Monday, November 12, 2012

Skrip Doa Majlis Perasmian Penutup Kem Bina Upaya j_QAF Peringkat Negeri Sabah 2012





الحمد لله رب العلمين، وبه نستعين والعاقبة للمتقين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين.

اللهم ياعزيز ياجبار يامنتقيم

Kami rafakkan kesyukuran dan pujian   di atas izin dan inayah-MU, dengan nikmat kesihatan dan kesejahteraan-MU, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman-MU kami dapat melaksana dan menjayakan Kem Bina Upaya j_QAF peringkat negeri 2012 ini. Jadikanlah majlis kami ini penuh dengan barakah dan magfirah(keampunan-MU). Dan jadikanlah hari-hari yang kami lalui ini permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan.  

يا الله ياقوي يا متين

Kurniakanlah kepada kami iman yang teguh, mantap dan kukuh dalam menghadapi dan mengharuhi cabaran dan pancaroba hidup semasa dan mendatang. Berikanlah kami taufiq dan hidayah diatas jalan kebenaran dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.

يا الله يالطيف يا خبير بما في الصدور

Anugerahkanlah kepada kami sifat sabar, tabah, semangat kerjasama, semangat permuafakatan dan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan segala tugas dan sentiasa berusaha menyumbang seluruh tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti kecemerlangan dan kegemilangan kepada pendidikan negeri dan Negara ini. Loronglanlah hati-hati kami dengan ketulusan agar menjadikan aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadat kepada-MU Ya ALLAH..

يا رَازِقَ البَرَايَا ويا قَاضِيَ المَنَا يَا

Jadikanlah anak-anak pelajar kami yang terlibat dalam program ini di kalangan mereka yang sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam pelbagai bidanga akademik dank o-kurikulum serta mempunyai peribadi yang luhur demi untuk menjadi bunga-bunga bangsa yang sentiasa harum semerbak mewangi menyelubungi alam maya.

يا مُنَوِّرَ القُلُوبِ ويا كَاشِفَ الكُرُوبِ

Kami juga memohon pada-MU agar para Pemimpin kami, keluarga kami dan rakyat Malaysia seluruhnya diberikan limpahan taufiq dan hidayah, rahmat dan nikmat, kesihatan dan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan dan berkekalan.

يا مُجِيبَ البَّدعَوَات ويا سَامِعَ الأَصْوَات

Akhirnya Ya Allah, pimpinlah gerak langkah kami selepas ini di atas landasan kebenaran dan jauhilah kami dari mala bahaya dan keburukan.

ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار،
والحمد لله رب العالمين.....


Dibaca pada       : 8/11/2012
Jam                   : 9.00pm
Teks disediakan  : Jabatan Pelajaran Sabah
Nama program   : Kem Bina Upaya j_QAF Peringkat Negeri Sabah 2012
Tempat              : Karakit Banggi, Kudat, Sabah  


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Sunday, November 4, 2012

Kepercayaan





Kepercayaan kepada ketentuanNYA
menjadikan  kita tenang di dalam kehidupan

Kepercayaan kita kepada seseorang
menjadikan kita tidak terbeban

Kepercayaan orang kepada kita
menjadikan kita lebih berani membuat keputusan..

Terkadang kepercayaan orang kepada kita yang menjadi bukti kita dapat lakukan sesuatu, di samping jangan kita lupa percaturanNYA itu datang tanpa di duga oleh akal yang memikir..









"Mencorak Suasana DDengan Islam"



Friday, September 14, 2012

Keunikan Kg Padang, Banggi...


Sekadar berkongsi beberapa gambar keunikan kediaman orang Kg Padang, Banggi Kudat, Sabah sebagai mengisi ruangan yang lama sudah tidak di update... 


















"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Saturday, July 21, 2012

Panorama Kg Lok Tuhog, Banggi, Sabah



Pintu Gerbang Kg Lok Tuhog, Banggi


 Masjid Kg

air surut


 







 court bola tampar dengan dewan orang ramai 
 Sk. Lok Tuhog Banggi 

 Tapak perkuburan Islam
 "Dikala Musim Angin Barat(Jun-Julai)..."

 "Sun Set di pantai Kg Lok Tuhog"
 "Sun Set di Kg Lok Tuhog"
 "Ikan Pun Murah lagi segar, naik dari laut terus beli dan goreng..."


"Org kg pun ok juga itu...(di rmh org kg)."

 Di ruangan ini hanyalah ingin berkongsi gambar buat sesiapa yang ingin melihat serba sedikit suasana kg yang diri ini berada, di samping mungkin juga bermanfaat buat sesiapa yang berhajat datang ke sini.. Masih teringat juga keresahan dan bayangan yang melanda diri ini bila melihat tawaran di hantar berkhidmat di sini, memandangkan apabila search di google pun tidak banyak input yang dapat di ketahui atau gambaran sebenar kg ini. Di harap dengan perkongsian sedikit gambar ini dapat di manfaatkan kepada sesiapa yang mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti diri ini sebelum ini..  

 Secara umumnya Kg Lok Tuhog terletak lebih kurang 5km dari pekan Karakit, iaitu jeti yang menghubungkan Kudat dengan Pulau Banggi. Perjalanan dari Kudat ke Banggi dengan menaiki feri memakan masa selama 1 jam 5 minit. Manakala perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat lebih kurang 2jam 30 minit.. Untuk mengetahui lebih terperinci tentang pulau banggi boleh rujuk Wikipedia 


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Sunday, July 8, 2012

Nisfu Saaban Di Lok Tuhog, Banggi, Kudat


"Purnama malam 15 Saaban "


 Sengaja mahu berkongsi sedikit cerita dan pengalaman berada dalam majlis nisfu Saaban di tempat baharu ini. Sebelum tibanya malam nisfu Saaban ini macam-macam sudah diri ini dengar cerita-cerita mengenai sambutan yang luar biasa di sambut di tempat baru ni.

 Semuanya terjawab setelah berada sendiri dalam majlis yang dilaksanakan. Majlis sambutan tidaklah jauh sangat berbeza dengan adat kebiasaan yang di sambut oleh masyarakat di semenanjung. Cuma disini juadahnya sahaja yang berbeza.

 Selepas solat magrib semua hadirin membaca Surah Yaasin beramai-ramai sebanyak tiga kali yang dipimpin oleh imam. Namun, di sini ada sedikit tambahan dengan mengadakan solat sunat berjamaah  malam nisfu saaban pula(ada peribncangan panjang dalam isu ni).

 Di ruangan ini bukan niat saya ingin menghurai dari sudut hukum atau cara pelaksanaan yang sepatutnya, namun cukup sekadar perkongsian sambutan bagi masyarakat di sini. Yang menjadi persoalan utama buat diri ini apakah fahaman mereka terhadap malam nisfu saaban ini, seluruh penduduk kampung keluar membawa makanan  mengadakan jamuan sempena majlis ini. Bagi kaum bapa, ramai juga setelah selesai sahaja membaca Surah Yaasin dan solat sunat mereka terus beredar meninggalkan majlis.

 Sambutan disini dan mungkin tempat lain juga mempunyai keunikannya tersendiri. Namun yang paling penting setiap sambutan hari-hari kebesaran islam ini biarkan menjadi pembakar semangat kepada kita untuk lebih beramal kepadaNYA seterusnya ruh islam itu menjelma dalam kehidupan harian kita.        


 "makanan yang disediakan"



 "Semakin Bertambah"

 "Kaum Ibu Khusyuk Menunggu sehingga habis Majlis"

 "Dulang makanan ...." 
"Masjid Kg Lok Tuhog, Banggi...."

p/s: dipos dan diharmonikan kembali entri ini buat tatapan semua.....Lok Tuhog tatap dihati

"Mencorak Suasana Dengan Islam"