Haza Huwa

Sunday, January 6, 2013

Azam Tahun 2013



 Pertama-tama kalinya diawal tahun ini dengan semangat dan perasaan berdebar-debar ingin meneruskan survival kehidupan sebagai khalifah dimuka bumi ini, izinkan diri ini memohon jutaan atau berbanyak-banyak kemaafan kepada semua pembaca blog ini, mungkin ada tersilap faham atau ada kesilapan di balik setiap penulisan diri yang daif ini.

 Biarlah perjalanan dari mula tahun ni membawa bekal bermula dari lajor debit sebagai permulaan, bukannya bermula dari lajor kredit yang terlampau besar angkanya sehingga tidak tahu macam mana ingin mencari modal baru memadamkannya. Jadi saya harap biarlah melalui sedikit kerendahan diri memohon kemaafan ini dengan semua dapat memadamkan sedikit baki kredit yang terbawa. Wal'iyazubillah

 Sering kali saya sebut, blog ini hanyalah coretan peribadi untuk dikongsikan buat semua. Mungkin dalam perkongsian ini boleh jadi boleh di ambil iktibar mahupun diperbetulkan oleh pembaca itulah sebenarnya yang diharapkan. Semoga sama-sama mendapat manfaat dari kemudahan berintraksi di ruangan maya ini. Sesungguhnya hikmah itu pusaka umat Islam yang hilang, di mana kamu berjumpa maka ambillah(Saida Umar ra)..

Beberapa gambr coretan perjlnn 2012











"Mencorak Suasana Dengan Islam"