Sunday, December 26, 2010

Cinta di Langit GAZA

           
            “Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin maka dia bukan dari golongan mereka..” (Hadith riwayat Baihaqi)

            Al-Hamdulillah dapat juga dalam kesempatan cuti ini dapat menghabiskan beberapa bahan bacaan ringan sebagai menabur sedikit baja kepada diri yang gersang ini.

  Di sini ana ingin berkongsi buat semua sedikit pengajaran dan sedikit synopsis kepada buku yang bertajuk Cinta di langit GAZA yang dikarang oleh Riduan Mohamad Nor yang banyak mencerikan berkaitan simpul siul dalam melaksanakan misi kemanusiaan di Kebanyakan tanah yang diberi sedikit ujian daripada Yang Maha Pencipta bagi menguji hambanya, bagi yang beriman ujian sebagai menaikkan lagi martabat keimanan mereka sedang bagi golongan maksiat pula sebagai memberi pengajaran yang mungkin mengingat kembali kepada pencipta atau terus menjauhkan mereka dari nur hidayah-NYA.

  Dan bagi kita yang belum di uji sebegitu oleh-NYA, ujian kepada kebanyakan dunia islam ini sebagai gambaran awal kepada kita betapa Allah yang bersifat al’aziz, alQawiy dan segala sifat kekuasaan dan kesempurnaan. Ujian bukan hanya ditujukan kepada mangsa di sesuatu kawasan bencana, namun ujian ini jua menguji kita yang bergelar muslim yang mengaku tiada tembok pemisah diantara sesama muslim. Setiap sembahyang yang sentiasa kita mendoakan seluruh umat islam seluruhnya tanpa ada pembahagian. Adakah sekadar itu sahaja setelah melihat bencana berlaku ke atas saudara seakidah kita, sedang di sana ada luang yang boleh kita bantu selain doa yang sudah menjadi wirid di mulut harian.

  Buku yang kecil ini banyak menceritakan pengalaman penulis dalam melaksanakan beberapa misi kemanusian di beberapa tempat, di antaranya:


1. Bumi Gaza tempat berlakunya isra’ dan mikraj
 2. Bumi acheh yang terkenal dengan jolokan serambi makkah suatu masa dahulu yang telah diserkap tsunami
3. Misi bantuan ke Lubnan, Jodgjakarta memuntahkan lahar
4. Misi bantuan di Pakistan
5. Misi menyumbang binatang korban ke Kemboja dan Bangladesh
6. Dan  gempa di Solo Indonesia.    


  Secara umumnya ana cukup tertarik dengan suasana yang digambarkan oleh penulis setiap tempat yang dijejakinya. Bermula di bumi Gaza yang menggambarkan suasana kehidupan beragama yang jelas terpanjar sebagai kekuatan atau senjata penting dalam melawan Puak Yahudi laknatullah dan beberapa tempat lagi yang di turunkan bala’ akibat kerosakan dalaman mereka sendiri yang jauh dengan agama. Teringat satu analogi dari Ust. Nik Ahmad ketika belajar di rumah beliau zaman persekolahan dulu setelah ditanya kenapa banyak Negara islam diberi banyak bala’ dari Allah. Dia menjawab orang islam ini anak sulung, jadi jika anak sulung yang diberi segala pelajaran bahkan keimanan, jadi kalau buat salah cepatlah kena hukumannya.

  Dalam melaksanakan misi ini juga pengarang banyak menggambarkan kekuatan ukhwah islamiah dikalangan umat islam yang diberi oleh Allah kefahaman yang jitu terhadap agama dan tuntutannya. Ukhwah yang terjalin dek kerana mencari redha-NYA semata tanpa mengharap sebarang ganjaran dunia yang sementara. Ukhwah yang dapat menembusi sempadan warna kulit dan benua. Ini jelas digambarkan oleh penulis melalaui pertolongan oleh orang perseorangan mahupun berkelompok di setiap jajahan tempat bagi melaksanakan misi kemanusiaan ini.

“Dengan kekuatan unsur dan budaya beragama ini maka tidak pelik jika warga kota Gaza ini merupakan penyokong tegar kepada gerakan HAMAS yang di asaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin. Rasa beragama ini tidak memungkinkan mereka menyokong FATTAH yang berlatar belakangkan fahaman Kebangsaan Arab dengan kecenderungan Sosialis…” m/s104

  Di bawah ini ana bawakan beberapa kata-kata indah atau terselit seribu makna untuk kita hayati yang sempat diri ini ketemu dalam buku ini:

1.    Masa adalah modal untuk bertemu dengan Allah dalam keadaan yang kita dipertanyakan tentang nilai umur.

2.    Membunuh masa adalah jenayah yang akan mengundang bala di hari akhirat.

3.    Perkahwinan dalam usia yang muda adalah untuk menggalakkan kelahiran generasi pelapis perjuangan.(Di Bumi GAZA)

4.    Nafsu untuk hidup mewahlah yang akan mematikan semangat jihad kita.

5.    Ujian kemewahan lebih ganas mematikan istiqomah seorang daie berbanding ujian kepayahan.

6.     Jumlah kekuatan persenjataan bukanlah faktor mutlak untuk mencapai kemenangan kerana di sana ada factor lain yang paling utama.

7.    Simpati sahaja tidak cukup untuk meleraikan bebanan mereka.

8.    Kejahatan akan terus hidup selagi ada manusia, malaikat pun gerun melihat watak manusia. Gertakan langit apa lagi yang mereka mahu?

9.    Biar hidup bergalang tanah daripada bercerminkan bangkai.

10.  Tidak semua perkara buruk mengiringi sebuah bencana, adakalanya Allah menjadikan bencana sebagai cara untuk menunjukkan kasih sayang.

11.  Teman adalah sebuah refleksi, siapa kita dan siapa kawan kita. Setiap orang akan memilh seseorang yang mempunyai kecenderungan yang sama, salah memilih kawan akan membawa kita ke dalam gaung yang dalam. Kawan yang sejati akan mengingatkan kita kepada akhirat,tempat menuai hasil kesan daripada amalan hidup di dunia.

12.  Jalur berfikir tidak boleh dikongkong, Islam adalah agama yang fleksibel, bahkan aliran fekah menunjukkan agama ini terlalu luas bak lautan tidak bertepi.

13. Ikatan perjuangan itu lebih kuat daripada ikatan adik-beradik yang diikat dengan darah, hanya sesiapa yang berada di medan amal Islami yang dapat menyelami keadaan ini, betapa bahagianya berada dalam usrah dan perjuangan Islam.


 Sekian sahaja dari ana sebagai perkongsian Ilmu dan semoga dengan sedikit penulisan ini akan menjadi sebagai alat penambat kepada Ilmu ini. Imam Syafie berkata: Ilmu ini ibarat binatang buruan, maka tulisanlah sebagai pengikatnya.



“Mencorak Suasana dengan Islam”

Friday, December 17, 2010

Attariq ilal Qulub.... Abbas As-Sisi




 Sebagai perkongsian buat sahabat-sahabat yang cintakan medan dakwah dan bercita-cita melihat sebuah kehidupan yang berpanjikan roh Islam menyerap dalam segenap jiwa manusia dan dimaknakan dalam dunia realiti..

 Buku ini banyak menceritakan kisah-kisah atau liku-liku yang dihadapi oleh insan bergelar da'ei.. 

 Cukup sesuai di jadikan bahan bacaan buat semua insan yang bergelar muslim dalam melabuhkan sayap kehidupan beragama yang penuh dengan amanah dari-NYA untuk dilaksanakan.


 Di bawah ini ana bawakan sedikit kata-kata yang di ambil dari buku ini sebagai pembuka semangat para pencinta ilmu membacanya;


1.    Tatkala anda ingin memikat hati mad'u, Anda harus ingat bahwa Anda adalah seorang da'i, bukan seorang ulama atau fuqaha. Tatkala Anda berdakwah, Anda harus ingat bahwa Anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka Anda harus mempertimbangkan hadiah apa yang sekiranya patut diberikan dan bagaimana cara memberikannya.

2.    Tugas seorang da'i seperti tugas seorang pengajar dan dokter yang akan memberikan ubat sesuai dengan penyakit yang diderita oleh pesakitnya. Tidak masuk akal kalau semua pesakit diberi ubat yang sama, kerana penyakit mereka tentu berbeza-beza satu sama lain.

3.    seorang da'i hendaklah memperhatikan celah-celah kebaikan yang ada pada orang lain kemudian memupuknya, sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya tersingkir dan ia mahu bangkit berdiri melangkah di jalan Islam.

4.    Perilaku dan keteladanan seorang da'i yang ikhlas akan mempunyai pengaruh
yang lebih besar daripada tulisan dan ceramah. Ibarat remote control yang dapat digunakan untuk memindahkan acara TV dari jarak yang jauh tanpa harus memakai kabel, begitu juga dengan seorang da'i yang ikhlas dan penuh kasih sayang. la tidak akan kesulitan memasukkan apa yang ada dalam hatinya ke dalam hati orang lain.

5.    Jika tatapan mata yang dipenuhi oleh rasa iri hati dan dengki itu dapat memberikan mudharat, maka tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.

6.    Rasulullah saw. bersabda,

"Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu Dihidangkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang lelaki yang bersama-sama dengan lelaki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya." (HR. Ad-Dailami)



"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Tuesday, December 7, 2010

Warkah Buat Teman...


Teman....
Pertemuan ini bukanlah suatu dirancang atau diduga.

Teman..
Pertemuan ini bukan mengharap habuan dunia semata.

Teman..
Pertemuan ini jua bukan mengisi jadual pembelajaran sahaja..

Teman..
Pertemuan ini bukan  memadai dengan mencari tempat tempat ketawa bersama..

Teman...
Pertemuan ini juga bukan menggarapkan perpisahan kan tiba...


Namun Sedarlah Wahai Teman..

Pertemuan ini diatur cantik oleh-NYA...

Bukan sekadar mengharap habuan duniawi,
 Tapi merupakan medan mencari redha-NYA..

Jadual pembelajaran merupakan Task dari-NYA supaya lebih memahami sesama kita, 
Bukannya sebagai alat menjauhkan lagi kita..

Sedarlah teman! kawan bukan hanya untuk ketawa,
Namun, kawan sejati adalah yang sanggup bersedih bersama..

Teman! perpisahan sementara di medan ini
mengajarkan kita erti hidup ini penuh dengan amanah dari-NYA..

Amanah dari-NYA yang mengharapkan tangan-tangan kita melaksana...
Tinggalkanlah dunia kesukaan semata dan berpijaklah ke dunia realiti semasa...

Melangkah dan menerokailah ke dunia ini wahai temanku demi mencari redha-NYA...


Langkahlah....langkahlah Wahai Temanku....



Doa Rabitah
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup dan suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..




"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Monday, December 6, 2010

Coretan Di Bumi USIM

Tahun Satu



Tahun Dua



Tahun Tiga
 



Tahun Empat












Ini hanyalah sebahagian daripada gambar-gambar kenangan ketika berada di bumi USIM ini sebagai tatapan buat semua... 




"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Bingkisan Kembali Perjalanan ke Bumi Nilai...

  

Mukaddimah...

  Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang memenangkan Islam di atas segala pakatan ahzab dahulu dan hari ini. Selawat dan Salam buat Rasul junjungan yang telah memberikan kepada kita keteladanan yang baik untuk kita harungi medan amal Islami yang luas tidak bertepi ini.



  Cerita ini hanyalah sebuah coretan survival peribadi diriku untuk dikongsi buat semua. Aku berharap dengan sedikit tulisan ini dijauhkan timbul walau sedikit pun riak dan segala mazmumah walau sekecil zarrah yang boleh mengigit amalan diri ini.

  Teringat satu kata-kata dari seorang penulis iaitu Ust Riduan Mohamad Nor; "pengalaman hidup mestilah ditulis kerana ia akan ditatap oleh generasi akan datang dan sejarah akan membuktikan bahawa kita wujud untuk memaknai sebuah kehidupan yang sarat dengan pergelutan haq dan batil, Islam dan Jahiliah, benar dan belot..." "Populariti merupakan sesuatu yang harus dicurigai kerana mungkin mengheret kita ke jurang riyak dan sum'ah..." 


Pengenalan

 Jika di kenangkan kembali nama USIM tidak pernah muncul dalam khayalan diri ini. Dari kecil lagi , setelah melangkah ke bumi Maahad diri ini hanya terbayang tanah arab sahajalah sebagai medan merealisasikan cita-cita diri dan ayahandaku tersayang. Masih ternyiang-nyiang suara ayahandaku penuh pengharapan,
"kalau boleh ayah nak sangat ada dikalangan anak lelaki ayah yang terus sambung pelajaran agama ke Mesir..."
"memang ayah sudah wajibkan setiap anak ayah belajar sekolah agama sampai tingkatan 5, nak harapkan yang lain, semua nampak lebih cenderong kepada aliran sains....sekarang tinggal Majdi je...." pesan ayahku...

  Kata-kata ayahku ini bagiku merupakan inspirasi yang banyak mendorong meneruskan lagi cita-citaku yang sudah sedia ada. 


Langkahan Awal Di Bumi Maahad

  Bermula dari langkahku tahun 2000 di bumi maahad bagai terasa diri cukup kerdil. Pembelajaran bahasa arab dan seluruh ilmunya bagai suatu yang asing buat diri ini, di tambah pulak pelajarnya yang jauh lebih lincah dari sudut pembelajaran jika di bandingkan sekolah rendah dahulu. Di dalam tempoh setahun bersaing dengan kenalan ternyata diri ini bagai kancil mengejar ferarri, namun ini semua suatu cabaran yang patut di hadapi.

  Tahun 2002 merupakan tahun yang cukup banyak coretan sejarahnya  tersendiri. Bagiku tahun ini banyak meninggalkan kesan dikala melirih di laluan ini. Pada tahun ini ketika seorang anak yang cukup dahagakan kasih sayang seorang ayah dan ilmu-ilmu yang terbuku di jiwanya yang belum  sempat diri ini terokai dan kuasai beliau sudah di panggil menemui-NYA. Bagiku dengan pemergiannya cukup memberikan kesan yang besar dalam merealisasikan cita-cita dan tempat pembakar semangat dikala diri kehibaan telah pergi buat selamanya. Namun bagiku jika di singkap kembali, di sinilah bermulanya satu langkah menyebabkan diriku lebih banyak membuat keputusan sendiri dan banyak berdikari dalam banyak hal. Bermula di sini juga aku banyak mengenali beberapa individu yang banyak memberi kesan dalam hidup ini.

 Pada tahun 2003 diri ini menempuhi ujian PMR, jika semua kenalanku ketika itu cukup bercita-cita tinggi berusaha mendapatkan sebanyak mungkin 'A' bagi melayakkan diri menjejakkan kaki ke kelas aliran sains tulen pada tingkatan 4. Namun bagiku kelas sains bukan tujuanku. Mungkin bunyinya cukup pelik, tapi inilah yang bermain di benak fikiranku ketika itu. Tambahan pulak aku bimbang jika diri ini dapat menjejakkan kaki di kelas aliran sains akan menyukarkan lagi diri  ini meneruskan survival mengejar cita yang telah tersemat kemas dalam jiwa. Bagi menjaga perasaan semua, Alhamdulillah result PMR ku jika memohon aliran sains ke sekolah lain sudah layak. Bukan banyak 'A' tapi cukup sebagai penyedap telinga mendegar dan mata melihat.

  Tahun 2004 ada khabar angin dari keluarga supaya mahu diri ini menyambungkan pelajaran ke sekolah agama yang menawarkan aliran teknik/vokasional. Bagiku ini bagai satu tamparan hebat meneruskan lagi cita yang sudah tersemat di jiwa. Aku bukan nak menyalahkan keluarga atas keputusan ini, mungkin ketika itu bagi mereka diri ini cukup kerdil dalam membuat keputusan. Namun begitu, di sinilah ku rasakan keputusan yang cukup besar dalam hidup ini sehinnga mencorak diri sampai sekarang. Aku terpaksa pertahankan jua ingin meneruskan pelajaran dalam bahtera Maahad tersayang, walau bagiku ketika itu warga maahad bukannya memandang sangat golongan yang tidak beraliran sains.Bahkan geng kami ini bagai anak angkat di sekolah ini, terlalu tebal tembok pemisah di antara dua aliran ini. Walau dalam lingkungan ruang yang kecil, inilah tembok yang cukup cantik menjarakkan lagi ukhwah ini.

  Namun segalanya berubah setelah keputusan SPM keluar. Jika dulu rakan-rakan dari kelas sains merasa hebat, namun dengan result yang keluar menyebabkan semua terkaku. Ramai dikalangan bukan aliran sains mendapat keputusan cemerlang dan bilangan yang tiada satu pun 'A' sangat sedikit  berbanding aliran sains yang dibangga-banggakan sebelum itu. Semua sudah mula memuji, sedang sebelum ini pelbagai tohmahan dilemparkan; kelas akaun merosakkan peratusan sekolah dan banyak lagi. Namun suara ini semua terus bertukar dengan pujian-pujian yang malas nak mendengarnya.


 (Rakan-rakan Seperjuangan)

STAM Terus Tersemat 
  Dalam kesibukan kawan-kawan bercita-cita menyambung pelajaran, diriku tetap dengan cita-cita meneruskan lagi mengambil STAM bagi melayakkan diri meneruskan pengajian ke bumi sahara. Di samping itu diri ini cuba memujuk keluarga supaya dapat menbenarkan memohon meneruskan pengajian ke Marocco atau Jordan dengan keputusan SPM, namun jawapannya memeritkan hati ini. Di kesempatan yang ada  ini, aku cuba memujuk keluarga supaya dapat melepaskan diri ini terbang ke bumi mesir, memandangkan kos sara hidup di sana lebih rendah berbanding Marocco dan Jordan.

  Dalam menunggu keputusan permohonan Universiti dengan keputusan SPM seluruh keluarga bimbang kemana akan jatuhnya diri ini. Sedang diri ini langsung tiada berhajat menyambung pelajaran di bumi Malaysia. STAM tetap menjadi tumpuanku dan bumi Mesir harapan terakhirku menjejakkan kaki ke tanah sahara. Semua percaturan-NYA, keputusan UPU yang ku pohon menyatakan aku tidak layak kemana-mana pun. Ini suatu berita yang ramai dikalangan keluarga tidak dapat terima, memandangkan keputusanku boleh dikatakan sudah layak. Dan inilah berita yang aku tunggu-tunggu, walau hati sedikit hiba melihat teman-teman yang jauh lebih rendah dariku dapat tawaran, sedang diri ini tidak layak.

  Inilah percaturan dari-NYA, Allah akan memberi sesuatu bertepatan dengan kehendak dan kesesuaian diri kita. Kadang-kadang di mata kita itulah terbaik, namun di sisi-NYA lebih menyetahui segala yang terbaik buat hambanya. Dengan khabaran ini, aku dapat meneruskan pembelajaran dengan satu matlamat yang jelas. Setelah lengkap aku menduduki STAM, aku dikejutkan dengan tawaran menyambung pelajaran peringkat diploma dalam jurusan hartanah di UITM. Seluruh keluarga gembira dengan khabaran ini, tapi bagiku ketika itu bagai kera sumbang hendak membuat keputusan. Seluruh keluarga terdekat sudah tahu, bahkan ada yang mengucapkan tahniah pada diri ini. Memikirkan diantara keluarga dan cita-cita yang mana harus diri ini dahulukan. 

UITM yang MenghantuiKu

 Pada mulanya aku berhajat ingin juga merasai belajar di universiti dalam negara sebelum keputusan STAM keluar dan menyambung pelajaran lagi ke sahara, disamping memuaskan hati semua ahli keluarga yang gembira ketika itu. Di saat inilah aku cuba mendapat banyak pandangan dari saudara terdekat, kenalan dan beberapa individu yang sedikit berumur dariku. Di sinilh aku tertarik dengan satu kata-kata dari pakcik ku yang menyebabkan diri ini tersentak:
"bagi Paksu Majdi sudah boleh membuat keputusan sendiri, jangan Majdi membuat keputusan untuk memuaskan hati orang sedang Majdi terseksa...."
"satu kata-kata yang Paksu sentiasa pegang dan mungkin Majdi boleh fikir balik...."
"kata-kata ni diambil dari pesanan Saidina ALi kepada panglima perangnya; jangan kamu tergopoh-gapah dalam membuat sesuatu keputusan, tetapi jika kamu telah membuat keputusan jangan kamu lari darinya. Jika kamu lari, kamu akan di hukum bunuh..."
Cukup bermakna kata-kata ini dalam jiwaku..

Keputusan Menghibakan Semua
  
  Setelah diri ini banyak memohan dari-NYA semoga ditunjukkan jalan terbaik, aku putuskan jua biarlah semua orang memulau, memarahi dan memandang serong kepada ku. Keputusanku tetap satu, iaitu menyambung pelajaran ke tanah sahara, dan keputusan STAM penentu semuanya. UITM terpaksa aku lupakan bagi meneruskan cita ini. Setelah diri ini memberitahu keputusan ini kepada ibuku, dia tiada terkata dan terus kelu. Dalam  tempoh masa beberapa hari selepas itu, pelbagai luahan dari keluarga terdekat aku dengar dan tak cukup dengan itu ada yang secara personal menemuiku menandakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan diri ini. Kata sudah di luah, langkah sudah diatur maka tiada lagi masa untuk berundur. Ini sahaja yang sanggut aku pegangi ketika itu walau hati cukup pedih dengan luahan kata dari orang yang kita harapkan berada dekat menyokong tapi lain pulak jadinya. Sehinggakan ada yang terus bermasam muka dengan diri ini menandakan ketidak setujuan dengan keputusan diri ini.

  Dalam keadaan yang tegang ini aku membuat keputusan keluar menetap di sebuah pondok bagi mencari ketenangan disamping mendalami lagi khazanah ilmu yang masih lagi belum diterokai oleh diri ini. Dalam tempoh sebelum keputusan STAM keluar aku banyak menghabiskan masa di sini dalam keadaan cukup berjimat cermat, kadang-kadang sampai 3 ke 5 hari tidak menjamah nasi, tetapi cukup dengan makanan ringan. Hanya menghabiskan duit simpanan dan sedikit duit dari ibuku, ini sahajalah menjadi bekalan di sini.

 Sepanjang diri ini berada di laman ilmu ini menunggu keputusan STAM terasa bagai cukup mengharap kepada-NYA membuka jalan kemudahan kepada diri ini meneruskan lagi perjalanan hidup selepas ini. Di detik ini hanya kepada-NYA sahaja tempat diri ini merintih dan penuh keyakinan menemui jalan kemudah selepas ini.

 (Masjid Pondok Terusan P.Tumbuh)

Result STAM 

 Setelah tiba masa keputusan STAM keluar, diriku dan kenalan memberanikan diri melangkah mengambil keputusan. Bagiku kitika ini hanya keputusan STAM lah sahajalah untuk meneruskan langkah  seterusnya menongkah medan ilmu ini. Sesampainya ke maahad aku bertemu dengan arwah cikgu Muhammad B. Mahmud, dan beliau menyampaikan berita gembira dengan menyatakan tiada seorang pun calon STAM yang mendapat maqbul, yang paling rendah pun jayyid. Apabila menyebutkan nama arwah Cikgu Muhammad banyak mengingatkan ku kepada banyak memori terukir ketika belajar B.Melayu peringkat SPM, samatelahan pulak gelaran 'MZ' pun dia yang bagi di sebabkan penulisankan dalam subjeknya ketika itu. Setelah mendapat tahu khabaran ini aku sedikit lega dan berani untuk mengambil keputusan ini.

(Hari result STAM)

 Setelah melangkah ke bilik unit peperiksaan maahad aku cuba mencari di mana letaknya keputusan diri ini, setelah hampir 5minit menunggu dan memcari keputusan diri ini,  lalu temui jua milikku. Walau keputusan diri ini bukanlah tinggi sangat berbanding kawan-kawan lain, namun sudah cukup ku buktikan buat semua aku dapat jua berada di kalangan kelompok pelajar STAM yang terbaik pernah di catatkan dalam sejarah maahad.

Panggilan Kehampaan 

 Selesai meraikan bersama kenalan di bumi bertuah maahad diriku dan kenalan melangkah meluru ke tempat kediamanku ketika menuntut ilmu peringkat STAM dulu bagi meraikan bersama rakan serumah dan merancang ke beberapa tempat peranginan bagi meraikan keputusan bersama. Dalam keadaan kegembiraan dan meraikan bersama kawan-kawan aku mendapat panggilan dari abangku yang paling sulung lelaki selepas kakakku menanyakan keputusanku;

"macam mana Majdi, keputusan STAM?....." tanya abangku
"alhamdulillah, tak dapat mumtaz keseluruhan sebab ada 2 jayyid, tapi oklah tu..." jawabku
"ye ke, tahniah!!... bila nak balik rumahnya?... nak belanja makan ni..."
"tak pasti lagilah, tengoklah esok ke lusa..." jawabku lagi
"Majdi, abang rasa Majdi tak payahlah pergi Mesir.... Malaysia pun Majdi boleh sambung dengan STAM..." pinta abangku..
"tak apalah abang jika macam tu, nanti Majdi fikirku balik(terus berubah air mukaku)..." jawabku lagi..
Panggilan ini bagiku bagai memberikan atau sebagai kunci yang sudah digunakan bagi menguburkan segala citaku sebelum ini. Bagiku abang aku ini sajalah harapan terakhir membiayai pengajianku jika aku menyambung pelajaran ke Mesir, memandangkan dia seorang sahaja anak lelaki dalam keluarga ini yang telah bekerja ketika itu. Setelah mendapat panggilan ini hatiku merasakan inilah titik noktah meneruskan lagi cita ke tanah sahara. Cukup pedih rasanya menemani kawan menguruskan permohon menyambung pengajian ke luar negara. Yang menghibakan lagi apabila teman bertanyakan kenapa aku tidak mahu memohon. Apa tidaknya, semua orang sudah mengetahui cita-cita ini bagai sudah disemai dan hanya menunggu memetiknya sahaja, namun diri ini hanya biarkan sahaja buah itu tua dan menunggu luruh tanpa di makan.

 Di sinilah bagiku baru terasa mahu mengisi borang Universiti dalam Malaysia, walau diri cukup membantah pada realitinya. Namun ku pasrahkan jua, mungkin ada sesuatu yang labih baik melalui percaturan-NYA ini. Tanpa berfikir panjang diri ini hanya mengisi apa sahaja ruangan borang UPU, jika sudah ditetapkan tidak akan kemana. Langkahku ketika ini bagai penuh kelesuan memikirkan adakah cita-citaku yang telah terpasak di jiwa akan terus terkubur begitu sahaja.

 (Rakan-rakan yang menyambung pelajaran ke MESIR)

Tawaran USIM Datang Menyambar

  Setelah mendapat jawapan meneruskan pengajian  peringkat ijazah di USIM hatiku sedikit terubat dapat meneruskan separuh cita-citaku mahu menyambung pelajaran dalam bidang agama, namun separuh lagi cita-citaku masih menjadi luka yang belum terubat. Hari-hariku di sini cukup terseksa memikirkan jiwaku tetap menerawang di bumi sahara nun jauh di sana.

 Tanpa aku sedari dalam dunia kepura-puraan ini dapat juaku habiskan sampai ke tahap ini sekarang. Dapat jua aku menhabiskan tempoh pembelajaran di sini dengan pelbagai rintangan.

 (USIM Sebagai Medanku Berpencak)

Cita Lama Kembali Berputik

 Berada di bumi USIM ini Allah telah mempertemukan aku dengan beberapa profesor dari azhar, dan lebih menguntungkan lagi dapat menyelesaikan penulisan kajian ilmiahku di bawah pengawasan seorang profesor dari al-Azhar mesir. Di sini juga aku banyak mengenali profesor dan Dr dari bumi sahara. Mereka ini bagiku cukup baik dalam mencurahkan ilmu mereka. Bila sahaja diri berama mereka terasa diriku cukup atau terlampau kerdil dari sudut ilmu berbanding mereka, namun dengan sebab tawadu' mereka bagai tiada tembok yang memisahkan kami dalam berkomunikasi. Berbeza di kalangan kita yang diberi sedikit kebolehan pangkat dan ilmu, tidak boleh mendegar pandangan orang lain.

  Setelah mengenali mereka ini semua diriku merasakan walau cita lamaku ke tanah sahara pernah hampir terkubur, namun sekarang aku cukup mengharapkan huluran dari-NYA semoga dapat jua diri ini melangkah mendalami ilmu ke bumi sahara sana. Aku tidak tahu adakah cita-cita yang kembali berputik ini akan menjadi realiti atau sekadar fantasi semata.


 Jika bukan dari huluran rahmat-NYA maka cita ini akan hanya tinggal terbuku cantik dalam tulisan ini.. Atau cukuplah citaku ini direalisasikan kepada zuriatku kelak.. WALLAHU A'ALAM......

 Di dalam cerita ini diriku banyak membuat keputusan sehinggakan mengenepikan banyak orang, namun aku harap selepas ini tidak mahu lagi melukakan hati orang lain dalam menjayakan misi diri ini semata...:)


"Mencorak Suasana Dengan Islam"