Tuesday, May 11, 2010

Skrip Doa Majlis Perasmian Penutup Kongres Intergriti Mahasiswa 2010


الحمد لله رب العلمين، وبه نستعين والعاقبة للمتقين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين
Ya Allah Ya Tuhan kami, Yang Maha pemurah Lagi Maha penyayang, kami berhimpun di Kongres Intergriti Pemimpin Mahasiswa 2010 ini. Memohon rahmat daripada-Mu.

Semoga dengan rahmat itu,

Engkau berikan hidayah dan petunjuk-MU dalam menyatukan pemikiran kami, memperkukuhkan perpaduan kami, dipermuadahkan segala urusan kami, agar ianya berjalan lancar serta beroleh keberkatan-MU..
اللهم يا ذا الجود والكرم


Kami pohonkan limpah rahmat, taufiq dan hidayah-MU bagi memimpin kami di segenap lapisan dan seluruh rakyat negara yang tercinta. Mantapkanlah semangat dan keazaman mereka dengan penuh kesabaran dan bertawakkal kepada-MU dalam memikul tanggungjawab memajukan negara dan agama supaya disanjung tinggi dan disegani.

اللهم يا متولي السرائر

Ya ALLAh Ya Tuhan kami,

Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati dan sanubari kami, Engkaulah yang lebih mengetahui hajat dan tujuan kami pada saat ini, kami mengakui dengan penuh kesedaran dan keinsafan tetang kebesaran dan kekuasaan-MU Ya Allah. Lantaran itu kami menadah tangan di samping memohon keselamatan dan kesejahteraan yang berterusan, kami juga ingin melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat keselamatan dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan.


اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما، وتفرقنا من بعده تفرق معصوما. .
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار.....


Ciptaan asal: Saudara Najib Bin Taha....

Sekadar simpanan buat semua...
Dibaca pada 11/05/2010 di PICC PuteraJaya oleh Saudara Najib B. Taha...

Wednesday, May 5, 2010

Kenangan SPP sesi 2009/10




Sebagai perkongsian buat sahabat-sahabat SPP sekalian.
Sudah cukup sepenggal kita di amanahkan dengan tugasan ini, pelbagai perit maung kita hadapi bersama, walau pada mulanya semua di kalangan kita bagai jatuh bulan di riba menerima tugasan ini. Berat untuk di bawa tapi perlu di bawa, terasa tidak berupaya namun cuba sedaya upaya. Begitu saja yang dapat di sebut apabila di beri amanah ini.

Bagi kami yang baru nak bertatih ini bagai tidak layak rasanya menanggung. Tapi memikirkan inilah sebagai step untuk menempoh dunia yang akan mendatang, menimba ilmu dan mencari ilmu yang tiada di dewan kuliah. Ibarat kaki dah melangkah tiada istilah mengundur, apa-apa pn kena tempuhi..

Bermula dari mencari keserasian dalam membuat gerak kerja bersama dan penganjuran program sehingga membentuk program sendiri. Sampai semua kata dah menjadi biasa, semua dah mengenali. Masing dah tahu di mana kelebihan setiap seorang, terzahirlah keserasian dan kekuatan dalam organisasi.

Tohmahan dilemparkan bagai air yang turun, itulah yang dikatakan cabaran. Ada yang melemparkan kritikan membina dan ada yang kurang enak di dengar, namun semua saling memikul dan menilai. Tapi jika di fikirkan balik inilah peliknya orang kita, sebuah organisasi yang dulunya bagai pada nama sahaja tak tahu siapa empunya badan semua bising. Program tiada jika dibandingkan fakulti lain, fakulti lain penuh dengan program, kita ada apa dan macam-macam lagi pertayaan yang ditimbulkan, namun setelah wujudnya organisasi yang baru hendak belajar bertatih ini macam-macam andaian dibuat. Budak baru belajar bertatih semua sudah menilai bagai berlari, bukannya memberi semangat atau menunjuk jalan terbaik untuk fakulti sendiri dan kemajuan mahasiswa FPQS sndiri.

Secara mudahnya jika di fikirkan balik, tak salah jika saya katakan ini adalah organisasi kita semua warga FPQS dan kita semua yang bertanggunjawab membawanya kearah mana yang dikehendaki. Bagi yang bergelar MT dan EXCO SPP tak lebih bagi saya bagai seorang pemandu bas dan semua warganya adalah penumpangnya. Sedang bas adalah milik kita semua, kemana bas itu ingin meluru bergantung kepada penumpangnya, bukannya semua penumpang ingin mencabut barangan bas itu. Ada yang mahu ambil tayar dan ada yang mahu mengambil stereng kerana dirasakan apa yang ada dalam bas itu miliknya. Ada yang hanya pandai komen je kerjanya, tapi yang peliknya jika kena atas diri sendiri melenting juga. Dengan kata mudahnya jika tiada payung jangan diminta hujan turun.

Bagi kita pulak cukuplah semua ini menjadi perasa dalam sebuah organisasi. Jika tiadanya tak terasa manis sebuah pelayaran ini. Kita jika mencari kemengan dengan semua orang nescaya tidak ketemu. Yang penting semua kerja kita walau ramai tidak mengetahui, namun cukuplah Allah mengetahui.
"Pukulan kekasih itu tidak menyakitkan"
Begitulah syair arab menyebut, jika suatu kerja itu sudah sampai tahap kita suka, semua rintangan di rasakan manis.
"Kita tak kurang tukang angguk, kita tak kurang tukang geleng, tetapi kita kurang orang yang hendak membuat apa yang sudah diangguk dan orang yang hendak menegah apa yang sudah digeleng.." Zulkifli Muhammad ..

Gambar-gambar kenangan kita bersama...
(AKSIS09)







(Pokok Durian rupa-rupanya nama SPP...hehe)
Buat sahabat SPP Tahun 4…

Salam SPP..

Masih terasa bagai semalam kita bersama di bawah naungannya,
Masih teringat tawa riang kita bersama
Perit dan senang kita tempuhi bersama
Terkadang terluka dan terasa
Namun sebab hadaf kita sama
Kita sanggup ketepikan semua


Salam SPP..

Pelbagai tauladan kita dapat di tanahnya
Bermula dengan mafatihul mahabbahnya
Sehingga majlis hala tujunya
Bagai terasa masih bermain di minda
Air mata yang pernah kita gugurkan bersama
Perjanjian kita untuk menongkah perjuangan bersama

Salam SPP..

Walau jasad kita kan melata
Walau kita kan menongkah jauh dari pandangan mata
Kehidupan sebagai SPP masih terbawa
Lebel mahasiswa USIM masih sama
SPP lagi di mata mereka

Salam SPP..

Begitu beruntungnya menjadi sebahagian dari kalian semua
Sudah terbukti kehebatan kalian di mata dunia
Akan mencorak perubahan semasa di luar sana
Walau kami tak sehebat kalian semua
Cukuplah kami ini pernah kita bersama

Salam SPP..

Tarbiahnya sudah terbukti buat semua
Tamadunnya terbina cantik di mata
Kalian semualah pencetusnya
Namun bimbang jika kegemilangannya hilang dek tangan kami semua
Terasa berat bagi kami meneruskan perjuangan kalian semua…


SPP…SPP.. SPP
(Ajk exco dakwah& kerohanian SPP sesi 2009/10...tiada dalam gambar Rofikah dan Rashid)


Terima kasih kepada semua yang banyak membantu...

"If you can dream it, you can do it"