Haza Huwa

Sunday, January 31, 2010

Salam Maahadi


(Ibnu Sanusain: Zuhdi b. Mohd Sanusi(x-maahadi), Majdi B. Sanusi)
Salam Maahadi..

Masih terasa bagai semalam diri ini berada di bawah bumbungnya,
Masih teringat tawa riang kenalan-kenalan bersama
Perit dan senang kita tempuhi bersama
Terkadang terluka dan terasa
Namun sebab hadaf kita sama
Kita sanggup ketepikan semua


Salam Maahadi..

Perbagai tauladan kita dapat di tanahnya
Bermula dengan minggu ta'arufnya
Sehingga majlis restu ilmunya
Bagai terasa masih bermain di minda
Air mata yang pernah kita gugurkan bersama
Perjanjian kita untuk menongkah perjuangan bersama

Salam Maahadi..

Walau sekarang jasad kita merata
Walau kita sudah lama tak bersua
Kehidupan sebgai Maahadi masih terbawa
Lebel masyarakat masih sama
Maahadi lagi di mata mereka

Salam Maahadi..

Begitu beruntungnya dapat menjadi warganya
Melihat bertebaran warganya di dunia
Menuntut ilmu dan melakar sejarah dunia
Walau diri ini tak sehebat kalian semua
Cukuplah diri ini pernah kita bersama

Salam Maahadi..

Tarbiahnya sudah terbukti di mata dunia
Anak didiknya mencoret perubahan semasa
Terasa berat dek diri ini meneruskan sejarah kegemilangannya
Tamadunnya terbina cantik di ruang angkasa
Adakah tamadun ini akan meninggal nama

Salam Maahadi..

Dari generasi ke satu generasi memapar kehebatan tarbiahnya
Di papar dalam kehidupan realiti bukan maya
Persoalan adakah warisan ini akan kekal selama-lamanya
Adakah pruduct sekarang akan menjadi penerus ini semua?
Marilah sama-samalah muhasabah bersama

Maahadi..Maahadi... Maahadi



(Saifullah Firdaus Udm xmahadian)


Wednesday, January 20, 2010

Bahang Pilihanraya Kampus Usim

Apabila membicarakan PRK kampus ramai yang memberikan pelbagai respon. Pelbagai pandangan dilontar, ada yang positif dan negatif. Itulah realiti kita, sebagai seorang yang bergelar manusia.

PRK USIM

Sering kali ana terdengar dari suara-suara pelesit berbunyi menyatakan PRK di USIM tidak semeriah PRK di kampus lain. Memandangkan di USIM tiadanya golongan yang bergelar Pro-m dan Pro-aspirasi. Mungkin inilah yang sentiasa bermain dalam fikiran setiap mahasiswa USIM. Dua golongan ini yang mereka impikan, namun seribu satu soalan bagi diri ini, siapa yang berani memulakannya?

Beberapa soalan yang ingin diri ini lontarkan kepada warga USIM, adakah kita akan merasa hebatnya PRK kampus kita apabila wujudnya dua golongan ini??. Suara mahasiswa akan lebih bermakna dengan kewudan dua golongan ini??. Atau dengan kewujudan dua golongan ini kita lebih berminat dengan program MPP??. Inilah soalan yang sering bermain di benak fikiran ini dan sama-samalah kita jawab. Atau semua ini hanya alasan semata-mata bagi menutup kekurangan kita.

Seringkali diri ini mendengar pelbagai pandangan dari rakan-rakan apabila masuk tajuk PRK khususnya dan MPP amnya. Ada yang kata kewujudan MPP di bumi USIM ini bagaikan kambing yang diikat, tak dapat menyumbang apa-apa kepada pembangunan mahasiswa USIM. Dan ada juga menyatakan kewujudan MPP USIM bagai sama sahaja jika tiada. Inilah di antara kritikan-kritikan pedas bagi MPP.

Namun bagi diri, biar apa tohmahan yang tempias mengena telinga ini sama-samalah kita fikir. MPP menjadi wakil untuk pelajar, untuk menyuarakan suara pelajar dan sebagai lidah pelajar dengan pihak pengurusan di samping sebagai wakil menyediakn input-input berguna kepada pelajar, itulah MPP. Persoalan yang timbul adakah kita betul-betul menggunakan mereka, atau kita hanya menyatakan ketidak puasan hati kepada mereka dengan sebab kecuaian kita tidak memaklumkan permasalahan pelajar. Mereka bukannya nujum Pak Belalang yang dapat meramal apa yang akan berlaku atau yang telah berlaku tanpa mendapat maklumat dari pelajar sendiri.

Sempena PRK 21 hb ni sama-samalah kita memilih calon-calon yang dapat memperjuangkan hak kita di samping kita juga memberi support untuk pembangunan USIM ini sendiri. Bukan hanya menunding jari kepada MPP jika kita tidak nampak perubahan namun diri masing-masing di mana sumbangan kita terhadat perubahan yang kita impi-impikan selama ini, daripada yang kurang baik kepada yang baik dan yang sudah baik kepada yang lebih baik.

Kita semua yang menentukan semuanya.



"IF YOU CAN DREAM IT, YOU CAN DO IT"

Tuesday, January 12, 2010

Kelas Tafaqquh FPQS



MEMO PEMBERITAHUAN

Dimaklumkan bahawa Biro Dakwah & Kerohanian Sekratariat Pelajar Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, USIM akan mengadakan Kelas Tafaquh bermula pada 13 Januari 2010 setiap hari Rabu pukul 3.30 petang hingga 6.00petang.
Jadual pengajian adalah seperti berikut:
Masa Tempat Nama Ustaz Pelajaran
3.30PM-4.30PM DKS 2.1 FPQS Ust. Makhyuddin Hashim Tauhid
5.00PM-6.00PM DKS 2.1 FPQS Ust. Zulhilmi Muhamed Nor Adab(Hadith)

Kepada semua pelajar USIM dialu-alukan menghadiri majlis ilmu ini.
Sebarang pertanyaan sila hubungi saudara Ahmad Majdi Sanusi ditalian 0132796191.
Sekian terima kasih.

Sabda Nabi S.A.W bermaksud:
“Barangsiapa yang mahukan dunia maka hendaklah ia berilmu, dan barangsiapa yang mahukan akhirat maka hendaklah ianya berilmu, dan barangsiapa yang mahukan ke dua-duanya sekali maka hendakalh ianya berilmu”.

"If you can dream it, You can do it"

Friday, January 8, 2010

Skrip Doa Untuk AKSIS '09

SKRIP BACAAN DOA
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SISWA USIM 2009
(AKSIS ’09)

الحمد لله رب العلمين، وبه نستعين والعاقبة للمتقين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين.
اللهم إن نسألك سلامة في الدين، وعافية في الجساد، وزيادة في العلم، وبركة في الرزق، وتوبة قبل الموت،ورحمة عند الموت، ومغفرة بعد الموت، اللهم هون علينا في سكرات الموت، وانجاة من النار والعفو عند الحساب.

Ya Allah, sesungguhnya kami berhimpun pada malam ini adalah untuk mengingati-MU, memohon rahmat dan petunjuk dari-Mu serta mengabdikan diri yang kerdil ini terhadap-MU Tuhan sekalian alam.

Ya Rahman Ya Rahim, dengan berkat rahmat dan inayah-MU, kami memohon kepada-MU agar diberikan kemudahan dan kelancaran sepanjang Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa USIM 2009 (AKSIS ’09) ini, kami tiada kekuatan dan tiada upaya melainkan dengan izindaripada-MU Ya Allah.

Ya Hayyu Ya Qayyum, kami berhimpun pada malam ini dengan satu tujuan untuk memartabatkan dan meninggikan syiar agama-MU Ya Allah. Oleh itu berkatilah majlis kami pada malam yang penuh bermakna ini.

اللهم إنك تعلم أن هذه القلوب، قد اجتمعت على محبتك، والتقت على طاعتك، وتوحدت على دعوتك، وتعاهدت على نصرة شريعتك، فوثق اللهم رابطتها، وأدم ودها واهدها سبلها، واملأها بنورك الذي لا يخبوا واشرح صدورها بفيض الإيمان بك وجميل التوكل عليك، وأحيها بمعرفتك وأمتها على الشهادة في سبيلك إنك نعم المولى ونعم النصير.
اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما، وتفرقنا من بعده تفرق معصوما. اللهم إنا نسألك إيمانا كاملا، وقلبا خاشعا ودينا قينا صادقا وزرقا حلالا. اللهم أحسن عاقبتنا في الأمور كلها وأجرنا من خزي الدنيا وعذاب الأخرة.
ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخسرين.
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار.....


Saturday, January 2, 2010

Program Khatam Al-Quran Maahad Ummu Aiman..

Alhamdulillah selesai sudah sebulan tempoh program khatam Quran di Maahad Ummu Aiman, Taman Sri Pulai 3 Seremban. Dalam tempoh 4 ke 5 minggu mengendalikan kelas ini, akhirnya budak-budak ni semua dapat mengkhatamkan keseluruhan Al-Quran.

Modul untuk program ini lebih kepada pembacaan Quran bagi menkhatamkan Quran dalam tempoh yang di tetapkan, di samping sedikit pengisian tafsir dan tajwid. Dalam masa 2jam setengah setiap malam Isnin-Khamis, pelajar-pelajar di kehendaki menghabiskan 2juzu' Al-Quran setiap malam. Dalam satu halaqah besar itu seorang yang baca dan yang lainnya memerhatikan setiap bacaan, begitulah berulang-ulang sehingga habis.

Method yang terpaksa diri ini gunakan..

Memandangkan mengajar budak-budak yang pelbagai kerenah dan perangai ini menyebabkan ana kena mencari pelbagai skill nak mengajar mereka ni. Apa tidaknya, jika seorang yang membaca dan yang lain dengar je bukan perkara senang bagi seorang kanak-kanak. Mesti nak bergurau. bermain dan seumpamanya. Di sinilah memerlukan kepakaran mengawal suasana budak-budak ni.

Biasanya ana akan memulakan kelas dengan sedikit bacaan oleh pelajar dan selepas itu membaca surah Al-Fatihah secara beramai-ramai. Setelah selesai Surah Al-FAtihah, mereka membaca bersama ana surah Toha ayat 1-5, sebagai memperingati amalan yang biasa ana lakukan ketika belajar Quran dengan ayah tercinta, mungkin ada rahsianya.

Untuk permulaan kelas untuk setiap malam biasanya ana akan baca dalam 1 muka surat disamping pelajar hanya mendengar dan melihat apa yang ana baca disamping ana mengebut hukum-hukum tajwid yang berkaitan. Untuk m/s kedua biasanya pelajar akan baca secara beramai-ramai. Selesai ini barulah setiap seorang bergilir membaca satu ayat ke satu ayat.

Cabarannya.

Ketika pelajar bergilir inilah banyak cabarannya. Ada yang dah mengira yang mana dia akan baca tanpa melihat ayat orang lain baca. Dan ada juga ketika orang lain baca dia berborak. Di sinilah memerlukan banyak kesabaran jika berdepan dengan kanak-kanak ni. Biasanya setelah ana melihat pelajar sudah bosan ana akan menyebut nama secara rawak, dengan sebab ini mereka kena peka terhadap ayat yang sedang di perdengarkan, di samping itu juga bagi yang tak menjumpai ayat yang sedang di baca, biasanya ana akan menambah 2 atau 3 ayat sebagai denda. Dan cara yang biasa ana guna untuk budak-budak ni dengan setiap kalimah akhir ayat mesti disebut secara beramai-ramai, jika tak sebut atau lambat sebagai denda kena baca.

Di dalam tempoh membaca inilah jika tampak di muka mereka keletihan atau kebosanan maka ana akan mengajar tajwid dan tafsif. Untuk tajwid biasanya ana akan bagi penerangan sedikit di samping contoh dan mereka akan menyiapkan kerja mencari contoh serta takrif setiap hukum tajwid yang ana ajar sebagai kerja rumah. Bagi tafsir pulak, ana hanya mengajar beberapa potong ayat yang di baca pada malam itu..

Ini sajalah yang mahu ana kongsikan bersama. Sebagai perkongsian ilmu untuk semua, dan di bawah ini ana kepilkan sekali sedikit laporan yang di sediakan oleh Samsul majlis Khatam Al-Quran bagi program ini dalam blog group kami, http://sahabatrumahmurah.blogspot.com/..

Majlis Khatam Quran

(pelajar ana dengan sijil mereka)

SEREMBAN- 1 JAN 2010: Satu Majlis Khatam Quran telah diadakan secara besar-besaran anjuran Maahad Ummu Aiman. Majlis kali kedua tersebut diadakan di dewan utama Maahad tersebut yang terletak di Taman Sri Pulai 3, Seremban. Seramai 16 orang peserta yang rata-rata berumur 12 tahun ke bawah menyertai majlis khatam ini setelah berjaya menghabiskan bacaan bersama Ustaz Majdi sebagai guru penyelia dalam masa selama 4 minggu. Kehadiran ibu bapa di majlis tersebut sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat kepada peserta. Majlis bermula pada pukul 9 pagi dengan dimulai dengan bacaan doa dan ucapan pengerusi Maahad Ummu Aiman Ustaz Wan Ruzaha.
(Bergambar bersama Tenaga pengajar Maahad Ummu Aiman)

Selapas itu peserta dikehendaki membaca dari surah Ad Dhuha sampai ke An-Nas secara bergilir- gilir dan diikuti dengan bacaan doa. Sebelum majlis berakhir, peserta bersalaman dengan ustaz-ustaz dan ustazah- ustazah sebelum dianugerahkan sijil oleh pengerusi Maahad sambil diiringi oleh guru penyelia. Majlis berakhir jam 11 pagi.

* untuk maklumat lebih terperinci, sila lawati www.mykafa4u.my.

Ya Allah jadikanlah semua kerja kami ini sebagai hanya mencari redha-Mu ya Allah...


Malam tahun baru 2010..


Salam pejuang..

Ceritanya bermula apabila ada seorang kenalan menghantar SMS mengajak diri ini untuk menyambut detik jam 12 tahun baru di dataran merdeka. Pada mulanya terasa berat juga nak pergi,dan tak merancang pun nak pergi. Namun semuanya berubah apabila tepat jam 1 seorang sahabatku menghantar satu SMS yang mengkhabarkan bahawa diri ini kena bertindak di post keselamatan pada malam itu di dataran merdeka. Bermakna kedatangan diri ini bukan hanya sekadar mengisi waktu malam tahun baru ku, namun kena bertugas di post keselamatan bagi satu operasi menyampaikan risalah kepada pengunjung, yang di anjurkan oleh sebuah badan NGO. Dengan tugas ini menyebabkan diri ini terasa terpanggil untuk pergi ke dataran merdeka malam tu. Berita tentang tugas yang berat ini sedikit menggusarkan diri ini, dalam keadaan tidak tahu apa tugas yang perlu dilakukan, diri ini tertanya-tanya.

Salam pejuang..

Niat ana di sini bukannya nak menceritakan apa yang berlaku di dataran merdeka itu, cukuplah ia menjadi simpanan dalam diri ini tentang apa yang berlaku di sana. Setelah semuanya selesai dengan amannya, tiada benda yang tidak diingini berlaku. Jam 12.20 kumpulan kami menamatkan kerja di sana. Semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah. Setelah selesai semua, kami berbincang sekejap untuk memutuskan antara bermalam dekat masjid mana-mana atau terus pulang ke Nilai. Ana tetap dengan keputusan diri ini mahu balik, sebab pagi 1hb itu ada majlis kat Seremban. Jadi semua terpaksa akur dengan keputusan diri ini.

Salam pejuang..

Lebih kurang jam 1 kami mula bergerak meninggalkan dataran merdeka, ada yang berhajat mahu ke masjid negara sekejap nak solat gerhana dan ada yang nak cari kedai makan. Jadi ana terpaksa minta untuk balik dulu. Dalam keletihan diri ini memandu motor, pada awalnya sahabat ana yang nak pandu, tapi ana tak bagi bimbang ana tertidur di belakang.

Salam pejuang..

Ana memandu mencari papan tanda Seremban, kalu nak di katakan area KL tu hanya papan tanda saja menjadi petunjuk bagi diri ini. Nak harapkan benda lain memang tak sampai rumahlah jawabnya.

Perjalanan pulang

Setelah dapat keluar dari kesibukan kota ana terus masuk ke lebuh raya plus. Memandu dalam keadaan keletihan, apa tidaknya dari pagi tak rehat lagi. Bermula dari kelas pukul 8-10pagi, pkul11-1ptg mitting biro dakwah dan kerohanian FPQS dan lepas tu terus bergegas ke KL. Di dalam keletihan tubuh ini ana teruskan juga memandu. Kerana terlampau mengantuk dan letih ana dan sahabat ni sempat berhenti sekejap di R&R Serdang bagi merehatkan tubuh sekejap. Hampir 15minit di situ, kami meneruskan perjalanan kami.

Salam pejuang..

Walau diri sudah mendapat cas baru, namun semuanya percaturan Allah. Ana sudah merasakan sesuatau benda yang tak baik akan berlaku. Apa tidaknya, ketika diri ini memandu, ana bagaikan berada di dunia lain. Sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri.

Peristiwa yang tak diduga..

Ketika mata ini memandang sekejap ke kampus USIM dari lebuh raya,fikiran ini melayang jauh melihat banyak lampu-lampu yang sebelum ini terang sekarang dah gelap. Hati ini menjawab mungkin inilah yang di katakan 'save budget'. Seketika sebuah kereta membunyikan hon dengan kuatnya dari belakang motor yang kami naiki. Baru ana sedar rupa-rupanya diri ini sudah 'terlelap' seketika. Motor yang kami naiki sudah menghampiri pembahagi jalan, ana memang tak sedar apa masa tu. Tapi percaturan-NYA memang cantik, jika tiada kereta di belakang kami alamatnya atas pembahagi jalan dah kami.. Alhamdulillah diri ini dapat lagi menyedut udara di dunia ini.

Inilah pengalaman pertama ana selama 22thun ini tidur ketika memandu..

p/s: jangan memandu ketika mengantuk