Tuesday, December 29, 2009

Dalam Diari Pejuang..

Biarkan apa yang sudah berlalu itu sebagai History dalam diri kita, dan apa yang kita akan lalui sebagai Misteri..

Dalam diari pejuang..
tiada masalah yang merumitkan

Dalam diari pejuang..
tiada ujian yang melemahkan

Dalam diari pejuang..
tiada bala' yang menyusahkan

Dalam diari pejuang..
tiada halangan yang menyukarkan

Dalam diari pejuang..
semua menjadi pemangkin kekuatan

Dalam diari pejuang..
Walau apa yang datang semuanya menjadi batu loncatan kejayaan.

Pejuang..

mereka tepu dengan masalah dan ujian,
walau sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba.
berdepan belaian pencipta, sebagai tanda ingatan-NYA...

Friday, December 25, 2009

Wajah baru dan semangat baru..

Tahun hijri baru melangkah ke tahun baru..

Tahun Masihi tinggal beberapa hari melangkah ke lebaran baru..

Semester pengajian dah nak masuk sem baru..

Template blog pun dah ubah yang baru..

Semuanya jika boleh semua nak baru..

Perjuangan pun biar berkobar semangat baru..

Ke imanan pun biar bertambah cantik dan baru..

Sedar atau tidak itulah fitrah kita yang bergelar insan, semua kalau boleh mahukan pembaharuan. Tak salah pembaharuan, namun biarlah setiap pembaharuan yang ingin kita lakukan itu tidak membuang sepenuhnya sesuatu yang lama itu. Sesuatu yang lama itu sudah terbukti natijahnya, sedang sesuatu yang baru itu berdepan dengan pelbagai kemungkinan.

Jika di dalam Ilmu Tarikh Tasri' ada menceritakan bagaimana terjadinya suatu zaman umatnya yang hanya merasa senang dengan tahap pencapaian umat terdahulu dan menyebabkan umat manusia kembali mundur. Adakah zaman yang di maksudkan sekarang?

Jadi mulai saat ini marilah sama-sama kita membina semangat baru dalam melayari bahtera yang tiada penghujung ini. Umat terdahulu telah membina sejarah mereka dengan jayanya, adakah cukup dengan kita berbangga dengan sejarah yang ditempa mereka?.

Jadi sama-sama kita fikir, pembaharuan yang akan berdepan dengan cabaran, dugaan dan berdepan dua kemungkinan berjaya atau gagal.. beranikah kita?

Baru, baru....

Sunday, December 20, 2009

Cuti akhir sem 5 ku..

Sampai hari ini masih berbaki seminggu lagi cuti akhir sem kali ini. walau cuti kali ini bagiku berbeza sedikit pengisiannya, jika cuti akhir sem sebelum ini aku banyak mengisinya dengan bertalaqqi dan berprogram di kampung, namun kali ini cutiku di habiskan berjauhan dari kampung halaman. Bahkan aku berlegar di Negeri Sembilan, jika sebelum ini cutiku digunakan untuk menceduk sebanyak-banyaknya ilmu di masjid-masjid dan bertalaqqi dengan ustaz-ustaz di Kelantan dan hujung mingguku berprogram. Inilah kebiasaan cuti sem ku sebelum ini. Namun kali ini, ku tak tahulah adakah betul tindakanku ini. Cuti ku kali ini berjauhan dari kampung dan jauh dari majlis ilmu.

Jika biasanya pagi ku sudah terhidang dengan sarapan dan selepas itu meluru ke rumah ustaz 'menadah' kitab. Namun kali ini pagi ku jam 9.30-11.30 kena memeningkan kepala mengajar budak-budak belajar jawi, quran dan amali solat di Seremban. Program musim cuti sekolah dekat Maahad Ummu Aiman taman Sri Pulai, 3 dalam 1. Malamku juga kali ini juga di habiskan berada di Maahad, bagi memimpin program khatam quran cuti sekolah. Jadualku cuti kali ini hanya penuh dengan bermain dengan budak-budak saja.
(Maahad Ummu Aiman cawangan Senawang)


Jadualku kali ini setiap hari Isnin hingga Khamis mengajar di Seremban. Pada waktu pagi jam 9.30-11.30pagi aku mengajar program 3 dalam 1 cuti sekolah (jawi, Quran dan amali solat). Pada waktu malam pulak jam 8.00-10.30mlm aku mengajar untuk program khatam Quran cuti sekolah. Inilah jadual cutiku kali ini. Hari-hariku kali ini terasa cukup lama jika nak dihitung. Tiap-tiap hari memikirkan cara nak mengajar budak-budak ni. Terlampau berlembut mereka bising tak berhenti, nak buat garang tak sampai hati. Semuanya serba tak kena jika difikirkan, itulah cabaran kali ini.

(Kelas pagi ku)


Kelas pagiku memang cukup mencabar bagi diri ini, apa tidaknya dalam satu kelas ada pelbagai ragam budak-budak ni. Ada yang taknak menulis, ada yang tak mau buka mulut dan yang paling menguji kesabaran ini apabila boleh mereka main kejar-kejar pulak depan ku. Inilah cabaran mengajar..

(Keaktifan anak didik ku)


Kelas malam ku pulak tidaklah seperti kelas pagi, memandangkan kelas malam ini semuanya boleh di katakan lebih tua sedikit umur mereka berbanding kelas pagi. Kelas malam ku ini hanya kelas untuk menkhatamkan Quran di samping sedikit pengisian ilmu tajwid dan tafsir. Tak kurang juga mencabar mengajar budak-budak ni, maklum sajalah budak-budak nak bagi tumpuan 2jam bukan mudah. Kita pun tak dapat apatah mereka. Bagi budak-budak yang kelas malam ni ada yang lawak dan ada juga yang buat-buat lawak, kadang-kadang ada juga terasa nak marah. Apa tidaknya tengah-tengah orang baca Quran boleh nak buat lawak lagi..ish2.

Namun bagiku semua ini jika dikenangkan kembali seolah-olah satu gambaran balik yang Allah nak tunjukkan kepada diri ini. Jika difikirkan balik perangai budak-budak ini tak ubah seperti perangai diri ini dan kenalan-kenalanku masa kecil. Mungkin semua ini petunjuk kepada diri ini bagaimana kepedihan guru-guruku dulu mendidik diri ini sehingga sampai ke tahap ini. Mungkin Allah telah mengaturkan kepadaku bertemu dengan mereka ini bagi membentuk mereka dan diri ini. Begitu cantik percaturan-NYA...

Masih teringat lagi kata-kata Ustaz Nik Mahadi ketika berusrah dengannya. "Ilmu segantang perlu di tambah 3gantang hikmah baru cukup 1cupak.." Bagiku dengan berdepan dengan 'suasana' inilah kita dapat mencari hikmah itu. Ilmu jika tidak ditambah hikmah bagai nasi tanpa lauk, walau banyak namun tiada siapa ingin menjamah. Ku harapkan biarlah segala halangan kali ini menjadi perisai dalam menharungi taufan kehidupan yang tak menentu ini...

Di sini ana nak nukinkan sedikit tips-tips yang diberi oleh seorang seniorku apabila diri ini bertanyakan macam mana nak mengajar budak-budak ni..

soalanku: cuti sem ni ana ngajar budak-budak ngaji,fardu ain n so on lah... pning palo juga main dengan budak-budak ni..tolong bagi sikit kak method-method nak mengajar budak-budak ni?..

jawapannya: erm, menarik2.. dk2 ni besala, suka main2.. jgn serius sgt,lepa bosan..ceria2kan diri anda n suasana.klu nak larang or tegur somethig,jangan scra tegas sgt, tp perlahan2 n bgtahu why xblh n what da effect.. kaitkan dgn something yg blh lepa terima akal.. tp jangan baik sangat, satgi lepa naik lmk.. bak kata Farid Din.. kta nak tawan hatimanusia, dekat2kanlh selalu ngan pencipta n pmilik hati.. Ikhlaskan niat, moga Allahberkati segala usaha murni 2...

Tq atas tunjuk ajar.....








Selamat melangkah ke sem baru kepada teman-teman seperjuangan...

Thursday, December 17, 2009

Perutusan Awal Muharram 1431

"Hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini..."



Inilah trademark yang sudah lali dalam kehidupan kita. Bermula dari rumah ke sekolah rendah, menengah, Ipt dan yang sudah berkeluarga, kata-kata ini cukup sinonim dengan masyarakat kita amnya dan orang Islam khususnya. Namun diri ini tertanya-tanya adakah trademark kita ini hanya bermain di mulut, sebagai alat berlumur yang hanya menunggu masa untuk dibuang atau hanya bermain di telinga kanan dan keluar ke telinga kiri, bukannya meresap di dalam hati dan terzahir dalam kehidupan..


Jika dihayati trademark ini, bagiku sudah cukup bagi kita menjadi sebuah masyarakat dan juga ummah terbaik. Terbaik dari perangainya, ibadahnya, dakwahnya dan keseluruhan hidup ini. Apa tidaknya jika hari ini seseorang itu dapat membetulkan 1% niatnya kerana Allah dalam kehidupannya bermakna dalam 100 hari seluruh kehidupannya hanya kepada-NYA. Apabila semua ehwal kehidupan harian hanya kepada-NYA maka tidak timbullah pelbagai benda yang tak sepatutnya berlaku. Mencari harta kerana-NYA, walau puluhan juta harta namun ia hanya bermain di tangan, bukan menusuk ke hati. Kehidupan dapat, keredhaan-NYA pun dapat.


Jika setiap kali sembahyang kita dapat menjaga dari melakukan perbuatan yang membatalkan sembahyang. Jika puasa kita buleh tak makan, sedangkan peluang untuk makan terhidang luas di depan mata. Kenapa benda ini kita tidak terjemahkan dalam kehidupan harian kita. Jika di hulur wang rasuah kita tak terasa seolah-olah kita makan di siang hari ramadhan. Allah yang kita iktikad pada bulan ramadhan Yanh Maha Melihat adalah tuhan pada bulan-bulan lain juga Yang Maha Melihat.


Bersempena dengan awal Muharram 1431 ini marilah sama-sama kita muhasabah balik ke mana halatuju kita. Kita bukan berakhir di dunia ini saja, tapi kehidupan di sana masih menunggu tiba. Duit yang kita kumpul untuk hidup di sana adakah sudah cukup. Cukuplah trade mark ini menjadi batu ukur kepada sejauh mana hijrah kita. Hijrah dari yang kurang baik kepada yang baik itu adalah hijrah yang sebenar..




Ibnu Mas'ud berkata: "Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah.."




Salam Maal Hijrah 1431...



p/s: jangan lupa puasa 8,9,10 muharram.. besar fadhilatnya...

Tuesday, December 15, 2009

Perjalanan ke Sekinchan




Sungguhku tak sangka jika sebelum ni namanya hanya bermain di fikiran akhirnya diri ini dapat menjejakkan kaki di tempat ini. Masih teringat setiap kali ada orang yang bertanya kepada Alias mana asal mesti orang tersilap dengar 'shin chan' dan menjadi bahan tawaan untuk semua orang. Namun kali ini aku berkesempatan menjejakkan kaki di Sekinchan atas pelawaan Alias menghadiri kenduri sempena majlis perkahwinan kakaknya.

Semuanya bermula ketika akhir sem 5 apabila alias menjemput kami satu rumah ke rumahnya, namun aku tidak berani memberikan apa-apa keputusan, memandangkan majlis ini berlangsung ketika cuti akhir sem. Tidak adalah benda yang di tunggu-tunggu oleh setiap pelajar selain cuti, apatah lagi cuti sem. Masa cuti sem inilah masanya untuk balik ke kampung bagi mengubat rindu untuk keluarga dan kampung halaman. Itulah sebabnya aku tak berapa yakin dapat menhadiri jemputan ini.

Tanpa di duga pada cuti ini kebetulan masa ku banyak dihabiskan di Nilai, bermula dari titik inilah ku merangcang perjalanan ke walimah Alias. Berpandukan google map aku dan Samsul mencari jalan terbaik dan terdekat bagi menuju ke Sekinchan.

Setelah peta telah ku jumpai dan motor sudah di servis, ku memberanikan untuk meredah perjalanan ini. Tepat jam 7pg, 13 Disember 2009 setelah menghantar Edd ke komuter Nilai ku turus meluncur bersama Sem meneruskan perangcangan yang sudah diatur. Suatu benda akan dikira berharga jika sudah berjaya. Perancangan tanpa pelaksanaan ibarat kereta tanpa stereng, semua nampak cantik tapi tak dapat kemana.

Hampir 25minit meluncur di lebuh raya kami singgah sarapan di R&R Dengkil. Hampir 10 minit berada di R&R kami meneruskan perjalanan, dengan kelajuan 80 ke 90 km/j ku meluncur di lebuh raya. Bagiku biarlah perlahan asalkan 'enjoy' atau dengan kata lain biar lambat asal selamat. Perjalanan ini bagiku cukup menenangkan tak sabar nak sampai ke Sekinchan. Dari Nilai ku menuju ke Shah Alam, dari Shah Alam pula ku mencari pulak sign bord yang menunjukkan arah ke Kuala Selangor dan di susuli Tg.Karang dan akhirnya Sekinchan.


Dalam perjalanan ini aku sempat singgah di masjid Ijok bagi merehatkan tubuh dan juga motor. Tepat jam 10.25 aku dan sem sampai ke rumah Alias. Di depan rumahnya tampak beberapa khemah, ada khemah untuk hadirin lelaki, hadirin perempuan, khemah santapan pengantin dan khemah tempat bakar ayam. Tak perlu diri ini sebut khemah yang mula-mula aku pergi tak lain tak bukan khemah tempat bakar ayam. haha...





Perjanan balik yang cukup meletihkan...

Nasi, lauk-pauk telah ku lahap sehingga tak tinggal apa lagi yang tak ku jamah, opp terlupa hanya makanan pengantin je ku tak jamah, hanya sempat ambil gambar. Jadi tak de apa lagi yang ku buat di sana. Setelah hampir sejam berada di rumah Alias dalam keadaan hadirin pun bertambah, diri ini meminta keizinan untuk beredar dulu. Perjananku ini tidak berakhir di sini apabila aku meneruskan perjanan ke Sungai Besar untuk berkunjung ke rumah seorang kenalan di sana. Perjanan dari rumah Alias ke sana memakan masa hampir setengah jam pula, namun bagiku tiada masa lain dah nak berkunjung ke sana, jika nak tunggu diri ini datang berkunjung ke sini lagi, alamatnya 2 atau ke 3 tahun akan datang belum tentu.








Hampir sejam juga berada di Sungai Besar, aku eminta diri untuk pulang. maklum sajalah perjananku masih jauh nak balik ke Nilai. Aku bertolak dari Sungai Besar jam 2.30 merentasi jalan yang sama kami gunakan ketika datang. Namun kali ini terasa cukup lama perjalanan ini, bagai menunggang unta di sahara sahaja. Lebih dari sekali kami berhenti semata-mata nak meregangkan urat-urat yang kepenatan. Tak cukup di stesen minyak, stesen bas pun jadi. Bukan stakat itu sahaja masjid dan pasar malam pun singgah. Tepat jam 6.15 kami sampai ke rumah kami di Nilai dengan penuh rasa keletihan dan bersyukur, dapat sampai dengan selamat..



Yang penting bagiku, walau perjalanan ini cukup pedih dilalui namun biarlah segalanya terubat dengan keakraban sebuah persahabatan. Persahabatan bukan bertempat, bukan bermasa atau berwaktu, apatah bermusim, namun ia dapat dirasai kemanisannya jika kita tahu apa itu erti sebuah persahabatan yang termetri dengan ikatan Akidah yang satu..

Saturday, December 12, 2009

Koleksi Kata2 Raya Haji

1) TaatnyaIbrahim pada ALLAh Yang ESa, Setianya Siti Hajar pada suami yang tercinta, Hebatnya Ismail rela berkorban nyawa, Segalanya demi Islam yang tercinta..

2) Bulan yang besar takkan bersinar tanpa cahayanya, laut yang luasakkan memukau tanpa kebiruannya, hati takkan tenang tanpa keimanan, hidup takka bermakna tanpa Ibada yang berterusan..

3) Lembu resah menunggu giliran, kambing di kandang tak lalu makan, creditku korban tanda ingatan, salam aidil adha ku ucapkan..

4) Selamat menyambut bulan pengorbanan, mudah-mudahan tarbiah dari Ibrahim dan Ismail A.S disambut dengan penuh keinsafansemata-mata merebut cinta Allah yang Hakiki..

5) Saat berderai jatuh titisan air mata suci Ibrahim melihatkan keteguhaniman anaknya Ismail di kala itulah bermulanya sjarah agung erti sebuah erti pengorbanan..

6) Parang tumpul mula diasah, lembu kambing mula keluh kesah, Aidil adha disambut meriah, maafkan silap dan salah..

7) Seputih hati sebersih nurani, sesusun jari menyuci diri, semoga ikatan terus bersemi, salam aidiladha tulus dari hati...

kata-kata dari sahabat2 kepada diri ini.. biarlah terus tersimpan di sini, menjadi ingatan di hati, sebagai pengubat rindu menanti... erti pengorbanan sama2 dihayati...

barakallahufikum

Saturday, December 5, 2009

Gadisku...


Duhai gadisku…

Gadisku… sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian Sang Kumbang untuk mendekatimu, namun … tidak semua bunga senang di dekati lantaran duri mawar, dari kejauhan sudah terhidu akan keharuman serta kilauan warnanya memancar indah mengundang kegaguman terhadap sang kumbang … tapi Awas !!! duri yang memagari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku… aku suka kau sekiranya seperti mawar aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah swt… hiasilah wajahmu dengan titisan wudu’, bibirmu dengan tilawatilqur’an dan zirullah, matamu dengan memandang segala keindahan af’alullah di muka bumi dan langit, telingamu diperdengarkan dengan tazkirah2 yang akan menambahkan ma’rifat kepadaNya, akalmu tafakkur dan tadabbur setiap bait2 Kalamullah dan hatimu dengan musyahadah kepada Wajhullah Taala…

Iangatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya dengan pandangan nafsu dan syahwat melainkan bertambahnya keimanan salah seorang antara mereka. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika di bandingkan dengan sesuatu yang terdedah… umpama mutiara yang di dedahkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah…

Wanita solehah yang taat dan patuh pada al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun …. ianya memerlukan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih2 lagi title gadis yang kau miliki, sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.

Maka ingatlah wahai gadisku bahawa sesiapa yang ingkarkan kebaikan maka Allah akan memudahkan jalan2ke arah itu, yang penting engkau mesti berharap hanya kepada Allah dan istiqamah dalam riadhah mujahadah dirimu itu.

Gadisku… aku adalah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan kaum lelaki… seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu… sesungguhnya Nabi ada bersabda : “Tidak ada satu fitnah yang terlebih besar dan bermaharajalela selepas wafatku kepada kaum lelaki selain fitnah yang berpunca dari kaum wanita”.

Oleh itu gadisku, setiap langkah dan pakaianmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, jangan biarkan orang mengekploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu… sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam… kau adalah harapan ummah dalam melahir dan membentuk mujahid dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia haya dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku… dalam hidupmu pastinya kau ingin disayangi dan menyayangi, itulah anugerah dan fitrah semulajadi setiap insani namun ramai antara kamu tewas kerana cinta… bercinta itu tiada yang salahnya tapi memuja cinta itulah yang salah… kerana dengan cinta manusia sanggup menjual ugama dan kerana cinta maruah diri yang begitu bernilai dan berharga di gadaikan hanya kerana dengan sedikit kata2 manis dari seorang lelaki. Gejala murtad dan keruntuhan akhlak muda-mudi sebahagiannya adalah di sebabkan cinta. Benarlah sabda Rasulullah : “Adapun bermula cinta itu buta”.

Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang Hak dan yang Batil apabila kau letakkan cinta itu di atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah. Sebelum kau mendekati cinta yang majazi ini, cintailah dirimu terlebih dahulu dengan mengkaji hakikat dirimu yang akan membawa dan menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang kepada sang Pencinta sebenar iaitu Penciptamu.

Gadisku, mencintai ALllah dan Rasul-Nya melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila di berikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak lantas terburai hancur, tapi apabila hatimu di serahkan kepada Allah ia akan bertaut kembali …

Dalam seusiamu sibukkanlah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslumahmu. Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak mampu bertapak di hati2 mereka yang penuh dengan karat2 dosa kepada Penciptanya.buat akhirnya terimalah kata2 seorang sufi iaitu Rabi’atul Adawiyyah sebagai renungan kita bersama dalam menuju ke hadrat Ilahi.. : “Cintakan manusia itu sesekali tidak akan mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan kerana ia tidak kekal, cinta seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa zahir dan batin. Oleh kerana itu, tiada satu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian yang sebenar dan kenikmatan yang akan menghancurkan segala kenangan2 buruk melainkan hanya CINTA kepada PENCIPTA dan PENCINTA sejati dan abadi…

Renung2kanlah wahai gadisku …
karya asal: sufi_2114@yahoo.com