Pernah sekali selepas menyampaikan syarahan ana di jemput oleh sebuah keluarga penoreh getah, dari luar rumah sudah nampak saiz rumah itu. Sehinggakan di dalam rumah pun dapat melihat ruang dapur. Namun yang peliknya di dalam itu ana melihat ada 3 keping getah skrap di gantung pada ruang tamu dan ada di gantung pada sudut dapur. Melihat kepada situasi itu ana cuba memberanikan diri bertanya kepada tuan rumah.
"Kenapa di asingkan getah-getah ni?" diri ini cuba meminta kepastian
"ooo getah-getah ni ke?. pada kami 3 keping yang berada di ruang tamu ini akan di jadikan perbelanjaan kehidupan kami, manakala yang 3 keping kat dapur tu hasil dari jualan akan kami sumbangkan kepada perjuangan Islam." Jawab tuan rumah.
Tergaman diri ini mendengar jawapan ini, sehingga tidak terkeluar perkataan di mulut ini.
Sebagai pengajaran buat semua, jika penoreh getah yang pendapatan rendah itu pun boleh membahagikan pendapatannya buat perjuangan ini, di manakah diri kita dengan kekuatan tenaga seorang muda dan kewangan yang Allah bagi, tidak dapat menyumbang kepada Islam, tidak malukah. Adakah mereka ini(penoreh, nelayan) mengimpikan pangkat dalam perjuangan ini? atau adakah mereka mahukan nama dalam perjuangan ini?. Bagi mereka cukuplah dapat membantu walau sedikit, namun yang penting bagi mereka adalah semoga tergolong di akhirat kelak sebagai orang mencintai perjuangan ini.
Sedarlah wahai pemuda sekelian, perjuangan ini tidak menjanjikan harta bertimbun, nama seluruh benua mengenali dan pangkat yang di segani. Jika ini semua hadaf kalian maka bukan di sini medannya, medan ini hanya memerlukan mereka yang sanggup menempuh kepedihan, kesukaran dan tohmahan. sedarlah pemuda!!
Ini hanyalah sebuah cerita yang ana dapat dari seorang aktivis ketika berkunjung ke Terengganu beberapa minggu lalu, semoga dapat menjadi pembakar semangat buat kita semua...
"Merubah Suasana Dengan Islam"
No comments:
Post a Comment