Friday, October 29, 2010

Pesanan Terakhir.....

(Prof. Jaber: yang pertama dari kanan)

Di sini ana nak berkongsi sedikit pesanan dari Prof. Jaber FPQS setelah berkunjung ke pejabatnya petang semalam..
Mungkin tidak semua dari mulutnya dapat diri ini kongsikan bersama, namun cukuplah secara umum hasil luahan hatinya itu.

Setelah sedikit diri ini meminta nasihat daripadanya,
katanya,
1. Pertama kalinya pesanan buat kamu yang paling penting iaitu "niat"(sambil membaca hadith innamal 'aamal)  jika kamu dapat ikhlaskan diri dalam segala hal, maka itulah sebaik-baik perkerjaan kamu.
2. Yang ke-2nya kamu kena "membersihkan hati" dari mazmumah seperti hasad dengki dan sebagainya sifat yang tidak baik. Jika berkumpul sifat-sifat tidak baik pada kamu, maka sudah tentu susah bagi kamu mendekati manusia lain, apatah lagi Allah.

3. Yang ke-3 kamu kena sentiasa "tahsinul ilma atau sentiasa menambah ilmu". Dalam hadith banyak menyebutkan berkaitan kelebihan ilmu ini, ilmu sebagai cahaya menerangi kegelapan dan ahli ilmi di naugi oleh malaikat ketika dalam majlis ilmu. Kamu jangan menjadi seorang yang mudah memberi pandangan sebelum kamu betul meneliti perbincangan sesuatu benda.

4. Yang terakhirnya kamu kena taamul ma'a an-anas wa muslimin( saling bantu membantu) atau lebih khusus sesama muslim. Tiada jarak, sempadan dan masa memisahkan kita. Yang penting sesama muslim dapat mewujudkan mawaddah dan mahabbah, kerana dengan kekuatan dua inilah sahaja dapat menonjolkan kekuatan ummah muslimin.

Ini sahajalah sedikit yang dapat ana kongsikan; tersentuh di hati ini apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya penuh pengharapan buat kita semua. 

Untuk makluman semua Prof. Jaber merupakan seorang profesor dari Al-Azhar mesir yang cukup alim bidang hadith, ketika sesi ini pun penuh dengan hadith-hadith keluar dari mulutnya.

Tahun ini merupakan tahun akhir beliau berada di bumi Malaysia setelah kontrak mengajar di USIM tamat pada akhir tahun ini. Pulangnya ke Mesir ibarat hilangnya permata yang cukup berharga buat warga FPQS khasnya dan USIM amnya.

"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Thursday, October 21, 2010

Manis Jangan Cepat Di Telan, Pahit Jangan Cepat Di Buang


"Manis jgn cpat dtelan, pahit jgn cepat dbuang biar cantik di mata jangan di sangka tepat pilihan pahit di tanggung jangan di sangka pedih kan terus memanjang"


Perit dan pedih dalam medan perjuangan menjadikannya manis dalam hati-hati mereka yang memandang dari sudut hakikat kehidupan, 
 Makin di tempuh dan di redah makin manis perjuangan,
Makin di telan makin di tambah titik peluh yang di titiskan,
Andai di biar diri jauh dari perjuangan maka di situlah tafsiran diri yang dayus dan tak berguna, 
Biar putih tulang jangan putih mata,  
Biar mati anak jangan mati ugama,  
Biar hina di mata manusia jangan hina di pandangan-Nya,  
Sehari dalam kerahan keringat belum mampu untuk di bangga atas hasil yang di lalui,  
Sedetik masa yang di lalui dalam kerja-kerja amal belum cukup untuk di perkata,  
Jangan pernah megah,  
Jangan pernah gembira,  
Semua dari Tuhan yang esa,  
Andai di turuti nafsu pastikan nestapa,  
Bergantung haraplah pada Tadbir dan Perancangan yang Esa,
Kalau benarnya hati kita membenarkan Kalimah yang Maha Esa dan Syari'at RasulNya, agar perjalanan menempuh perjuangan yang mendatang di perluaskan jalan dalam keimanan, mengharap Rahmat dan Kasih yang Maha Penyayang. 
Karya ini ana ambil daripada kiriman seorang kenalan yang memberi tambahan atau huraian terhadap kata-kata ana yang di atas.. Terima Kasih kepada yang sudi memberi sedikit perkongsian buat diri ini...


"Merubah Suasana Dengan Islam"

Wednesday, October 20, 2010

Buah Tangan Dari Terengganu


 Pernah sekali selepas menyampaikan syarahan ana di jemput oleh sebuah keluarga penoreh getah, dari luar rumah sudah nampak saiz rumah itu. Sehinggakan di dalam rumah pun dapat melihat ruang dapur. Namun yang peliknya di dalam itu ana melihat ada 3 keping getah skrap di gantung pada ruang tamu dan ada di gantung pada sudut dapur. Melihat kepada situasi itu ana cuba memberanikan diri bertanya kepada tuan rumah.
"Kenapa di asingkan getah-getah ni?" diri ini cuba meminta kepastian
"ooo getah-getah ni ke?. pada kami 3 keping yang berada di ruang tamu ini akan di jadikan perbelanjaan kehidupan kami, manakala yang 3 keping kat dapur tu hasil dari jualan akan kami sumbangkan kepada perjuangan Islam." Jawab tuan rumah.
Tergaman diri ini mendengar jawapan ini, sehingga tidak terkeluar perkataan di mulut ini. 

Sebagai pengajaran buat semua, jika penoreh getah yang pendapatan rendah itu pun boleh membahagikan pendapatannya buat perjuangan ini, di manakah diri kita dengan kekuatan tenaga seorang muda dan kewangan yang Allah bagi, tidak dapat menyumbang kepada Islam, tidak malukah. Adakah mereka ini(penoreh, nelayan) mengimpikan pangkat dalam perjuangan ini? atau adakah mereka mahukan nama dalam perjuangan ini?. Bagi mereka cukuplah dapat membantu walau sedikit, namun yang penting bagi mereka  adalah semoga tergolong di akhirat kelak sebagai orang mencintai perjuangan ini.

Sedarlah wahai pemuda sekelian, perjuangan ini tidak menjanjikan harta bertimbun, nama seluruh benua mengenali dan pangkat yang di segani. Jika ini semua hadaf kalian maka bukan di sini medannya, medan ini hanya memerlukan mereka yang sanggup menempuh kepedihan, kesukaran dan tohmahan. sedarlah pemuda!!

Ini hanyalah sebuah cerita yang ana dapat dari seorang aktivis ketika berkunjung ke Terengganu beberapa  minggu lalu, semoga dapat menjadi pembakar semangat buat kita semua... 


"Merubah Suasana Dengan Islam"

Thursday, October 14, 2010

ABSTRAK


(With My Supervisor, Prof. Hasan)


Al-Hamdulillah tesis diri ini dah hampir 90% lebih sudah siap, Terima Kasih kepada-NYA yang tak terhingga mempermudahkan tugasan ini, dan tak di lupakan juga kepada sahabat-sahabat yang membantu diri ini dari segi zahir mahupun doa kalian. Di bawah ini ana lampirkan Abstrak tesis ana sebagai perkongsian buat semua.

"لا حول ولا قوة إلا بالله"
Doa darimu ibu cukup diri ini dahagakan) 


ABSTRAK
 
Kajian ini adalah bertujuan untuk menkaji dan mengetahui tentang profail seorang ulamak tafsir iaitu Imam Muhammad Bin Ali Syaukani atau lebih di kenali sebagai Imam Syaukani. Kajian ini turut mengkaji perkembangan ilmu tafsir, bermula zaman Rasulullah (S.A.W) sehingga kini dan pengenalan ringkas berkaitan ilmu tafsir. Selain itu, turut dibincangkan dalam kajian ini pengenalan Tafsir Fathul Qadir dan metodologi yang digunakan oleh Imam Syaukani sepanjang penulisan Tafsir Fathul Qadir. Dalam proses pengumpulan data, beberapa teknik telah digunapakai iaitu kajian, pembacaan dan penelitian kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan dan bersesuaian. Kajian juga membincangkan tentang perbandingan di antara metodologi Imam Syaukani dan Imam Ibnu Kathir dalam penulisan kitab tafsir mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa metodologi yang digunakan oleh Imam Syaukani dalam penyusunan Kitab Tafsir Fathul Qadir adalah bersesuaian dengan disiplin ilmu, iaitu meninggalkan taqlid pada mana-mana pandangan di samping mengunakan bahasa yang mudah difahami. Metodologi yang digunakan ini telah memberi kesan kepada ulama tafsir lainnya serta kepada seluruh umat manusia selepasnya

 
 """""""( "Rakan-rakan" pemberi support dari belakang)


"Mencorak Suasana Dengan Islam"



Monday, October 11, 2010

Hari Mahabbah FPQS (Hari Raya)

(dari kiri: Afham, Ustaz Sanusi(T.Dekan2 FPQS), Ustaz Zaini(K.P QM), Ust Norakhyairee(K.P QS), DR Ameer Naif(Pnsyarah Kanan), DR. Adnan(Dekan FPQS), DR.Fauzi(T.Dekan1 FPQS), Prof. Hasan(Professor)...

Dr.Ameer(Pakar dalam tafsir Kauniah), Dr.Adnan(Pakar bidang tafsir)

Ust Zaini(pakar bidang Quran)

Dr. Irsyadul Haq, Ust Sanusi (Pakar bidang Hadith)

dari kanan: Prof. Mustofa(prof bidang tafsir), Prof. Jaber(prof bidang hadith) dan Prof. Hasan(prof bidang tafsir) 3Profesor dari al-azhar Mesir... 
Sedar tak sedar sudah sem akhir berada di bawah bumbung ini, apabila melihat gambar ini semua terasa rugi pun ada. Apabila memandang muka-muka ulama ini semua penuh dengan pelbagai kepakaran di dada, namun diri ini tidak menggunakan sepenuhnya peluang 4 tahun berada di sini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu mereka ini semua sebagai bekal menempuhi alam realiti yang mendatang...... 


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Thursday, October 7, 2010

Idea Atas Katil...


"Kenape ek tak terasa macam berada dalam program ni?" tanya aku kepada Zaim.

"Nak buat macam maner, tesis tak gerak-gerak lagi (mengindir)" jawab Zaim

"Tesis jangan sebut time program ni, nanti balik kita hadap betul-betul" Jawabku

" Moh mai sini kita bincang sikit pe2 perancangan program sem ni(sambil mengajak zaim dan Izat datang dekat), event besar yang melibatkan semua pelajar satu fakulti" ujarku lagi

"Mimpilah pelajar fakulti kita nak turun semua, jika turun pun program makan-makan sajelah" Jawab Zaim

"Makan... Menarik juga tu.." Izat mencelah

"Sebut bab makan, ana nampak raya satu sajelah makan-makan ni" Ujarku

"Nak buat jamuan raya kena duit banyak sheikh, nak minta dengan student bukan senang, fakulti pun kena dahulukan program-program yang lebih penting" jawab Izat

"Buat apa susah, guna saja bajet student; yang penting makan sedap, diamlah" ujar Zaim

"Tapi terfikir juga, apasal zaman sekolah rendah boleh je buat jamuan raya dalam kelas, takde pulak yang bising?"ku cuba menimbulkan persoalan

"Betul jugak tu, kita guna je style zaman sekolah; masing-masing bawa makanan dan masing-masing makan" ujar zaim

"Cantik juga idea ni, tapi kena rebrandin betul-betullah biar kena dengan standard pelajar U, spesific setiap kelas ke, or setiap bacth ke, baru nampak seragam" ku cuba memanjangkan idea

"Benda ni boleh di bawa berbincang dengan Ustaz ni, masa nilah kita nak menggerakkan exco setiap kursus" Izat mencelah

 Setelah hampir setengah jam berbincang atas katil di kem program kat Bentong lepas, macam-macam idea keluar berkaitan cadangan-cadangan program mahupun penambahbaikkan program, ada yang boleh pakai dan tak kurang juga idea entah-entah apa. Untuk keesokan harinya pada program kepimpinan ini akan ada slot perbincangan perancangan setiap exco. Bagi pihak MT hanya bersedia memberi idea program sajalah. Dari segi pelaksanaan dan tambahan secara specific setiap program akan dibincangan kembali. Jadi di antara program yang dirancangkan pada hari itu iaitu Jamuan Hari Raya peringkat fakulti. Bermula dari lontaran idea dan perbincangan mendalam dengan semua maka bertambahlah pelbagai idea-idea baru tambahan dari semua bagi mencantikkan lagi pelaksanaannya. 

 Bermula dari perbincangan di Bentong itulah bergeraknya langkah-langkah untuk sehingga berjaya dilaksanakan sebaiknya oleh semua penggerak yang tiada pernah kenal erti penat lelah dan tohmahan dari pelajar, semua menerima dan saling menanggung. Bagi yang pernah bekerja dalam sesuatu organisasi, ini semua bagai sudah biasa merasa, bahkan jika tiada ini semua bagai ada yang tidak kena dalam sesuatu program itu. 

 Di sini ana nak mengucapkan seribu tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Program Jamuan Hari Raya ini, mungkin inilah titik permulaan untuk 3kursus dalam FPQS untuk lebih merasai bagai hidup sebumbung, dan semoga selepas ini tiada  lagi dinding penghalang di antara kita bagi menjayakan agenda Fakulti, Universiti dan yang lebih mulia lagi kepada perkembangan fahaman kepada Islam itu sendiri.

 Harapan ana kepada legasi kepimpinan SPP yang akan datang moga dapat meneruskan dan memantapkan perjuangan ini bagi menempuhi medan yang lebih mencabar lagi. Ini adalah amanah-NYA kepada kita; jika bukan kita berada  di kerusi ini sekarang nescaya kerusi ini tetap terisi, namun kitalah yang rugi kerana tidak tercatat dalam timbangan sebagai pejuang yang mengisi kerusi perjuangan ini. Semoga kita semua menjadi agen mencorak suasana dengan Islam. InsyaAllah...



"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Monday, October 4, 2010

Sejauh Mana Ikhlas Dalam Berjuang..



Sejauh mana ikhlas dalam berjuang?
Setiap kali bertembung dengan benda lain perjuangan di kesampingkan.


Sejauh mana ikhlas dalam berjuang?
Setiap kali ada arahan di situ ada seribu persoalan.

Sejauh mana ikhlas dalam berjuang?
Setiap kali ada peluang, di situ terasa segan.

Sejauh mana ikhlas dalam berjuang?
Setiap kali ada tugasan sentiasa saja ada alasan.

Sejauh mana ikhlas dalam berjuang?
Setiap kali berkerja dalam pasukan ada lagi perasaan tak puas hati.

Sejauh mana ikhlas dalam berjuang?
Setiap kali bekerja mahukan pandangan yang memerhati.

Sejauh mana ikhlas dalam berjuang?
Setiap kali dalam organisasi mahukan jawatan tinggi.

Sejauh mana ikhlas dalam berjuang?
Setiap kali keluarkan arahan mahukan semua turuti.

Sejauh mana ikhlas dalam berjuang?
Setiap kali bercakap mahukan pendengar yang ramai mengamati.

Sejauh mana ikhlas dalam berjuang?
Setiap kali bekerja masih mengharap habuan duniawi.

Sejauh mana ikhlas dalam berjuang?
Setiap kali behujah tiada mahu mengalah.

Sejauh mana ikhlas dalam berjuang?
Setiap kali ditimpa ujian asyik mengeluh.

Sejauh mana ikhlas dalam berjuang?
Setiap kali melakukan sesuatu masih memikirkan redha insani, bukan redha Ilahi..

 
اللهم ثبتنا واجعلنا هاديا ومهديا.. يا الله....

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك.

آمين يا الله.... يا رب العالمين....


"Mencorak suasana dengan Islam"