Friday, June 24, 2011

Kelas Quran&Tajwid di Senawang, N.Sembilan




"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Sunday, June 12, 2011

Hizbul Muslimin

Hizbul Muslimin


          Hizbul Muslimin ditubuhkan di Maahad Al-Ehya as-Syariff di Gunung Semanggol, Perak dengan idea daripada tokoh-tokoh politik kiri seperti Dr.Burhanuddin Al-Helmy dan Kiai Masyur Azahari, seorang pemimpin kanan Majlis Syura Muslimin (Masyumi, Indonesia). Parti ini ditubuhkan secara rasmi pada 17 Mac 1948 di bawah pimpinan seorang tokoh agama, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan didokong oleh kalangan elit agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama. Gerakan Islam kontemporari ini telah diharamkan oleh penjajah British pada bulan Jun tahun 1948.

          Pertubuhan politik Islam ini telah mensasarkan tiga matlamat utama perjuangan iaitu:

1.   Untuk membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajahan.

2.   Membentuk Negara Islam yang bersifat sejagat.

3.   Menjadikan Tanah Melayu sebagai Negara Islam.


Dengan citra besar dan nuansa yang murni inilah yang memungkinkan British menghidu bahaya yang dibawa oleh parti Islam ini yang dilihat mampu mengembleng sokongan orang Melayu. Penjajahan British seperti yang diungkapkan oleh Sir Lord Cromer (The Modern Egypt) tidak akan membenarkan tegaknya Negara Islam di mana sahaja wilayah jajahan British walaupun sesaat.

(rujukan: Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan, m/s 5)

          
"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Tuesday, June 7, 2011

Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun


Diterbitkan pertama kali dalam bahasa Indonesia oleh Tarbawi Press, Mei 2009 dengan penterjemah Muhammad Lili Nur Aulia.
Diterbitkan dalam bahasa Malaysia oleh Mutiara Ilmu Selektra Sdn. Bhd dengan izin penterjemah.

Aku dan al-Ikhwan al-Muslimun
Judul Asal: Mudzakkirat al-Qaradhawi
Editor Bahasa Malaysia: Qurratul Aien bt Fatah Yasin


“Aku ingin berterus terang mengatakan, bahawa aku memperoleh manfaat agama yang begitu besar dari Al Ikhwan Al Muslimun. Aku memperoleh faedah yang sangat banyak dari dakwah ikhwan. Dakwah Ikhwan telah memperluas cakerawala fikiranku memahami Islam secara utuh, sebagaimana disyariatkan Allah SWT, sebagaimana tertera dalam kitab-NYA seperti diserukan Rasul-NYA dan difahami oleh para sahabatnya. Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan Negara, aqidah dan syariat, ibadah dan kepimpinan, mushaf dan….”
Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi



Sinopsis

Secara umumnya buku ini membicarakan pengalaman hidup seorang ulama yang berjiwa besar di abab ini, iaitu Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi bersama sebuah gerakan yang membentuk landskap keperibadian beliau dalam memperjuangkan kemurnian agama Islam, iaitu sebuah gerakan yang diberi nama Ikhwan Al Muslimun di Mesir bumi kelahirannya.

Pelbagai suratan pengalaman pahit mahupun manis yang dinukilkan dalam buku ini oleh Sheikh Qardhawi bermula keterlibatan beliau dengan ikhwan di bangku sekolah sehingga menamatkan pengajian peringkat university. Walaupun nampak singkat dari sudut angka masanya berlalu, namun bagi yang melalui sahaja dapat merasa betapa pedih dan panjangnya perjalanan ini

Bermula dengan keterlibatannya di bangku sekolah, di kala remaja seusia dengannya masih dibuai mimpi indah sedang beliau membara api kefahaman islam dalam jiwa yang menginginkan kehidupan bersyariat betul-betul dihayati dan difahami oleh seluruh masyarakat Inilah jiwa seorang anak muda apabila dilamar oleh ikhwan al-Muslimun.

Dalam membawa risalah suci ini, Sheikh telah menceritakan beberapa siri penahanan beliau di dalam penjara seawal dibangku sekolah sehingga menamatkan pengajian dalam jurusan pendidikan. Terdapat coretan yang cukup berbeza bagi banduan ikhwan jika dibandingkan dengan banduan biasa, tempat penyiksaan dijadikan tempat mentarbiah jiwa mereka bahkan menjadi bahan bakar penambah semangat dan keyakinan mereka kepada janji-janji Allah buat pejuangnya. Sehingga ada yang terkorban dalam tahanan demi mempertahankan perjuangan suci yang mereka dasari.

Di dalam buku ini juga Sheikh ada mengebutkan juga berkaitan realiti dalaman ikhwan, yang menggambarkan perselisihan pendapat dan penyelesaian kepada sesuatu pertelingkahan. Inilah realiti sebenar yang berlaku dan akan berlaku terhadap sesebuah gerakan dalam meneruskan lagi survival perjuangan. Perselisisan pendapat dilihat sebagai mematangkan lagi sesebuah organisasi jika semuanya tahu erti sebuah organisasi Islam, sudah pasti kembali sedar terhadap tujuan yang sama dan kembali mengayuh bahtera perjuangan bersama. Dan bukannya mencipta bahtera lain yang disangka lebih elok.

 Disamping itu banyaklah lagi pengalaman sheikh Al Qardhawi disebutkan dalam buku ini, pengalaman bersama rakan-rakan seperjuangan yang diikat dan ditaut dengan perjuangan menegakkan Kesucian Agama Islam yang mungkin tidak dilalui oleh semua orang.


Beberapa Pengajaran Yang Dapat Dari Pembacaan:

1.    Tidak takut menghadapi apa jua dugaan dan tekanan dalam memperjuangan kebenaran Islam.

2.    Perjuangan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak terlibat dalam sesuatu gerakan dawah atau kerja dakwah kepada masyarakat.

3.    Kerja menyebarkan kebenaran Islam tidak boleh dilakukan bersendirian, dan hendaklah diatur secara sistemetik bagi menjamin kelangsungan gerak kerja Islam kepada masyarakat.

4.    Syariat Islam itu perlu dilaksanakan tanpa mengira tempat tertentu.

5.    Medan menyampaikan kemurnian Islam tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja.

6.    Kemurnian Islam boleh tertonjol dan menarik orang mencintainya dengan pengamalan Islam mengikut acuan yang sebenar.

7.    Sesuatu ujian itu boleh menjadi bahan bakar kepada api perjuangan dan boleh menjadi bahan menilai keimanan seseorang yang mengaku sanggup syahid dijalan-NYA.

8.    Sesungguhnya setiap pejuang Islam itu aka nada jua golongan yang memusuhi.

9.    Kepatuhan kepada ketua sesuatu organisasi itu adalah tonggak terpenting dalam sesebuah organisasi.

10. Manusia sanggup bertindak diluar batasan kemanusiaan jika meletakkan agama jauh dari kehidupan mereka.

11. Peluang untuk menambah ilmu bukan terhad di dalam dewan kuliah semata.

12. Al Quran sepatutnya dijadikan teman harian kepada setiap manusia yang mengaku muslim.

13. Jangan terlalu cepat menghukum sesama sendiri yang seakidah dengan kita.

14. Kesabaran dan kemampuan manusia dalam menanggung penderitaan itu berbeza.


Pelbagai lagilah pengajaran yang dapat diambil dari buku ini, sebagai panduan dan pengajaran kepada kita semua yang bergelar muslim. Adakah cukup dengan ujian-ujian kecil menimpa kita selama ini sudah selayaknya kita menyatakan kita sudah mengorbankan sepenuh jiwa dan raga kita untuk Islam. Sedang golongan terdahulu penjara bagi mereka bagai tempat berehat, tidak terkira masa mereka dihabiskan dalam ruangan seksaan didalam penjara.

     Mungkin dengan ujian inilah, pada pandangan diriku yang daif ini menjadikan Sheikh Al Qaradhawi cukup disegani oleh seluruh musuh islam di abab ini. Dan bagi beliau ancaman dan ugutan tidak dapat memberi kesan apa pun, berbanding apa yang pernah beliau lalui ketika muda belia dahulu. Semua jenis bentuk seksaan telah dilalui dan terpahat dijiwa, mana mungkin dengan hanya ancaman dan ugutan semata dapat memadamkan api perjuangan beliau.

Menerjang Badai


         
          Alhamdulillah selama bercuti selama seminggu di kampung halaman di Kelantan ini Allah telah memberikan sedikit ruangan waktu dan kekuatan menghabiskan beberapa bahan bacaan sederhana berat. Mungkin inilah tarbiah dan didikan berada di rumah warisan keluarga yang terdidik dari kecil supaya menjadikan buku sebagai teman buat warganya. Secara automatik apabila menjejakkan kaki kehalaman ini merasakan terpanggil untuk menjamah behan bacaan sebagai hidangan di waktu berkelapangan, berbanding jika berada di bumi pelantaran lain yang mungkin hanya dibuka sebagai rujukan ruangan tertentu sahaja.

          Di kesempatan ini saya cuba berkongsi buat pembaca yang budiman sedikit maklumat dan pengajaran yang dapat diambil dari pembacaan diri ini sebagai mengisi ruangan yang sudah lama tidak terisi. Bukanlah dengan meletakkan pembedahan buku ini sebagai ingin menonjolkan fahaman diri saya, tetapi sebagai bahan bacaan dan penilaian sebagai seorang yang bergelar penuntut ilmu. Semua bahan bacaan sepatutnya menjadi teman kepada kita semua untuk dinilai dan dilihat jalur berfikir seseorang penulis itu, bukannya kita yang bergelar penuntut ilmu hanya menjadikan bahan satu pihak yang kita kagumi sebagai rujukan tanpa menilai kedua-dua pihak.

          Buku yang cuba saya kongsikan ini adalah hasil tulisan Sdr. Riduan Mohamad Nor sebagai menjawab beberapa kekeliruan diukir di dalam buku “Menuju PAS Baru” oleh Sdr. Mujahid Bin Yusuf Rawa. Kekeliruan yang mungkin menjadikan pengikut gerakan ini menjadi dunggu dalam memahami sejarah kewujudan mereka dalam kehidupan yang mereka dasari ini. Secara umumnya seperti saya katakan tadi, sesuatu kebenaran akan jelas terzahir jika kita meneliti melalui semua sudut pandangan pelbagai pihak. Jangan pula kita tertipu dengan pandangan musuh dan menjadikan pandangan itu sebagai senjata kita menghadapi rakan sejawat kita. 

          Perjalanan sejarah seperti kita pelajari zaman persokolahan dulu jelas mengajar kita dapat memandang sejarah bukan melalui satu sudut dimensi semata. Sebagai contoh, adakah layak  kita sebagai orang melayu atau khususnya islam menyatakan tokoh-tokoh agamawan yang memperjuangan kemerdekaan dahulu kala kita lebalkan sebagai pemberontak atau yang lebih hina lagi penjenayah. Ini hanyalah pandangan sejarah yang di coret oleh penjajah, sedangkan kita sepatutnya dapat melihat dari sudut kaca mata orang tempatan juga yang lebih telus dalam menyampaikan sejarah.

          Buku yang kecil ini pada pandangan saya merupakan bahan bacaan yang cukup cantik dijadikan bahan rujukan buat semua. Ini kerana di dalamnya terpapar pelbagai sejarah kebenaran yang belum diketahui sepenuhnya oleh generasi muda. Jangan disebabkan kejahilan kita menelusuri sejarah menyebabkan kita tersalah menghukum sejarah. Dikesempatan ini saya bukanlah mahu menghurai secara terperinci isi-isi yang terkandung dalam ruangan buku ini. Tetapi cukuplah saya ingin berkongsi bersama pembaca sekalian pandangan diri ini yang daif berkaitan isu sejarah yang telah saya respon di atas, di samping itu juga saya ingin berkongsi sedikit petikan dan susunan kata oleh penulis yang cukup cantik buat pemahaman kita semua untuk diamati bersama:

1.   Alaf baru ini adalah millennium baru yang maklumat tidak lagi boleh disembunyikan di dalam ‘tempayan emas’, langit terbuka telah memuntahkan jutaan maklumat di hujung jari.

2.   Generasi ‘Y’ yang melatari fenomena dunia langit terbuka ini sudah tidak mampu untuk disuap dengan maklumat yang bersifat sehala.

3.   Muhasabah dan mencerminkan diri adalah jalan yang terbaik untuk terus istiqamah di atas jalan juang dan simbolik sebuah persahabatan yang jujur.

4.   Tuntutan beragama itu sendiri yang mewajibkan perjuangan Islam digerakkan secara kolektif dan tersusun rapi.

5.   Mengintelektualkan ulama dan mengulamakan intelektual.

6.   Mengharapkan kemenangan Islam di tangan yang bukan ahli adalah fatamorgana kosong dan terhampar di Sahara yang kontang.

7.   Sejarah Islam menyaksikan pertembungan idea, konflik serta pergeseran jalur berfikir sebagai satu bentuk proses mematangkan perjuangan Islam dan juga satu bentuk penapisan kepada pendokongnya.

8.   Siraman mahabbah akan menyirnakan pertikaian dalaman.

9.   ‘Mereka akan memilih kepimpinan yang mampu memebuat kerja, membangunkan organisasi dan tidak membina jarak di antara pemimpin dengan pengikut.

10.      Sejarah tidak akan berbohong. Bahtera ini ditumpangi oleh ramai penumpang telah menampung kepelbagaian dan juga niat yang berbeza. Hanya keikhlasan mampu menyebabkan seseorang individu mampu bertahan.

11.      “Perlu difahami oleh pendokong-pendokong perjuangan Islam, bahawa berterus-terang dengan hakikat akidah ini dengan dasar-dasarnya dan menegakkan segala tuntutannya adalah penting…”TG Haji Abdul Hadi Awang


Ini sahajalah yang dapat dikongsikan buat semua, terimalah ia dengan hati terbuka. Lautan ilmu itu bukan hanya direngkoh semata mencari mencari segulung pengiktirafan manusia semata, jadikan lautan ini perlu direngkoh demi mencari lambang kebesaran-NYA.



“Mencorak Suasana Dengan Islam”