Haza Huwa

Tuesday, August 23, 2011

Rezeki



Kisah teladan buat semua..

Cerita ini berlaku pada awal bulan Mei 2011 yang lalu, ketika diri ini baru sahaja menamatkan latihan industri di Putrajaya dalam erti kata lain baru menamatkan pengajian..

Selesai sahaja latihan industry diri ini tertanya-tanya apa yang mahu dilakukan bagi mengisi ruang yang ada sebelum melakukan kerja yang tetap bagi meneruskan kelangsungan hidup ini. Sampai bila mahu mengharapkan duit pinjaman dan keluarga, persoalannya apa yang mahu diri ini lakukan, dimana mahu mencari rezeki dan pelbagai lagi persoalan yang berlegar dalam benak fikiran ini. Bagi menjawab semua persoalan ini, ana mengambil keputusan ingin pulang ke kampung halaman di Kelantan. Bagiku mungkin persoalan tidak dapat terjawab sepenuhnya, namun yang penting diri ini lebih tenang mencari jawapan di kampung halaman.

Kepulanganku kali ini bersama seorang kenalan lama semasa belajar dibangku sekolah menengah, kebetulan beliau sudah lama bercadang mahu melawat tempat-tempat dan orang persoarangan di Kelantan yang beliau kenali suatu masa dahulu. Ana hanya penunjuk jalan dan peneman bagi beliau. Dalam perjalanan menuju ke Kelantan pelbagai cerita kami bualkan, bermula mengimbau kembali kisah-kisah lama semasa belajar dibangku sekolah, hal-hal semasa dan pelbagai perkara yang dirasakan perlu untuk bercakap sehingga terasa tiada apa yang mahu dibicarakan, maklum sahajalah perjalanan memakan masa 8 ke 9 jam juga.

Di dalam perjalanan tersebut kenalanku ini ada menyebut ingin berkunjung ke rumah seorang Ust yang dia kenali di suatu program di Melaka. Diri ini tertanya-tanya, mengapa Ust itu yang sering disebut beliau? Sedangkan ust itu beliau kenali dalam satu pertemuan sahaja, berbanding ust-ust yang banyak mengajar zaman bangku sekolah dulu. Persoalan ini terus bermain dalam mindaku. Namun bagiku semua itu diketepikan, yang penting dapat pulang ke kampung halaman. Dan dapat menumpang kereta orang itu satu rezeki, bukan sentiasa dapat..hehe

Sesampai dihalaman rumahku di kampung, kami sempat sarapan pagi dan menunaikan hak badan. Sejurus itu kami terus ke Kota Bharu ingin bertemu dengan Ust yang dikatakan. Setelah kenalanku menghubungi ust berkenaan, sahabatku terus berbincang mahu bertemu dimana. Diri ini agak terkejut apabila mendapat tahu ust itu sekarang berada diperkarangan kawasan Hospital Kubang Kerian, macam-macam persoalan yang timbul. Siapa yang sakit?, dia kerja hospital ke?, atau dia sendiri yang sakit?, itulah di antara persoalan yang bermain dalam mindaku ketika itu.

Setelah ditetapkan masa dan tempat pertemuan, kami terus bergegas ke tempat yang dikatakan. Sampai sahaja di tempat yang dijanjikan ust yang ingin kenalanku temui sudah menunggu. Berjubah putih dan berkopiah, di samping sifat fizikalnya berjanggut dan sedikit berisi. Begitu baik layanan Ust itu kepada kami berdua, seperti sudah lama mengenali. Setelah bertanya khabar, sesi perkenalan dan sedikit perbualan berkaitan perjalanan kami dari Putrajaya, ana terus mengubah tajuk memberanikan diri bertanya apakah yang beliau lakukan di hospital ketika itu. Ust itu menjawab isteri beliau baru sahaja melahirkan anak ke-8/9 (xpasti), namun sedikit menyedihkan kelahiran anaknya ini ada sedikit cubaan dari-NYA. BAyi yang baru mengenal dunia ini lahir dalam keadan tidak normal, tiada tempurung kepala dan sambungnya lagi doktor memberitahu jangka hayat bayi ini tidak akan lama. Dalam kegembiraan ada kesedihan, mungkin yang gembiranya mendapat cahaya mata baru dan yang sedihnya akan kehilannya.

Pada awal pertemuan tadi tidak nampak sedikit pun kesedihan di raup wajah ust itu, tetapi setelah mendengar cerita beliau kami pula yang merasa sedih. Walau dalam keadaan isteri masih berada dalam wad dan bayi berada dalam pantauan, beliau masih boleh mengajak kami berkunjung ke rumah beliau yang terletak di Bachok. Agak keberatan menerima pelawaan ini, isteri tercinta yang mengharungi kepedihan bersama masih dalam wad, sedang kami hanyalah sekadar saudara sesama Islam yang kali pertama diri ini temui. Tetapi dengan pelawaan beliau kami terpaksa akur untuk berkunjung ke rumah beliau. Berada dirumah beliau kami dihidangkan dengan beberapa jenis makanan ringan pengalas perut dan air sejuk. Ketika makan pelbagai cerita dan persoalan kepada kami meniti dibibir beliau tanda menampakkan kerisauan di wajah beliau. Diri ini sempat bertanya apa perkerjaan beliau, beliau menjawab yang beliau hanyalah mengajar di masjid-masjid di waktu malam disamping mengajar kanak-kanak di kampung belajar al-Quran dan Fardu ain sedang isterinya sebagai suri rumah sepenuh masa. Agak terkejut dengan bilangan ahli keluarga beliau, beliau hanya bekerja sebagai tenaga pengajar di masjid sepenuh masa dapat menanggung keluarga yang sebesar itu.

Selesai menjamah hidangan yang ringan itu, ust mengajak kami keluar untuk makan makanan berat pula di warung berdekatan, katanya cukup bersalah jika tidak dapat menjamu tetamu dengan makanan yang berat. Ketika di kedai itu ana sempat bertanya berkaitan pengalaman beliau menuntut ilmu. Katanya beliau dulu tidak sempat menghabiskan pengajian akibat suasana yang tidak selamat di Pakistan. Beliau hanya sempat berada 4 tahun di sana, dan terasa sangat kerdil dengan ilmu yang beliau dapat dengan hanya  4 tahun. Dan beliau menambah jika ada peluang mahu lagi menyambung belajar lagi.

Sambil kami bertiga makan, kenalanku telah pun menghantar kereta beliau ke tempat membasuh kereta. Sambil menunggu kereta selesai di basuh diri ini ingin mengambil peluang bertanya beberapa pandangan ust berkaitan beberapa isu. Dan yang cukup memberi kesan terhadap diri ini iaitu persoalan berkaitan rezeki, yang menjadi persoalan dan tujuan kepulanganku kali ini ke Kelantan di samping ingin bertemu ibu tercinta. Dengan memceritakan sedikit perihal keadaanku yang baru sahaja tamat belajar dan tidak tahu mahu buat apa lagi sebagai pendahuluan, ana terus bertanya pengalaman beliau. Macam mana ust dapat keyakinan dan kecekalan dalam mencari rezeki untuk menjaga keluarga yang besar?, sedangkan kerja ust hanyalah bergantung  sepenuhnya kepada mengajar, tanpa ada gaji tetap. Jika pergi mengajar adalah rezeki yang masuk dan jika tidak pergi tidak masuk…(lebih kurang begitulah soalan yang ana lontarkan).

Bagiku ketika itu adalah jawapan yang dapat menjawab persoalanku yang masih belum terjawab menjadi keutamaan. Ust itu dengan nada bersahaja menjawab,
 “apa-apa pun keyakinan kita dengan Allah itu yang paling utama. Semuanya datang dari Allah, jadi kita mintalah dengan Allah. Tugas kita minta dengan Allah supaya memudahkan kita mendapat rezeki, macam mana rezeki itu mahu datang kepada kita adalah tugas Allah, tak perlulah kita mahu memeningkan kepala memikirkan dari mana rezeki yang mahu datang kepada kita..”
Sungguh menusuk qalbu mendengar kata-kata yang keluar dari bibir ust. Beliau menambah lagi, disamping itu amalkan jugalah amalan-amalan sunnah yang Nabi Sollallohu Alaihi wa sallam(S.A.W) ajar kepada kita, seperti amalkan surah Waqiah, bersedekah, solat dhuha, sambungkan silaturrahim dan pelbagai amalan yang dijanjikan akan mudah mendapat rezeki. Tapi amalan zahir yang menjurus kearah mendapat rezeki itu kena buat jugalah.

Setelah semuanya selesai, tanpa diduga ust itu meminta sekali lagi kepada kami supaya dapat hadir ke rumah beliau keesokan harinya. Kata beliau dia masih belum berpuas hati tidak dapat masakkan sesuatu kepada kami untuk dimakan, hanya makan di kedai. Jadi terpaksalah kami mengiakan sahaja hajat murni beliau itu. Setelah pertemuan ini ana minta kepada ust untuk pulang kerumah dahulu, memandangkan sudah lama berada di luar meninggalkan rumah sendiri. Kenalanku minta izin untuk bermalam dirumah kenalan beliau di Kota Bharu, jadi beliau menghantarku pulang ke rumah terus, disamping beliau terus bergegas ke Kota Bharu.

 Tepat jam 8 pagi keesokan harinya, kenalanku memberitahu anak ust telah kembali kerahmatullah. Untuk pengebumian itu ana terpaksa menyuruh sahabatku terus pergi ke rumah ust tanpa mengambilku dahulu. Walau agak terkilan tidak dapat bersama ketika proses pengebumian, diri ini terpaksa mendahulukan kenalanku, jika beliau dating mengambilku kemungkinan kami berdua tidak sempat menghadirinya. Itulah yang lebih utama ketika itu. Untuk hari itu diri ini tidak dapat memenuhi kehendak ust dengan makan makanan hasil masakannya, memandangkan jarak yang jauh untuk kerumah beliau. Tidak sangka pertemuan beberapa jam bersama ust yang baru sahaja diri ini mengenali telah memberi jawapan kepada segala persoalan yang bermain di benak fikiran ini.

Ust yang ana maksudkan itu ialah Ust Satar, di antara tenaga pengajar di Masjid Kubang Kerian, tinggal di Bachok, pernah belajar di Pakistan. Itu sahajalah biografi beliau yang diri ini sempat mengenali beliau. Diharap dengan cerita ini dapat dijadikan pengajaran buat semua. Cerita ini ana coretkan sebagai simpanan supaya tidak hilang dek masa dengan kedhaifan diri ini.

Alhamdulillah, beberapa hari selepas peristiwa ini ana mendapat panggilan dari Seremban menawarkan supaya berkhidmat di sebuah sekolah sebagai tenaga pendidik. Walaupun gaji pertamaku tidaklah seberapa, namun tanpa disedari Allah telah membuka beberapa peluang menambah pendapatan dengan memenuhi permintaan beberapa orang  persoarang meminta mengajar dan berkongsi ilmu Allah yang tidak seberapa dalam diri ini. Betullah kata Ust Satar, kita mampu berdoa dan berusaha, namun yang memberi rezeki semuanya datang dari Allah. Tercapai jugalah cita-citaku sebelum ini yang memasang cita supaya tidak mahu lagi meminta dengan ibu tercinta wang saku setelah tamat belajar dan selepas ini ana harap dapat pula memeberi pula kepada ibuku tercinta.
Ya Allah tidak ada sesiapa yang boleh memberi rezki
jika Engkau halang....
dan tidak ada sesiapa yang boleh halang...
jika Engkau ingin memberi rezki....
Ameen…

p/s: tak pastilah lw org baca ni dpt fhm or tak, tapi buat2 fham jelah ek..:)

Di antara pengajaran yang mungkin kita dapat ambil dari cerita ini:

1.       Ikramud dhuyuf (memuliakan tetamu).

2.       Umat islam adalah bersaudara.

3.       Persaudaraan yang diikat dengan keimanan, bukannya dengan kebendaan.

4.       Segala rezeki datangnya dari Allah.

5.       Kita disuruh mencari rezeki, bukan memikirkan dari mana Allah mahu turunkan rezeki kepada kita.

6.        Perlu menuntu ilmu tanpa mengira usia.

7.       Ahli ilmu akan diangkat martabatnya oleh Allah.

8.       Redha terhadap ketentuan Allah.

9.       Jawapan kepada sesuatu persoalan itu Allah datangkan dengan pelbagai cara.

10.   Janji Allah dan Rosullah-NYA pasti benar, persoalannya adakah kita betul-betul yakin terhadap janji-NYA..

11.   Keyakinan terhadap pencipta bukan hanya bermain dibibir, tetapi perlu dizahirkan dengan perbuatan.

12.   Al-Quran dan Sunnah sumber rujukan utama dalam kehidupan.

13.   Orang yang berjuang untuk Agama-NYA akan dipelihara oleh Allah.

14.   Banyak tidak menunjukkan cukup, manakala sedikit bukan petanda tidak mencukupi.



 "Mencorak Suasana Dengan Islam"

Tuesday, August 9, 2011

Di Sisi Mu (Lagu Tema IMQ baru)


Menuju Perjalanan Ku Gapai Mu Di Sana
Wagian Syurgawi Kemilauan Sirna
Warna Pelangi Getaran Jiwa

Usaha Dan Doa Mengiringi Langkah Ku
Kelak Ku Temui Jawapan Yang Telah Pasti
Satu Perjalanan Yang Abadi

Rintangan Ku Tempuhi Semoga Ku Kan Bisa 
Menyingkap Cahaya Hilanglah Gelita
Suluh Rahmat Mu Rabbul Izzati

*Chorus

Dengan Doa Restu Ilahi
Terimalah.... Allah Ya Allah.... Allah
Ku di Sisi Mu Hingga Ke Akhirnya...

Lagu: Razali Husin (Lie Desire)
Lirik: Zulkefli Hamat
Vokal: Zulkefli Hamat 

"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Monday, August 1, 2011

PROGRAM PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN DAN QIAMULLAIL 2011 MAAHAD UMMU AIMAN



Pada tanggal 29 Julai sehingga 30 Julai 2011, telah berlangsung satu program yang dinamakan "PROGRAM PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN DAN QIAMULLAIL 2011". Program ini diwajibkan kepada pelajar Kafa Ummu Aiman tahun 3, 4 dan 5. manakala bagi pelajar tahun 1 dan 2 penyertaan adalah terbuka. Pendaftaran dibuka pada pukul 4 petang dan bagi pelajar Kafa Senawang, pengangkutan telah disediakan.

Semasa sesi ice breaking

Program ini mendapat sambutan yang baik apabila hampir 80 pelajar menyertainya yang terdiri dari Kafa Sri Pulai dan juga Senawang. Peserta disediakan bilik khas untuk meletakkan beg masing-masing sebelum diberi sedikit jamuan dan taklimat program. Program dimulakan pada pukul 5 petang dengan sesi ice breaking oleh Ustaz Wan Rozaimie Wan Mamat.Setelah itu pelajar bersolat Asar berjemaah. Kemudian diberi makan malam dan melakukan persiapan untuk solat Maghrib. Disusuli pula dengan kuliah maghrib dari Al Fadhil Ustaz Ahmad Majdi bin Sanusi.

Peserta perempuan sedang menjamu selera bersama dalam satu talam

Begitu juga peserta lelaki

Dari kiri: Ustaz Adnan, Ustaz Samsul dan Ustaz Rozaimie sedang menjamu selera.

 Selepas solat Isyak sesi LDK (latihan dalam kumpulan) dimulakan. Peserta diminta berlakon mengikut situasi yang diberi sambil diberi tunjuk ajar oleh fasialitator.

Ustaz Adnan sebagai fasi sedang menerangkan sesuatu kepada peserta

Sesi Muhasabah pula dipipimpin oleh Ustaz Majdi. Ramai peserta menitiskan air mata kerana tersentuh hati dan terharu dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz Majdi dan guru-guru lain.
Peserta sedang meniup belon seperti yang diarahkan

Peserta menangis terharu

Setelah itu peserta diberi masa rehat dan tidur sehingga jam 4.30 pagi. Peserta lelaki tidur di Kafa Ummu Aiman, manakala peserta perempuan pula diasingkan tidur di Tadika Ummu Aiman.

Peserta lelaki sedang nyenyak tidur

Ustaz Samsul sedang memimpin alunan zikir

Jam 4.30 pagi peserta dikejutkan dari tidur untuk sesi Qiamullail. Sesi ini dipimpin oleh Ustaz Samsul dengan menunaikan solat sunat tahajjud dan solat sunat hajat sebelum disudahi dengan alunan zikir munajat dan doa.

Gelagat peserta-peserta semasa Qiamullail

Sementara menunggu azan Subuh, ustaz Zakiri dijemput untuk memberi sedikit ucapan sempena hari terakhir beliau berkhidmat di Maahad Ummu Aiman. Ternyata ucapan yang diberi telah menyebabkan anak-anak didiknya terutama pelajar Senawang berasa sebak sehingga menitiskan air mata buat kali kedua.

Ustaz Wan Ruzaha sedang menyampaikan Kuliah Subuh secara santai

Setelah selesai solat Subuh, diadakan pula Kuliah Subuh oleh Ustaz Wan Ruzaha Wan Mamat yang merupakan Pengerusi Maahad Ummu Aiman. Selepas itu,  peserta dihidangkan sarapan pagi sebelum LDK ketiga dijalankan. LDK kali ini meminta peserta menyediakan jadual harian mereka sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak sebelum dibentangkan di hadapan peserta- peserta yang lain.

Majlis penutup peserta dapat melihat tayangan gambar serta video mereka sepanjang perjalanan program bermula dari hari pertama mereka datang sehingga hari terakhir. Disusuli pula selepas itu ucapan penutup Pengarah program, Ustaz Helmi dan Guru besar, Ustazah Wan Rusmayiah. Pelajar dibenarkan pulang tepat jam 10.30 pagi.

Diharapkan dengan adanya program seumpama ini mampu melahirkan pelajar yang mengambil berat tentang ibadat puasa serta dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu dan pengalaman yang mereka pelajari di dalam program ini.

Sumber: Blog Ust Samsul