Tuesday, November 9, 2021

Solat Yang Sempurna | Pendidikan Islam TAhun 3



Assalamualaikum
Perkongsian video PDPR
Pendidikan Islam TAHUN 3
Tajuk : SOLAT YANG SEMPURNA
Bidang : IBADAH
Video ini adalah untuk kegunaan murid-murid, ibu bapa dan guru untuk pembelajaran dirumah. Semua guru, murid dan ibu bapa dibenarkan untuk menggunakan video ini.
Semoga ianya bermanfaat untuk semua.
Boleh kongsikan buat semua...










"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Monday, August 30, 2021

Doa majlis Kemerdekaan

DOA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN


أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَاْلَمِيْنَ، وبه نستعين والعاقبة للمتقين ولا عدوان إلا على الظالمين.

اللهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَ وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا ضِغَارًا، وَلِجَمِيْعَ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْا بِالإِيْمَاْنِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوْبِنَا غِلاً لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفُ الرَّحِيْمِ.

يَا الله يَا رَحْمَان يَا رَحِيْم

 

Dengan penuh khusyuk kami memohon, Ya Allah, akan limpahan dan naungan-Mu ke atas majlis Sambutan kemerdekaan ini dengan keberkatan dan  keredhaan-Mu. Ya Allah, sempena Kemerdekaan Malaysia ke-64 ini kami mengangkat tangan, demi memanjatkan rasa kesyukuran kami ke hadrat-Mu, atas nikmat kemerdekaan yang Engkau kurniakan ke atas negara kami.

 

Maka dengan rahmat dan kasih-Mu, Ya Allah, limpahkanlah ke atas negara kami, keamanan dan kedamaian, kesejahteraan dan keselamatan dari segala perkara yang boleh mengganggu-gugat keharmonian dan keutuhan perpaduan, rasa hormat menghormati sesama rakyat yang kami nikmati ketika ini.

 

Ya Allah, atas sifat rahmat-Mu kami menadahkan tangan dengan penuh pasrah jua, agar Engkau sentiasa memberkati para pemimpin watan ini,  rakyat dan sekalian kami dengan bimbingan dan hidayah-Mu yang berterusan. Ya Allah, limpahkanlah rahim-Mu kepada para pejuang kemerdekaan negara kami yang amat berjasa dan pasukan keselamatan kami yang sanggup berkorban demi memastikan keamanan dapat dinikmati sekalian rakyat.

 

اللهُمَّ يَا الله

Engkau padukanlah, Ya Allah, hati kami dengan kasih sayang, jiwa kami dengan rasa penghormatan dan kebanggaan menjadi anak Malaysia, moga kami bersatu, memadu kekuatan, demi membina kecemerlangan dan memacu kemajuan, rohani dan jasmani sebagai pengisian kemerdekaan ibu pertiwi tercinta.

 

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu jua, Ya Allah, agar dibimbing hati kami dengan hidayah-Mu, dicucuri diri kami dengan pandangan rahmat-Mu, dan dibantulah kami dengan sifat Rahim-Mu, agar kami terus bersatu, dan bersama gerak menuju matlamat yang satu, untuk membina dan membangunkan watan kami yang merdeka, maju dan berdaya saing, demi mempertahan watan kami yang berdaulat dan disegani di persada dunia di bawah naungan rahmat dan nikmat-Mu.

 

Ya Allah, tetapkanlah iman kami, ikhlaskanlah niat dan usaha kami, teguhkanlah hati kami dengan kesabaran, luruskan tujuan kami dengan kejujuran, agar dapat kami hulurkan tenaga dan bakti dengan penuh ketulusan, untuk membangun dan membina negara dan ummah ke arah kejayaan, di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

 

Dan kepada-Mu jua kami pasrah, menggantungkan harapan, agar segala usaha dan amal kami selama hayat dikandung badan, diperkira sebagai amal soleh dan kebajikan, agar dapat menjadi bekalan ketika berhadapan dengan-Mu, di hari kebangkitan, di waktu seluruh manusia mendapat balasan, antara kebaikan dan keburukan.   

اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ.

اللهُمَّ أَصْلِحْ لَنَا دِيْنَنَا الَّذِِيْ هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنَا، وَأَصْلِحْ لَنَا دُنْيَانَا الَّتِي فِيْهَا مَعَاشُنَا، وَأَصْلِحْ لَنَا آخِرَتَنَا الَّتِي إِلَيْهَا مَعَادُنَا، وَاجْعَلِ الحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا فِيْ كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ المَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

اللهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَ مِنْ جُهْدِ البَلاِءِ وَدَرْكِ الشَّقَاْءِ وَسُوْءِ القَضَاءِ وَشَمَاتَةِ الأَعْدَاءِ وَعُضَاْلِ الدَّاْءِ وَخَيْبَةِ الرَّجَاْءِ وَنَسْأَلُكَ اللهُمَّ بِجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ سَلاَمَةً فِي الدِّيْنِ والدُّنْيَا وَعَافِيَةً فِي الجَسَدِ وَسَعَادَةً فِي الآخِرَةِ.

اللهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا تَحُوْلُ بِهِ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعْصِيَتِكَ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهَا جَنَّتَكَ، وَمِنَ اليَقِيْنِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا، وَمَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا وَاجْعَلْهُ الوَارِثَ مِنَّا وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا فِي دِيْنِنَا وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفَي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ، وَسَلاَمٌ عَلَى المُرْسَلِيْنَ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.

 


Di edit dari blog: Doa Majlis Rasmi



"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Sunday, July 18, 2021

SUPERHERO Muslim...


Bukan fantasi, bukan superman, ultraman, mahupun Avengers, tapi ini adalah realiti!! 
 
SUPERHERO MUSLIM merupakan salah satu segmen khas Akademi Youtuber yang akan berjalan selama 10 minggu. 
 
 Segmen ini akan menceritakan tentang beberapa figura penting dalam Islam, yang menunjukkan kehandalan dan kehebatan mereka dalam pelbagai keadaan. 
 
 Jangan lupa saksikan kami: 
 
SETIAP KHAMIS, 
JAM 11.00 PAGI 
 
dalam Rancangan Superhero Muslim
 
link minggu pertama (Uwais al Qarni) : https://youtu.be/OE7DnoQj864

 
 
 
 
 
 
"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Wednesday, June 23, 2021

Laluan Mencari KEJAYAAN Dunia Akhirat




 Dalam perkongsian kali ini saya mengambil pengajaran daripada surah Al Asr.. Secara kesimpulannya dari surah ini Allah mengklifikasikan seseorang yang berjaya itu mestilah mempunyai sifat-sifat berikut:

1. Beriman
Syarat utama seseorang itu mestilah beriman, ini merupakan syarat penting supaya setiap individu itu jelas tujuan hidup mereka. Hidup penuh dengan tujuan yang jelas akan membuahkan tindakan yang jelas menuju kepada kejayaan yang diimpikan.

2. Beramal Soleh 
Dari iman yang mantap akan membuahkan seseorang untuk melaksanakan amal soleh untuk meneruskan kelangsungan hidup menuju bukan hanya kehidupan dunia tetapi cita-cita yang lebih jauh iaitu akhirat yang lebih kekal.

3. Berpesan kepada kebenaran 
Di dalam kehidupan ini, diantara tuntutan setiap muslim saling berpesan kepada kebenaran, supaya kehidupan kita semua lurus mengikut kehendak Islam berdasarkan sumber utama iaitu Al quran dan Sunnah. Mengikut telunjuk ulama yang lebih memahami kedua sumber utama itu.

4. Berpesan kepada kesabaran
Saling berpesan kepada sabar dalam menjalankan ibadat dan sabar dalam mencegah diri dari melakukan maksiat kepada Allah S.W.T....


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

link video: 

https://youtu.be/rK8797jdmD8

Saturday, May 22, 2021

Surau SK Pos Legap Anugerah emas Surau Imarah


Alhamdulillah, rezeki dariNYA.. Surau An Nur SK Pos Legap mendapat anugerah emas bagi pertandingan ikon surau imarah bagi kategori Sekolah Murid Orang Asli PPD Kuala Kangsar.

Pengistiharan di umumkan melalui page Unit pendidikan Islam PPD Kuala Kangsar...

Tahniah diucapkan buat semua warga SK Pos Legap Atas kejayaan ini...


Link Video Surau AN Nur SK Pos Legap: https://youtu.be/rQ_hTY9GlRc


"Mencorak Susana Dengan Islam"

Tadabbur Surah Al Asr


Video ini menerangkan berkaitan kefahaman atau tafsiran secara ringkas Surah Al Asr. Guru menerangkan secara terperinci setiap ayat daripada surah Al Asr ini. Di samping kita membaca surah ini, banyak pedoman dan tuntutan yang perlu diambil sebagai pengajaran dalam kehidupan seorang muslim. Semoga video ini bermanfaat buat pelajar dan semua.


Diambil dari Web AYU link: Akademi Youtuber: KEFAHAMAN SURAH AL ASR | BIDANG AL-QURAN | PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Wednesday, February 10, 2021

Cikgu DEE Pos







Minta sama2 like ye page FB saya baru buat untuk perkongsian pendidikan...

Link Page FB: Cikgu Dee Pos





Link Channel Youtube : Cikgu Dee Pos


Moga bermanfaat buat semua....

"Mencorak Suasana Dengan Islam"




Wednesday, January 27, 2021

Guru Kena Pergi Sekolah Musim PKP!!!


Empat kaedah pembelajaran dipraktikkan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Legap, Sungai Siput, Perak untuk memastikan tiada murid tercicir dalam pendidikan akademik seiring pelaksanaan sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) ketika ini.

Guru Besarnya, Balya Aziz @ Ismail, berkata pendekatan itu merangkumi penyediaan modul pembelajaran, mewujudkan kumpulan Whatsapp dalam kalangan ibu bapa, penggunaan buku teks dan tontonan melalui saluran TV Pendidikan.

Beliau berkata, kekangan akses internet dan pemilikan gajet yang rendah di kawasan pedalaman bukan halangan untuk pembelajaran akademik berlangsung memandangkan terdapat medium lain yang boleh menggantikannya.



“Kami telah sediakan modul pembelajaran merangkumi semua subjek bagi tempoh dua minggu sekali gus yang diambil ibu bapa di dewan sekolah manakala kumpulan Whatsapp pula bertindak sebagai medium perantara pembelajaran antara guru, ibu bapa dan pelajar.

“Kumpulan ini terdiri daripada Yang Dipertua PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) serta Tok Batin di mana mereka ini bertindak sebagai ejen bagi menguar-uarkan maklumat berkaitan pembelajaran yang disediakan guru dari semasa ke semasa,” katanya kepada GPSBestari.

Menurut Balya, di samping penggunaan buku teks sedia ada, pihaknya turut menggalakkan ibu bapa menonton TV Pendidikan sebagai bahan tambahan pembelajaran murid.



“Kita juga ada edarkan jadual siaran TV Pendidikan setiap hari untuk makluman ibu bapa.

“Pihak sekolah dan PIBG telah bermesyuarat awal apabila dimaklumkan pelaksanaan semula PKP kerana pengalaman terdahulu banyak membantu, justeru kami yakin kaedah modul ini dapat dipraktikkan murid sebaiknya selain tidak membebankan kewangan ibu bapa di sini.

Balya berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Kangsar kerana sentiasa cakna membantu meningkatkan tahap pendidikan di kawasan itu.

Pada masa sama, beliau sentiasa menggalakkan gurunya untuk lebih kreatif dan mewujudkan suasana pembelajaran menarik antaranya menerusi penghasilan video.

link artikal : GPSBESTARI.COM


Guru pergi sekolah PKP!!!

"Mencorak Suasan Dengan Islam"