Haza Huwa

Tuesday, February 23, 2010

Kata-kata bedah buku...


1. "Umat Islam apabila ingin maju, perlu mampu berpacu dengan waktu. Sekali umat islam berhenti dia membiarkan dirinya tergiris dek sang waktu.." Muhammad Iqbal (m/s: 5)

2. "Sebaik-baik pemuda di kalangan kamu adalah mereka yang menyerupai(tasyabbah) orang tua dan seburuk-buruk orang tua adalah mereka yang menyerupai orang muda.." Badi'uzzaman Said Nursi (m/s: 9)

3. "Istiqamah adalah suatu jalan yang awalnya penuh dengan kemuliaan, pertengahannya di penuhi keselamatan dan hujungnya adalah syurga.." Mustafa As-siba'ie (m/s: 16)

4. "Kita tak kurang tukang angguk, kita tak kurang tukang geleng, tetapi kita kurang orang yang hendak membuat apa yang sudah diangguk dan orang yang ingin mencegah apa yang sudah digeleng.." Zulkifli Muhammad (m/s: 31)

5. "Kalau bangsa melayu tidak menyedari hakikat perjuangan, dalam masa yang tidak lama lagi bangsa melayu akan tenggelam dalam gelombang bangsa yang menumpang.." Zulkifli Muhammad (m/s: 31)

6. " Seorang pendakwah perlu memahi realiti & psikologi masyarakat setempat..." (m/s: 115)

Sekadar memetik kata-kata dari buku '50 tokoh Islam yang mengubah dunia' yang dikarang oleh Ahmad Amri dan Nurasyikin....

Ahmad Amri Zainal Adnan, Nurasyikin Ahmad
PTS Millennia Sdn Bhd
http://www.ptsmillennia.com.my RM 14.90 / RM 16.90 (Sabah & Sarawak),
983-3603-17-3;
978-983-3603-17-6;
9789833603176
Tarikh Terbit: 16 September 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 216 halaman