sama-samalah kita muhasabah balik.

  Begitu jauh rasa diri ini dengan istilah ukhwah, jika lihat kepada sejarah umat Islam terdahulu di zaman Hijrah Rasulullah dan sahabat ke Bumi bertuah Madinah. Dengan hanya ikatan Islam Rasulullah dapat menyatukan di antara Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazrat. Bukan sekadar di mainan mulut mereka bersaudara tetapi terbukti oleh sejarah bukti ukhwah Islamiyyah yang sebenar mereka tampilkan, ada yang sanggup memberi pilihan harta mereka kepada sahabat yang baru sampai di Madinah, ada sehinggakan isteri pun mereka sanggup beri kepada saudara mereka, dan ada jauga sampai tahap di medan perang sanggup pun mengutamakan sahabat mereka ketika memerlukan air walau diri sendiri amat memerlukan, sahabat adalah yang lebih utama dari diri mereka(masyaAllah). Namun begitu perlu kita belajar dari sejarah ini, seorang sahabat sejati tidak mengambil peluang terhadap sahabat mereka, walau di beri pelbagai tawaran para muhajirin tidak mengambil tawaran itu semua.

 Allahu Akbar! masih tetanya-tanya sampai kemana tahap ikatan ukhwah ini, betulkah hanya mencari Redha-MU, atau berselindung kepentingan peribadi demi mencari kesenangan di dunia semata.  




 Buat sahabat TQA2,

Pertemuan kita bukan dirancang
tapi Terancang.

Pertemuan kita bukan sekadar persinggahan
tapi Ketentuan.

Pertemuan kita bukan sekadar menunggu perpisahan
tapi menunggu Kesetiaan.

Pertemuan kita bukan mengisi jadual di sini
tapi mengisi ruang kehidupan insani.

Pertemuan kita bukan di kelas tutorial atau kuliah
tapi di kelas tarbiah Ruhiyyah.

Semoga Pertemuan ini tidak dapat di hayutkan oleh aliran masa dan zaman...


Sahabat TQA2

Walau pertemuan ini dalam tempoh masa tertentu, namum jadikanlah memori pertemuan ini tiada had masa.
Jadikan pertemuan ini sebagai titik permulaan kita melakar sejarah kita tersendiri, menjadi simpanan sebuah diari kehidupan yang hanya kita semua rasai. Boleh diluah dek mulut tetapi tiada dapat merasai dek hati yang tidak melalui.. 




Selamat Hari Raya semua, maaf zahir & batin....