Tuesday, May 26, 2020

Channa Limbata, ikan kedak, Gabus....




 Ikan ini biasanya mudah didapati di sungai atau lata di kawasan bukit, ekornya yang cantik menjadikan ikan ini ada peminatnya tersendiri. 


Di Malaysia sendiri pun terdapat pelbagai wariasi warna yang menarik ikan ini.  Hampir dua tahun membela ikan ini hasil tangkapan sendiri di kawasan air terjun. 


Cukup mudah untuk di bela, lama-lama bela ikan ini makan juga dedak pelet. 

Disini saya kongsikan juga gambar-gambar ikan channa yang lain, diambil dari sumber facebook dan google..














 

"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Tuesday, May 19, 2020

Dari Lok Tuhog ke Pos Legap




Sekadar berkongsi pengalaman bertugas di dua sekolah pedalaman. Satu di Sabah dan setelah balik ke semenanjung di takdirkan lagi bertugas di Pos Legap...




Mencorak Suasana Dengan Islam

Tuesday, May 12, 2020

Picture Fox Cave Kenangan Pilihan Raya Kecil Galas jentera Mahasiswa 2010















"Mencorak Suasana Dengan Islam" 

Selamat Hari Guru.....




  Selamat hari guru buat semua pendidik.

 Melihat kembali video yang penuh nostalgia ini banyak mengembalikan kembali kenangan lama berkhidmat di SK Loktuhog. Video ini dirakam pada sambutan hari guru pertama yang disambut meriah dengan aktiviti buat ramai pendidik di sekolah ini. Masih ingat lagi kata-kata cikgu Rasad, sepanjang hampir 20tahun saya di Banggi ni Ust inilah kali pertama dibuat sambutan semeriah ini. Itulah menyebabkan beliau sanggup bermain bola walaupun pada hari itu hujan dan penuh air dipadang.

 Dalam video ini terdapat pelajar istimewa dihati guru, Amin(paling kiri) yang penuh semangat dan perasaan hendak membuat persembahan buat guru-guru. Ramai dikalangan guru pada masa ini terasa penuh hiba melihat beliau. 

 Dimana sudahlah si Amin ini, diharap terus berkekalan dan subur nilai murni yang tersemat dalam diri...


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Sunday, May 10, 2020

Suasana sekitar Pkp 2020 di Machang, 2020




(Mini market di Pangkal Cuit, awal-awal pkp) 

(Klinik Temangan) 

(KFC Machang, sehari sebelum puasa) 

BSN Machang

masuk kebun PKP 2020

Sebelum



 (Ulu parang pun patah)


Selepas






 (Jumpa Benda ni, kita bela dulu)

Wednesday, May 6, 2020

Murid tahun 2 SK Pos Legap 2020


 Di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman mengajar masyarakat orang asal suku kaum temiar. Lain sekolah lain cabarannya, mengajar di bandar dengan cabarannya. 

 Pengalaman bertugas rata-rata sekolah diluar bandar banyak membantu saya mengguna pelbagai kaedah bersesuaian dengan penerimaan murid kita. Dan bagi seorang pendidik walau bagaimana murid yang datang kepada kita, kita mesti berusaha semaksimun mungkin untuk memberi tambahan ilmu kepada mereka. 
  
 Dan tiada yang mengembirakan bagi seorang guru apabila pelajarnya menunjukkan perkembangan terhadap apa yang dipelajarinya walaupun sedikit. 

 Teknik-teknik santai dan perbanyakkan pengulangan dalam versi pelbagai sangat membantu pelajar untuk lebih berminat untuk belajar. Memandangkan mereka ini tidak terdedah dengan arus persaingan seperti di bandar. 

Bercerita sirah Rasul di sini syok jg kadang-kadang


Bacaan Surah al-fatihah

Amali solat sangat membantu murid mengingati bacaan solat...


"Mencorak Suasana Dengan Islam"