Wednesday, February 23, 2011

Merungkai Sebuah Keheningan


Di dalam keheningan malam ini sambil menungggu masa untuk menjalankan tugas di sekitar Putrajaya, ana cuba berkongsi dan menconteng ruangan ini bagi menampakkan seri sedikit dengan kerlipan pandangan insan daif ini.

 Walau sudah hampir dua bulan diri ini terpaksa berjauhan dengan warga kampus tetapi status diri ini tetap lagi bergelar sebahagian darinya. Jasad sahaja yang tidak lagi bergegas ke kampus bagi menghadiri kuliah tapi sekarang terpaksa bergegas ke pejabat. Hanya tempat tujunya sahaja berbeza namun statusnya sama.

 Bermula dengan revolusi anak muda di Mesir terus merebak ke sebahagian pelusuk tanah arab mengembling tenaga menunjukkan keberanian sebenar anak muda yang dahagakan kebenaran dan anti kezaliman semuanya meledak dek mercum dibakar sumbunya yang menunggu meledak. Inilah realitinya yang berlaku zaman berzaman, sejarah tetap akan berulang hanya wataknya sahaja yang berbeza.

 Diri ini sering tertanya-tanya jika sejarah ini betul-betul terzahir di abab ini adakah diri ini tergolong dalam watak-watak mempertahankan Islam atau sebaliknya, wal iyazubillah.

 Bumi USIM yang dirindui...

 Dalam beberapa minggu ini walau berjauhan dari kampus pelbagai cerita kedengaran, bermula dari cerita biasa kedengaran dan beberapa sketsa yang cukup menarik buat perkembangan dunia mahasiswa. Tidak perlu rasanya diri ini menceritakan secara spesifik setiap sketsa yang dimaksudkan.


 Buat pentadbiran USIM sepatutnya dapat membaca kemana hala tuju pembawakan mereka yang bertepatan   dengan kehendak warganya, bukan syok sendiri. Sudah pelbagai cara mahasiswa menunjukkan apa yang mereka mahukan bagi menterjemahkan apa yang mereka pelajari dalam dewan kuliah. Bermula perbincangan secara baik, flyers dan sehingga terdegar ura-ura memboikot. Sudah sepatutnya semua pihak pentadbiran faham mereka semua berada di sebuah Universiti bertstatus 'Islam' yang cukup gah pada namanya. Bahkan Allah sendiri mengakuinya dalam firmannya yang sinonim disemua telinga kita yang bermaksud: sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam... Dikuatkan pula dengan hadith Nabi sallalahu alaihi wasallam yang bermaksud: Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.. Cukuplah rasanya kita  menonjolkan ketinggian Islam itu dengan apa yang bersesuaian dengan syariatnya, nescaya kita akan menjadi tinggi dengan sendirinya. Tiada maknanya nama sentiasa meniti di bibir manusia tetapi tentang kejelekan kita.

 "Melayu menemui identitinya dengan Islam"(S.Naquit Alatas)
 Jadi sudah terserlah Islam itu mengangkat melayu, bukannya melayu mengangkat Islam. Sepatutnya kita lebih berbangga terpilih diberi nikmat Islam ini berbanding lainnya.

 Jangan ditunggu apa berlaku di Universiti lain berlaku di sini, bagi sang peria yang penuh dengan jiwa sang perwira mereka hanya menunggu kepala gerabak bergerak, sedang yang lainnya menanti untuk bersuara. Agak kelakar juga rasanya apabila terdegar ada sesetengah pihak bersuara menyatakan sekarang sudah timbul pelbagai pihak di kampus, hatta kedengaran jua sekarang sudah wujudnya golongan yang digelarkan pro-mahasiswa. Yang peliknya belum sempat mereka mempelkenalkan diri sudah ada mengketogerikan mereka, jadi tidak mustahillah akan tiba saatnya nanti wujudnya golongan ini.

 Yang pentingnya sekarang pihak pentadbiran sepatutnya lebih pandai merancang program atau semua bentuk pengisian buat semua mahasiswa bertepatan dengan apa yang mereka pelajari dari dewan kuliah, bukannya bertentangan 100% dengan apa mereka pelajari. Walau pelbagai alasan diberikan, biarlah jawapan itu bertepatan dengan keintelektualan mahasiswa. Bukan sekadar melepaskan diri atau menunding jari tetapi maknakanlah dan martabat tinggikan bumi bertuah ini dengan kegemilangan warganya dengan syakhsiah Islamiah yang sebenar dengan pengisian yang mengarah kearah itu.  

 Namun begitu, makanisme perubahan sentiasa ada buat kita praktikkan. Bermula warga mahasiswanya sehingga pentadbirannya, kita semualah yang sepatutnya lebih kreatif menilainya semoga bersesuaian dengan 'guide' syara' yang sudah ada.

 Jika dalam pengajian usul fiqh ada membincangkan azimah dan rukhsah dalam skop ibadah semata. Jadi apa salahnya jika kita semua menterjemahkan konsep ini dalam kehidupan kampus kita. Secara umumnya azimah dilaksanakan ketika tiada halangan atau kekangan melaksakan sesuatu ibadat, seperti solat 4rakaat zohor dalam keadaan sempurna. Tetapi dengan sebab musafir kita boleh mengambil rukhsah dengan menkhosar(memendekkan) kepada dua rakaat, atau ketika sakit kita boleh buat mengikut kemampuan diri kita. Itu dari konsep ibadahnya sedang dari konsep dakwahnya kita boleh terjemahkan dengan pembaan kita bertemu dengan madu'. Ada masanya kita terpaksa mengambil kaedah rukhsah dan ada masanya kita mengambil kaedah azimah. Sebagai contoh, seorang pendakwah ingin berdakwah golongan yang kurang kefahaman agama. Maka di masa itu mereka boleh berpakaian mirip golongan yang ingin didekati, dengan syarat tutup aurat.

 Tetapi dalam kehidupan semua golongan yang sudah memahami islam dengan sebaiknya, adakah kita masih lagi mahu berpakaian seperti orang yang tidak faham islam?.
Begitu jugalah jika nak dikaitkan dengan situasi kampus USIM, mereka semua adalah berasal dari golongan sekolah agama. Buat apa lagi kita mahu membicarakan benda yang syubhah, sedang yang shahihnya belum semua terlaksana.

 Coretan ini hanyalah sekadar mengisi ruangan blog ini, tiada niat pun mahu menunding jari buat mana-mana pihak. Sebagai menyuarakan pandangan sebagai serpihan warganya yang menunggu hari penghujung.


"Mencorak Suasana Dengan Islam"


p/s: sedih rasanya xdapat mengundi prk kampus. masih tetanya-tanya kenapa pelajar praktikal tidak dibenarkan mengundi, walau berpraktikal di sekitar Nilai. Takkan kerana menginginkan peratusan keluar mengundi yang tinggi, tanggungjawab kami yang bersisa diketepikan. Sebagai seorang senior kami sepatutnya lebih memahami kepimpinan macam mana sepatutnya. 
Apa-apa pun tahniah buat kepimpinan MPP sesi ini, tunaikanlah sebaiknya manifesto kalian dan maknakanlah kemenangan kalian dengan sebaiknya. Bukan sekadar mengikut telunjuk, tetapi mencipta petunjuk.

Salah silap harap maafkan..lw xfham buat2 jelah...

Wednesday, February 9, 2011

Dahaga



Dahaga...
Dikala panas terik sang mentari di siang hari menerjah, disinilah terasanya tengkok ini ingin menyapa titisan air sebagai penawar dahaga..

 
Dahaga..
Dikala sang rempit dipisahkan dengan mtornya, di sinilah terasa bagai menanti malam begitu panjang bagai tiada menjelma siang.. 

Dahaga..
Dikala perenang tiada bertemu air, di sinilah terasa bagai semua terhidang di depan terasa bagai hamparan laut untuk diredah..

Dahaga...
Dikala sang anak berjauhan dengan ibu diperantauan, di sinilah terasa bagai terlalu merindui saat pertemuan sebagai pengubat dahaga rindu...

Dahaga..
Dikala sang bujang dan dara telah terlebih umur untuk membina mahligai keluarga, di sinilah terasa bagai diri tiada peneman dalam kehidupan...

Dahaga..
Dikala pasangan berkasih berkelana berasingan, di sinilah terasa bagai hari-hari yang dilalui begitu panjang untuk diredah berkeseorangan...

 Namun sedar atau tidak, dikala kehendak insani tidak dipenuhi seperti kebiasaan, kita cukup terasa ketiadaannya. Kehidupan kita tidak lebih dari haiwani jika sekadar ini jua kita mahukan, walhal sedar atau tidak di dalam kehidupan insani ini kita sering terlupa kehendak rohani atau jiwa kita yang cukup mendahagakan bajaan amalan taqarrub billah. 

 Jangan biarkanlah hati ini tidak merasa dahaga sedang realitinya kebuluran dan menghitung hari menunggu mati.
"Sesungguhnya seringan-ringan siksa-KU terhadap orang alim, jika ia mengutamakan syahwatnya daripada cinta-KU, akan AKU haramkan daripada merasakan kelazatan bermunajat kepada-KU"(dipetik dari kitab hikam Ibn Attaillah)

p/s: rangkap di atas hanyalah sebagai pembayang, tak tahulah kena atau tidak dengan isi utama yang ingin disampaikan...

"Mencorak Suasana Dengan Islam"