Monday, August 30, 2010

Rintihan Seorang Anak

 Nak masuk je bulan September fikiran ana sentiasa teringatkan beberapa sejarah yang sentiasa berlegar di minda, walau bagi kenalan yang rapat dengan ana sudah memikirkan apakah bentuk sambutan yang cukup istimewa untuk ana setiap tahun pada bulan September. Mungkin bagi kenalan-kenalan rapat masa inilah mahu makan besar atau kejutan. Namun bagi ana bulan September penuh dengan sejarah tersendiri yang kadang-kadang benda yang orang fikir berkaitan diri ini langsung tiada dalam minda ana..

 Di bawah ini sedikit binkisan hati ana, seorang anak terhadap Ayahku yang tercinta..Coretan ini ana buat beberapa tahun dahulu, mungkin ada kekurangan dari sudut bahasanya. Namun, biarlah menjadi simpanan di sini. Bagi yang masih di beri masa untuk mendekati ayahmu, maka teruskanlah berkhidmat kepadanya, tunaikan segala hak sebagai anak, jangan di tunggu dia sudah pergi baru nak menyesal kerana tidak dapat memberi kebahagiaan sepenuhnya kepadanya.

 Mungkin di pandangan kita, ayah tidak seakrab seorang ibu. Namun jika difikirkan dengan tanggungjawab yang mereka tanggung cukup berat, bermula kehidupan dunia sehingga akhirat dialah orang pertama perlu bersedia dipertanggunjawabkan ke atas seluruh isi rumahnya. 
 Rintihan Seorang Anak

Ayahku...
 
Sungguh ku tak sangka....
Begitu singkat masa berlalu...
Tanpa ku sedari sudah lapan tahun dikau meninggalkan kami...

Ayahku...

Jika dulu dikaulah tempat kami menagih rindu...
Meluahkan pilu di hati..
Tempat mengutip mutiara kasih sayang yang sejati..
Biarlah diri ini tidak diberi masa yang lama
untuk mengenalimu
Namun dirimu tetap hidup
di hati anak-anakmu..



Ayahku...

Wajahmu masih lagi bermain di benak fikiran aku..
Nasihatmu masih berlegar di jiwa aku..
Kata-kata semangatmu menjadi inspirasi di kala aku hampir
bertemu jalan buntu..
Keperibadianmu masih menjadi bualan
di mulut masyarakat..

Ayahku...

Begitu tinggi harapanmu buat anak-anak, sehingga tidak terpikul
oleh jasad yang lemah ini..
Pemergianmu ibarat perginya seorang pejuang yang mencari
 syahid..
Pergimu bagai hilangnya kerlipan bintang di langit buat
kami dan masyarakat..
Tiada lain boleh ku ucapkan,
moga rohmu dicucuri
 rahmat oleh-NYA..
Tanggal 4 SEPTEMBER 2002 bersamaan 27 Jamadil Akhir, Ayahku tercinta telah kembali ke rahmatillah..
Amiin
Al-Fatihah....

Coretan ini ana khususkan buat keluargaku dan bakal menjadi "sebahagian" dari keluarga ana...


Wednesday, August 25, 2010

Kepimpinan SPP FPQS



BENTONG- 22Ogos 2010Alhamdulillah seramai 30 orang warga MT dan EXCO Sekratariat telah selamat menjalani Kem Kepimpinan sesi 2010/2011 anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dengan kerjasama SPP FPQS.

 Tujuan utama program ini di adakan bagi ialah untuk membina kebersamaan sesama warga SPP yang baru dilantik bagi meneruskan legasi perjuangan SPP. Walaupun program ini dianjurkan dua hari sahaja, namun diharap biarkanlah kuantiti harinya sedikit namun kualiti manfaatnya diharap dapat mengatasinya.

 Di antara respon peserta yang menghadiri program ini ramai yang menyatakan semua berpuas hati, dan merasa terlalu singkat masa program ini dek kerana seronok modulnya. Namun tidak dinafikan ada kekurangan program ini.

 Pihak penganjur mengharapkan semua peserta dapat mengamalkan input dalam program ini bagi meneruskan lagi legasi perjuangan kita dasari ini. Jadikanlah program ini sebagai titik permulaan untuk kita berkhidmat di sini dengan lebih bersemangat lagi. Biar tiada mata memandang kita di dunia ini, namun biarlah amalan kita menjadi pandangan makhluk di langit. Ikhlaskan niat dalam melayari bahtera kepimpinan ini, sanjungan manusia tidak kemana yang penting segala apa yang kita tempuhi di sini biarlah menjadi panduan kepada kita menenpuhi dunia realiti kelak dan mendapat keredhaan dari-NYA.


"Generasi Al-Quran Dan Sunnah Generasi Cemerlang"






   

Wednesday, August 18, 2010

TAYANGAN BADAR



Insya'Allah Sekretariat Perhubungan Pelajar FPQS akan mengadakan satu tayangan khas Perang Badar bersempena bulan ramadhan ini.Berikut adalah maklumat berkenaan tayangan tersebut :


Tempat : Dewan Kuliah Utama FPQS
Masa :3.00-5.00 petang
Tarikh :25 ogos 2010



Tayang adalah percuma, mahasiswa/i di jemput hadir bagi menyaksikan tayagan tersebut. "Yang HAK pasti terserlah. Yang BATIL pasti tergadah".



Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Ya Ramadhan..



1.Syaaban pergi tidak terasa, ingatan murni pada yang ada, bersihkan jiwa sabar berpuasa, ramadhan membawa pahala berganda. Salam Ramadhan Al-Mubarak..

2. Jumaat cari Sabtu, nak tanya nampak Ahad tidakagar nak ingatkan Isnin bagi tahu Selasa supaya tidak lupa Rabu  Puasa.

3. Ramadhan kareem.. ahlan wasahlan ya habibina ramadhan. jadikan ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini.

4. Ramadhan Kareem. minta maaf pape yang salah. moga ramadhan ni menjadikan kita tabahdalam hadapi ujian Allah dan mendapa natiajah yangtrbaik di sebalik ramadhan.. ameen.

5. Selamat berpuasa, moga puasa pada kali ini adalah puasa dengan rasa penuh kasih dan sayang kepada Allah dan mudah-mudahan kita jadi hamba yang bertaqwa.. ameen.

6. Selamat menyambt Ramadhan. Mesti khatam Quran. Mesti bangun Sahur. Mesti solat tarawih. Moga Allah terima amalan kita.

7. Puasa yang sama tapi natijah berbeza.

8. Jadikan ramadhan kali ini sebagai medan tarbiah rebranding amalan kita..   


Ini hanyalah kata-kata yang ana terima sempena menyambut Ramadhan ini.. biarkan menjadi simpanan di sini. Jika ada kata-kata kalian kepada ana tiada terukir di sini, maaflah mungkin dah terdelete.. Banyak sangat dalam inbox, sehingga takde space.. Dan banyak juga ana tak reply...Asif to all.....

"Allahuma Bariklana Fi Ramadhan" 

Ramadhan Kareem......

Monday, August 9, 2010

Tawaran Menarik!! Jangan Lepaskan Peluang Ini


Ramadhan Karim..
Hadirmu dinanti, pergimu ditangisi..
Ketika berjauhan begitu rindu di hati..
Semakin dekat hari pertemuan kita, semakin berdebar dengutan jantung ini..
Terasa bagai inginku luahkan segalanya rasa tersirat di hati..
Ku harap kau dapat mendegar luahan hati ini..
Moga diri'mu' megerti..
Diri ini sudah lama menaruh hati..
Biarkanlah pertemuan kali ini, aku dapat manfaatkan sebaik mungkin..
Ku tidak menjamin dapat bertemu'mu' di hari depan..
Ramadhan....Ramadhan...Ramadhan...


Ya Allah terimalah taubat dan amalanmu yang daif ini..
Di bulan mulia ini..

La Haula Wala Quwwata Illa Billah..

Allahumma Ballighni Ramadhan!!! Ya Allah...



Friday, August 6, 2010

My Personal Library

Ya Allah jadikanlah semua ini lekat dalam jiwa hambamu yang daif ini...
"Allahumma Faqqihna Fiddin, Wa 'allimna attakwil..."