Friday, March 23, 2012

Masanya Sudah Tiba.....


(Hujung Borneo)

 Pada permulaan mendapat tawaran berkhidmat di bumi Sabah ini terdapat pelbagai bayangan. Bagiku motivasi yang menguatkan diri ini untuk melangkah jua ke halaman baru ini adalah kerana ingin berkhidmat  kepada agama-NYA di sini. Hanya ini sahajalah yang banyak mendorong untuk memberanikan diriku melangkah jua ke sini. Walaupun berstatus guru j_QAF pada pada perkhidmatan, tapi bagiku itu semua adalah alasan sebagai percaturan-NYA memberi peluang berkhidmat di sini.  

 Jika dulu setiap kuliah dan kelas pengajian ku area Seremban kadang-kadang terbit jua bisikan kebendaan, namun di sini dapat jua mengikis kembali idealogi kebendaan ini. Memandangkan bagiku sekarang ini sudah menjadi suatu kemestian buat diriku menyampaikan setiap apa yang pernah diriku pelajari. Tiada siapa lagi  hendak ditundingkan jari, memandangkan hanya diri ini yang berstatus Ust berada di kampung terpencil ini.  

 Di ruangan baru ini diriku terasa bagai jawatan sebagai guru j_qaf itu sudah berada di belakang, perkhidmatan di sekolah memakan masa dlm 6 jam sehari dan yang selebihnya berada dalam lapangan masyarakat. Ruangan yang cukup janggal bagi ku membuatkan terkadang boleh membawa demam jasad ini untuk menyesuaikan diri. Pelbagai cabaran baru berada di ruangan baru ini yang mengharap perancangan tersusun dan perlahan sedikit. Jika dulu seronok merancang bersama kenalan yang sefikrah, sekarang hanya kekuatan yang tidak seberapa diberi pinjaman oleh-NYA terpaksa dikerah semampu mungkin menyumbang apa yang terdaya.


 Alhamdulillah setelah hanya beberapa minggu ini, percaturan dari-NYA sudah ada sedikit sumbangan buat masyarakat setempat. Dengan diberikan beberapa slot menyampaikan pengisian di masjid bagiku merupakan satu peluang buat mengisi sedikit kegersangan di kepulauan ini, baik buat pendengar mahupun yang menyampai. Paling tidak pun ada juga diri ku mencari kembali input-input untuk disampaikan. Yang terasa mencabar juga diriku apabila pelbagai persoalan keagamaan dilontarkan, ini menyebabkan diriku terpaksa sentiasa bersedia untuk menjawab bertepatan kefahaman mereka.

 Sehingga hari ini sudah 3 slot diberikan bagi mengisi masa di Masjid kg, bermula kelas asas fardu Ain(lebih kepada membincngkan berkaitan solat), kelas pengajian Quran remaja dan kelas Quran dewasa. Di samping ini juga terkadang terpaksa bersedia untuk berkhutbah Jumaat. Dengan sedikit kesibukan berkhidmat kepada masyakat ini dapat aku hilangkan sedikit kesunyian hidup keseorangan jauh dari keluarga dan kenalan. Line Handphone pun sentiasa problem dan internet pun terpaksa mencari tempat tertentu, jadi perkhidmatan ini sajalah menjadi hiburan.

 Akhirnya diri ini cukup mengharap doa dari keluarga dan kenalan semoga diri ini deberi kekuatan oleh-NYA untuk berkhidmat semampu mungkin di kesempatan yang diberikan ini.

"Walau kita cuba untuk lari dari mencapai sesuatu umur dalam kehidupan kita, ia tetap akan datang. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk sampai ke saat itu...."
           



"Mencorak Suasana Dengan Islam"