Wednesday, March 30, 2011

Taufan Masjid Aman....


 Alhamdulillah dapat jua diri ini menghadirkan diri bertemu kenalan-kenalan yang sudah beberapa tahun tidak bersua. Dipisahkan dek jarak demi mengejar sekalung cita. Pertemuan sekajap ini sudah cukup rasanya mengungkit kembali kenangan hidup bersama di bawah satu bumbung tempat yang mulia di muka bumi ini iaitu masjid. Masjid Aman penuh dengan sejarahnya tersendiri dalam jiwa ini, menjadi asrama dikala menuntut ilmu dibumi Maahad dan menjadi medan membajai jiwa dengan tanggungjawab mengurus Masjid.

 Terasa cukup kerdil apabila bersua kembali dengan sahabat semua, walau pernah dahulu tinggal sebumbung. Apa tidaknya sekarang masing-masing sudah mencipta sejarah tersendiri berbanding diri ini yang penuh dengan khayalan cita yang tidak pernah menjelang tiba. Dikalangan kami sudah ada novelis, penceramah yang disegani dan pimpinan pelajar dalam persatuan terpengaruh di bumi egypt.

  Walaupun program ini tidak dapat dibuat seperti apa yang dirancang pada peringkat awal, namun bagi diri ini sudah cukuplah dapat mengimbau kembali  kenangan hidup bersama yang dijalin dek perjuangan menterjemahkan kesucian agama. 

 Diharap hubungan yang terbina ini akan terus berkilauan dek kekuatan tautan keimanan demi mencari redha-NYA.
  

(Abang Zu jiran Warga Masjid Aman)






(chotek, makanan kegemaran semua ahli bait)


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Tuesday, March 22, 2011

Nasyid as-sobah


"Muddu..."
"Dha'...."
"Nasyidus sobah wal asma' ul husna..."
  Sengaja cuba diri ini mengimbau kembali saat-saat dan sketsa tobor(perhimpunan) di bumi Maahad dahulu. Jadual tobor(perhimpunan) di Maahad dahulu cukup berbeza berbanding sekolah rendah. Di sekolah rendah dahulu masih teringat yang perhimpunan ini menpunyai jadual khusus, walau tiada apa nak diperkatakan. Berbeza dengan bumi Maahad pada permulaan diri ini menjejakkan kaki, tobor hanya akan berlangsung pada hari-hari tetentu sahaja dalam sebulan. Tetapi setiap awal pagi dimulai sesi pembelajaran dengan bacaan doa oleh dhobit(pengawas) yang ditugaskan.

  Bagi pengisian tobor pulak kami akan mengalunkan nasyidus sobah dengan asma' ul husna disamping ada bacaan hadith dari wakil pelajar. Selepas itulah baru bermulanya tobor, dengan ucapan setiap wakil guru mewakili unit-unit tertentu membuat ucapan berkaitan dan diakhiri dengan ucapan mudir. Itulah sinopsis ringkas tobor terbitan Maahad.

 Namun sudah cukuplah sebagai pengisian buat semua, tidak perlulah kita mengira kuantiti yang berganda tetapi dari aspek kualiti tetap sama. Hadith yang masyhur ada berbunyi:

"khirul kalam, ma qalla wa dalla" 
sebaik-baik percakapan itu adalah yang sedikit dan padat.

 Bila diteliti kembali bait kata lagu ini penuh dengan doa-doa pengharapan kepada Allah S.W.T. Mungkin dengan doa-doa yang sentiasa bermain dibibir warganya menjadikan rahmat dari-NYA sentiasa terserlah dek akhlak warganya, insyaAllah.

 Buat warga Maahad yang masih berada dibumbungnya amatilah bait-bait kata yang sentiasa lontarkan ke udara tetapi biarlah meresap dalam jiwa kita dan menjadi benteng terhadap segala perkara bertetapan dengan ikrar kita harian itu.

 Cukuplah sekadar perkongsian buat semua, khususnya buat warga lepasan maahad. Walau sudah tidak bergelar warganya jadikanlah lagu ini terus tersemat dihati dan menjadi wirid harian kita demi mencari redha-NYA semata dengan perasaan penuh pengharapan semoga doa kita dalam lirik ini dimakbulkan oleh-NYA.amiin...

"Mencorak Suasana Dengan Islam"



Tuesday, March 8, 2011

Lagu Tema Imam Muda Qaryah



IMAM MUDA
BERSEDIA MENYEBAR SYIAR ISLAM
YANG SUCI UNTUK SEMUA
SATU TEKAD SATU SEMANGAT
MEMBENTUK INSAN CEMERLANG
DENGAN BERHIKMAH
JULANG TINGGI AMANAH AGAMA
MENUJU KEREDHAAN ILAHI
MARI BERSAMA IMAM MUDA QARYAH
DEMI AGAMA BANGSA JUGA NEGARA..

LAGU & LIRIK: ZULKEFLI HAMAT 

Sekitar Perjalanan Program Sehingga Kini 



(nak jadi imam pun kena belajar berkawad)



"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Monday, March 7, 2011

Doa Solat Jenazah Untuk Janin


 Sengaja ana letakkan doa ini disini, memandangkan terlibat untuk menguruskan jenazah janin yang ditemui ditempat yang tak sepatutnya. Dalam menghuraikan isu jenazah janin ni, terdapat pelbagai pandangan dalam menguruskannya. Bermula dari memandikannya, menkafan dan solat keatas jenazah.. Disini ana cuba membawa pembaca semua memfokuskan solat jenazah keatas janin.


السقط يصلى عليه ويدعى لوالديه بالمغفرة والرحمة
“Bayi yang gugur (hendaklah) disolatkan ke atasnya dan didoakan untuk dua ibu-bapanya keampunan dan rahmat Allah”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Hakim. Hadis ini ditashihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh Imam az-Zahabi).

Hadis di atas adalah umum dan diperincikan oleh ulamak mengikut pandangan dan mazhab masing-masing. Menurut Imam al-‘Abdari; “Jika bayi yang keguguran itu belum berusia empat bulan, tidak wajib disolatkan ke atasnya tanpa khilaf di kalangan ulamak (yakni ijmak). Jika usianya mencapai empat bulan dan tidak bergerak (ketika gugurnya), tidak disolatkan ke atasnya mengikut pandangan jumhur ulamak. Mengikut Imam Ahmad dan Imam Daud; hendaklah disolatkan”. (Lihat; al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jil. 5, hlm. 212)

Mengikut pandangan mazhab Syafi’ie; bayi atau janin yang lahir sebelum berusia enam bulan (di dalam kandungan), jika terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis, bergerak, bernafas atau sebagainya), hukumnya sama seperti mayat orang dewasa iaitu wajib dimandikan, dikafankan, disolatkan serta dikebumikan kerana telah diyakini bahawa kematiannya berlaku setelah ia hidup. Jika tidak terdapat tanda-tanda hidup, maka hendaklah dilihat; jika telah kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin telah berusia empat bulan atau lebih dalam kandungan), hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disolatkan. Jika belum kelihatan bentuk lembaga manusia (biasanya apabila janin belum berusia empat bulan), maka memadai membasuhnya sahaja (untuk membersihkan dari darah), kemudian dibungkus dengan kain atau sebagainya dan ditanam. Tidak perlu dimandikan dan disolatkan.

Dalil bagi perincian mazhab Syafi’ie tersebut ialah sabda Nabi s.a.w.;

إذا استهل السقط صلى عليه وورث
“Jika bayi yang gugur bersuara atau menangis (ketika gugurnya), hendaklah disolatkan ke atasnya dan ia berhak mewarisi”. (Riwayat Imam Ibnu Majah dari Jabir r.a.).

Berdasarkan hadis ini, bayi yang keguguran jika tidak terdapat tanda-tanda hidup (seperti menangis atau bersuara sebagaimana di dalam hadis) tidaklah disolatkan. Hadis ini mengikat makna umum hadis pertama di atas. Maka hadis pertama di atas jika dipadankan dengan hadis ini, maka ia memberi maksud; “Bayi yang gugur hendaklah disolatkan ke atasnya (jika ia bersuara atau terdapat tanda-tanda hidup)….”. (Lihat tafsiran hadis ini oleh Imam al-Minawi dalam Faidhul-Qadier, hadis no. 4492)..dipetik dari:http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/01/bayi-yang-gugur-dan-solat-jenazah.html

Persoalannya sekarang, kita disuruh mendoakan kebaikan keatas ibu-bapanya, tetapi dalam kes pembuangan janin haruskah bagi kita mendoakan kebaikan buat ibu-bapa yang sanggup membuang anaknya sendiri atau lebih aib lagi anak hasil perbuatan terkutuk sang manusia..


"Mencorak Suasana Dengan Islam"