Wednesday, January 27, 2021

Guru Kena Pergi Sekolah Musim PKP!!!


Empat kaedah pembelajaran dipraktikkan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Legap, Sungai Siput, Perak untuk memastikan tiada murid tercicir dalam pendidikan akademik seiring pelaksanaan sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) ketika ini.

Guru Besarnya, Balya Aziz @ Ismail, berkata pendekatan itu merangkumi penyediaan modul pembelajaran, mewujudkan kumpulan Whatsapp dalam kalangan ibu bapa, penggunaan buku teks dan tontonan melalui saluran TV Pendidikan.

Beliau berkata, kekangan akses internet dan pemilikan gajet yang rendah di kawasan pedalaman bukan halangan untuk pembelajaran akademik berlangsung memandangkan terdapat medium lain yang boleh menggantikannya.



“Kami telah sediakan modul pembelajaran merangkumi semua subjek bagi tempoh dua minggu sekali gus yang diambil ibu bapa di dewan sekolah manakala kumpulan Whatsapp pula bertindak sebagai medium perantara pembelajaran antara guru, ibu bapa dan pelajar.

“Kumpulan ini terdiri daripada Yang Dipertua PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) serta Tok Batin di mana mereka ini bertindak sebagai ejen bagi menguar-uarkan maklumat berkaitan pembelajaran yang disediakan guru dari semasa ke semasa,” katanya kepada GPSBestari.

Menurut Balya, di samping penggunaan buku teks sedia ada, pihaknya turut menggalakkan ibu bapa menonton TV Pendidikan sebagai bahan tambahan pembelajaran murid.



“Kita juga ada edarkan jadual siaran TV Pendidikan setiap hari untuk makluman ibu bapa.

“Pihak sekolah dan PIBG telah bermesyuarat awal apabila dimaklumkan pelaksanaan semula PKP kerana pengalaman terdahulu banyak membantu, justeru kami yakin kaedah modul ini dapat dipraktikkan murid sebaiknya selain tidak membebankan kewangan ibu bapa di sini.

Balya berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar kerana sentiasa cakna membantu meningkatkan tahap pendidikan di kawasan itu.

Pada masa sama, beliau sentiasa menggalakkan gurunya untuk lebih kreatif dan mewujudkan suasana pembelajaran menarik antaranya menerusi penghasilan video.

link artikal : GPSBESTARI.COM


Guru pergi sekolah PKP!!!

"Mencorak Suasan Dengan Islam"