Wednesday, May 18, 2011

Skrip Ucapan Majlis Bersama Dekan FPQS USIM Bersama Pelajar Tahun Akhir FPQS...

Skrip Ucapan Sempena Majlis Dekan FPQS Bersama Pelajar Tahun Akhir FPQS 18/05/2011


Yang dimuliakan tuan pengerusi majlis Ust Hafiz, Yang berbahagia ayahanda dekan fakulti quran sunnah Dr Adnan Bin Mohamed Yusoff, yang berusaha timbalan dekan 1 Dr. Fauzi Bin Mohd Amin  dan timbalan dekan 2 ust Ahmad Sanusi Bin Azmi, ketua-ketua program, pensyarah2 dan yang terakhir buat sahabat-sahabat legasi FPQS semua.

Pertama-tama kalinya marilah sama-sama bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya kita dapat lagi bersama hari ini di dalam dewan yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri dalam setiap individu legasi ini. Disamping dapat bertemu kembali dengan tenaga pengajar FPQS yang begitu banyak berjasa dalam mencorak lanskap pemikiran kita semua. Dan rasanya belum terlambat lagi jika saya menyambil peluang ini mengucapkan selamat hari guru buat semua pensyarah. Walaupun kita memanggil nama pensyarah tetapi peranan mereka sebagai seorang pendidik tetap sama.

Ayahanda dekan, pensyarah2 dan sahabat2 sekalian….

Seberadanya saya di depan ini hanyalah sebagai mengisi ruang dan peluang yang diberikan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman mewakili semua pelajar qs pure buat ayahanda Dr Adnan dan pensyarah-pensyarah semua ketika seberadanya kami di lapangan masyarakat luar sana. Terdapat pelbagai cerita dari teman-teman setelah bersua kembali beberapa hari yang lepas. Setelah berpisah hampir 4 bulan tidak bersua, ada yang membawa cerita dari Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah, KL dan tidak lupa juga cerita dari Kota metropolitan Putrajaya.

Ayahanda dekan, pensyarah2 dan sahabat2 sekalian..

Pelbagai cerita yang didengari sepanjang tempoh latihan amali ini, ada yang manis dan ada jua coretan kepahitan dalam tempoh latihan sementara ini. Ada dikalangan kami kerjanya hanya bermain dengan surat je, asal sebut surat orang cari dia. Ada juga tak cukup mengajar di sekolah, mereka menjadi pemandu van sekolah, sebagai lambang tidak mahu pelajar datang lewat ke sekolah. Ada juga di kalangan kita, sebut saja akhbar mesti nampak muka dia, sampai jatuh kredibiliti orang lama tempat dia berpraktikal sebab asyik muka dia sahaja masuk akhbar. Dan tak cukup dengan itu, ada juga dikalangan kita berkhidmat sebagai pakar rujuk berkaitan kaunseling dan permasalahan perkahwinan, walaupun diri sendiri tak kahwin. Dan macam-macam lagilah pengalaman baru yang dapat semasa berpraktikal.

Ayahanda  dekan, pensyarah2 dan sahabat2 sekalian…

Jika sebelum ini LI dilaksanakan dalam tempoh 2bulan. Tetapi Bermula dengan legasi kami ini adalah legasi pertama yang dapat merasai berpraktikal selama 4bulan. Pada pandangan saya untuk pengetahuan ayahda, tempoh ini adalah tempoh yang sangat sesuai untuk semua. Walupun ada sesetengah dari kami menyatakan terlampau lama, namun secara purata menyatakan cukup sesuai tempoh ini. Dalam tempoh 4 bulan ini, majikan tempat kerja sudah boleh menilai secara baiknya. Mungkin dalam tempoh 2bulan pertama nampak rajin sahaja, tapi 2bln kedua itulah sebenarnya menggambarkan diri sebenar seseorang itu. Berdasar pengalaman di tempat praktikal saya, saya pernah bertemu dengan satu pasangan yang baru mendirikan rumah tangga 4bln tetapi sudah mahu menfailkan penceraian. Mungkin dari pengalaman ini saya cuba kaitankan dengan tempoh 4 bulan berpraktikal ini. Tempoh 4 bulan ini tidaklah terlalu sekejap dan tidak pula terlampau lama.

Ayahanda dekan, pensyarah2 dan sahabat2 sekalian..

Mungkin ini adalah isi terakhir untuk saya bicarakan pada hari ini, sebelum saya menyerahkan ruang seluas-luasnya kepada ayahanda dekan. Bagi saya rasa cukup bersalah buat sahabat-sahabat semua jika pada peluang berada di depan ini tanpa mengebutkannya. Mungkin perbahasan berkaitan ini sudah basi buat semua, terasa bagai sudah tidak bermakna membahaskannya. Walau ditimbulkan dan dipersoalkan kembali isu ini, rasa-rasanya sahabat-sahabat sekalian sudah tahu jawapannya. Namun, di sini saya cuba mengimbau kembali isu ini sebagai meluahkan rasa hati sahabat-sahabat legasi ini, bukan mengharap lebih dari ayahda dekan, paling tidak pun, cukuplah doa dari ayahda dekan. Mungkin semua sudah faham apa yang saya maksudkan. Tidak lain tidak bukan “MUET”. Sekian dahulu dari saya.


وبالله توفق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.



“Mencorak Suasana Dengan Islam”

Disediakan oleh


………………………………………….
(Ahmad Majdi Bin Sanusi)