Friday, April 29, 2011

Kerja Terakhir di JAWI Putrajaya...

SKRIP BACAAN DOA
BUAL BICARA BERSAMA DATUK PENGARAH JAWI APRIL 2011


الحمد لله رب العلمين، وبه نستعين والعاقبة للمتقين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين.

Ya Allah, sesungguhnya kami berhimpun di pagi yang mulia ini adalah untuk mengingati-MU, memohon rahmat dan petunjuk dari-Mu serta mengabdikan diri yang kerdil ini terhadap-MU Tuhan sekalian alam.

Ya Rahman Ya Rahim, dengan berkat rahmat dan inayah-MU, kami memohon kepada-MU agar diberikan kemudahan dan kelancaran sepanjang Majlis
BUAL BICARA BERSAMA DATUK HAJI CHE MAT BIN CHE ALI, PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN, BAGI TAHUN 2011 ini, kami tiada kekuatan dan tiada upaya melainkan dengan izindaripada-MU Ya Allah.

Ya Hayyu Ya Qayyum, kami berhimpun pada pagi ini dengan satu tujuan untuk memartabatkan dan meninggikan syiar agama-MU Ya Allah. Oleh itu berkatilah majlis kami pada pagi yang penuh bermakna ini.


اللهم إنك تعلم أن هذه القلوب، قد اجتمعت على محبتك، والتقت على طاعتك، وتوحدت على دعوتك، وتعاهدت على نصرة شريعتك، فوثق اللهم رابطتها، وأدم ودها واهدها سبلها، واملأها بنورك الذي لا يخبوا واشرح صدورها بفيض الإيمان بك، وجميل التوكل عليك، وأحيها بمعرفتك، وأمتها على الشهادة في سبيلك، إنك نعم المولى ونعم النصير.
اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما، وتفرقنا من بعده تفرق معصوما.
اللهم أحسن عاقبتنا في الأمور كلها وأجرنا من خزي الدنيا وعذاب الأخرة.
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار..... 



DI BACA PADA 29/04/2011
PUKUL 9.35PG
DI AUDITORIUM PARCEL E PUTRAJAYA

Thursday, April 14, 2011

Ghuraba!! terjemahan

ORANG-ORANG ASING

orang asing bukanlah orang yang memisahkan rumah-rumah ibadah dan meninggalkan keluarga,
tetapi orang asing adalah yang bersedia sedangkan manusia di sekelilingnya sedang bermain,
dan dia bangun dari lenanya sedangkan manusia di sekelilingnya sedang tidur,
dan dia berkelakuan baik sedangkan manusia terpukul di dalam kesesatan.
benarlah si penyair tika diperkatakan:
katakan padaku sahabat pendapatmu tentang asing diantara manusia tanpa teman,
aku telah berkata tidak sekali-kali bahkan manusia adalah asing aku di dalam alamku dan inilah jalanku,
ini adalah orang asing,asing di sisi orang-orang yang bermain-main di kalangan manusia,
tetapi dia di sisi Tuhannya di tempat yang mulia.
(ORANG-ORANG ASING) 8X
orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.
orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.
sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim,
kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.
sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang-orang yang zalim,
kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.
(ORANG-ORANG ASING) 8X
kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya,
kita tidak peduli dengan perikatan bahkan kita akan selesaikan untuk selama-lamanya.
maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan,
orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan.
maka marilah kita berjihad, kita bertempur dan kita berperang daripada pembaharuan,
orang-orang asing beginilah kebebasan di dalam dunia perhambaan.
(ORANG-ORANG ASING) 8X
berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira,
dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang.
berapa kalikah kita memperingati masa tika hari kita bergembira,
dengan kitab Allah kita menghafaznya pagi dan petang.
(ORANG-ORANG ASING) 8X
orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.
orang-orang asing, jangan kita mengagungkan sesuatu selain daripada Allah,
orang-orang asing, redhailah ianya sebagai syiar hidup.
sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim,
kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.
sekiranya kau tanya tentang kami maka kami tidak peduli dengan orang yang zalim,
kita tentera Allah selamanya, jalan kita adalah jalan orang-orang yang enggan terhina.
(ORANG-ORANG ASING) 8X
RASULULLAH S.A.W BERSABDA:
ISLAM BERMULA DENGAN ASING DAN IA AKAN KEMBALI ASING SEPERTI PERMULAANNYA, MAKA BERUNTUNGLAH ORANG YANG ASING.
diambil dari: link

"Mencorak Suasana Dengan Islam"