Friday, April 23, 2010

My World


1. Orang yang hebat bukan dengan semua mengenali, nama sentiasa meniti di bibir, tapi kehebatan sebenar adalah seorang yang dapat melahirkan ramai orang yang hebat. Semua orang tak mengenali namun hasil kerjanya semua mengetahui.


2. Dalam kepedihan mengharungi survival kehidupan ini terkadang tersungkur rebah, terluka, keluar air mata, namun semua itu mencorak kembali kehidupan di kemudian hari. Belajarlah dengan pengalaman sendiri dan orang lain, semoga bertemu jalan terbaik.


3. Cahaya purnama begitu lembut dan damai jika dirasai.. Kehadirannya tak begitu zahir, namun dapat dinikmati.. Biarlah perjuangan tak di ketahui, tetapi jadikanlah kejayaan untuk semua mengecapi..


4. Kita bersama melalui satu kefahaman. Ukhwah dijalin membentuk satu ikatan. Kita bersama bukan berseorangan, baru terasa kemanisan dalam sebuah perjuangan. kesatuan membentuk kekuatan sedang perpecahan menambah kelemahan..


5. Sebagai seorang mahasiswa yang berjiwa besar, jangan jadikan diri kita sama seperti orang lain, bukan hanya hidup dalam buaian semata-mata, apabila sedar terus dibuai dan terus terlelap. Tapi jadikanlah dunia kita ibarat seperti pemandu kenderaan, seketika terlena boleh membawa padah kepada diri dan juga penumpang.


6. Kehidupan ini bagai debu ditiup angin, kemana-mana tak menentu jatuhnya. Perjalanan penuh onak dan duri melintang jalan. Tak semua perkara yang berlaku seperti yang dirancangkan, realitinya apa yang melintang itulah kehidupan.


7. Ujian dan cubaan ibarat bahan bakar kepada api perjuangan. Perjuangan tanpa ujian ibarat api yang membakar sebatang lidi, pada awalnya cepat marak tetapi setelah seketika hanya menunggu padam.


8. Mulut boleh berbohong, tetapi hati tidak.. Mulut mudah melepaskan kata, tetapi hati yang sengsara.. Berbicaralah dengan apa yang terbit di hati dan jangan diikut lidah yang tidak berhati-hati.


9. Dunia tak pernah mengenal mangsanya, begitu banyak perangkap yang menungu mangsanya.. Perangkap yang sulit untuk di kenali. Hanya bagi yang berhati-hati sahaja dapat melalui.


10. Walau menghadapi hebat tentangan. Walau nyawa menjadi gadaian. Walau harta dan diri jadi taruhan, anak dan isteri di tinggalkan, penjara tempat persinggahan.. Namun bagi yang mengerti smua itu adalah pemanis dalam kehidupan dan perjuangan..


11. Manis jangan cepat ditelan.. pahit jangan cepat dibuang.. Biar cantik di mata, jangan disangka tepat pilihan.. Pahit ditanggung jangan di sangka pedih kan memanjang..


12. Kita terkadang begitu sukar menentukan permulaan suatu langkah perjalanan, namun langkah terakhir itulah yang sentiasa kita impikan setelah melakukan langkahan pertama.


13. Biarlah kemenangan kita dengan mantopnya kekuatan kita, bukannya kemenangan dengan sebab kelemahan musuh kita.. Biarlah orang tertarik dengan perjuangan kita kerana kekaguman mereka, bukannya dengan sebab kesian terhadap kita..


14. Dunia merupakan medan perlumbaan. Bagi orang muslim sejati mereka sanggup meletakkan keseluruhan hidup mereka untuk berada di hadapan bagi melakukan ketaatan kepada Allah dan mendapatkan keredahaan-NYA. Manakala bagi ahli dunia menggunakan dunia sebagai medan perlumbaan menunaikan tuntutan hawa nafsu dan syahwat mereka.


15. Bahtera pelayaran mesti terus-menerus dalam penambahbaikan....dari saiz kecil ke besar, dari kayu ke fiber.. moga dapat membawa muatan yang sesuai dengan hayat di badan...





p/s.Ini hanyalah koleksi kata-kata yang terbit di hati ini, sebagai satu perkongsian.. sebarang komentar amat dialukan.
"If you can dream it, You can do it"

Thursday, April 22, 2010

Kata-kata sempena final exam to all



1. Perigi buta di cari ganti, di ganti dengan timba kayu, hajat di hati minta dimaafi, kalau terkasar dan buat salah selalu sebelum ini.. salam menjawab exam.

2. Sometimes when you're studying hard, memorising notes, doing Qns, getting so sick of them, here I come to your side and say: dont give up! I know you can do. Do ur best!Good luck for your exam...:-D

3. Tahu tak apa kesetiaan? stil bersama buku walaupun masa tidur.. Tahu tak apa tu kebahgiaan? bergolek atas katil bersama buku-buku.. Tahu tak apa itu kesungguhan? stay up sepanjang malam teutamanya pada malam "terakhir".. Tahu tak apa itu pengorbanan? melepaskan buku pada waktu paling "genting".. Dan tahu tak apa itu keberanian? Masuk dewan examwalau tak hais baca buku..! So gudluck for your exam... selamat bergelumang dengan buku dan nota...

4. Walau bukanlah titisan darah yang mengalir dari bilahan mata pedang di medan perang, tetapi hanya sekadar titisan dakwat dari sebatang mata pena di atas helaian kertas, namun ianya tetap berharga & bernilai di sisi Allah, jika segala-galanya untuk fisabilallah.. Salam jihad for your exam..!!
5. Ya Allah, sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada Islam dan perjuangan, maka KAU cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara. Dan sekiranya kejayaanku menyebabkanku jauh dari Islam dan perjuangan, maka KAU lebih berhak menentukan selayaknya untukku. Kerana aku imani, tiada apa yang KAU takdirkan sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya..

6. Ya Allah jadikan kami hambaMU yang ikhlas dalam setiap amal kami, jadikan imtihan ini hanyalah sebagai wasilah untuk kami menegakkan agamaMu, jangan jadikannya keutamaan dalam hidup kami, ya Allah kurniakan kami yang terbaik di sisiMU dan untuk agamaMu..amiiin Salam Imtihan...



بسم الله الرحمن الرحيم


اللهم اجعلنا من الناجحين والفائذين والمتفوقين في كل إمتحان في الدنيا والآخرة...

آمين....



Pray for our succes in final exam..InsyaAllah....







'If you can dream it, you can do it'

Saturday, April 17, 2010

Pertandingan Takhrij Hadith


Nilai 7April-Satu majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Musabaqoh Takhrij Hadith (“Generasi Celik Al- Hadith Generasi Gemilang”) telah berlangsung di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Program ini dianjurkan oleh Biro Dakwah dan Kerohanian Sekretariat Perhubungan Pelajar Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah dengan kerjasama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Di antara tujuan penganjuran pertandingan ini adalah:
a) Menanam semangat cintakan Hadith dikalangan mahasiswa/i USIM.
b) Membentuk mahasiswa muslim yang mempunyai kesedaran tentang perlunya mendalami ilmu Hadith.
c) Mewujudkan citra Al-Hadith dikalangan mahasiswa USIM.
d) Sebagai platfom terbaik bagi pelajar yang telah mempelajari ilmu takhrij hadith untuk tampil dalam suatu pertandingan dan bersaing antara mahasiswa kampus USIM bagi mempraktikkan ilmu yang mereka pelajari.
Kategori-kategori pertandingan:
1. Kumpulan 15 kumpulan
2. Individu 15 peserta
Sedikit kronologi berkaitan pertandingan ini, pada 31MAc diadakan majlis taklimat pertandingan dan cabutan potongan hadith untuk peserta. Dalam tempoh 4hari semua peserta dikehendaki menyiapkan tugasan. Pemarkahan dinilai melalui berapa banyak sumber yang dapat dan sanad hadith yang dibuat, disamping gabungan syajarah itu sendiri.
Pihak penganjur berharap dapat menjadikan program ini menjadi program tahunan atau termaktub dalam takwin tahunan SPP FPQS, bukan hanya untuk mahasiswa FPQS sahaja tetapi terbuka kepada semua mahasiswa USIM khususnya dan semua yang bergelar mahasiswa amnya.

Taklimat Hakim 31/Mac/2010


Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang 7April 2010.

(Johan Ketogori Kumpulan)

(Johan ketegori Individu)



"Generasi Celik Al- Hadith Generasi Gemilang”

Saturday, April 10, 2010

Geng Klas 2009/10 USIM





Wednesday, April 7, 2010

Wahai 'Kasih



Wahai 'Kasih...

Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah tidak. Jika kau mencintai seseorang ada dua kemungkinan diterima atau ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya, namun jika mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah dariNYA, kecuali kau sendiri yang berpisah dariNYA. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'azza wa jalla...

Wahai 'Kasih...

Adikku, bukannya aku tidak mencintaimu. Sesungguhnya aku amat mencintaimu. Dan bukannya aku tidak mendamba hidup bersamamu. Namun tidak semua yang didamba manusia pasti diraihnya. Aku sungguh mencintaimu, tapi aku tidak mahu kehilangan cintaNYA. Aku mendamba hidup bersamamu, tapi aku lebih mendamba hidup bersama redhaNYA. Cinta itu tidak menzalimi, cinta sejati berorientasikan redha ILAHI...

Wahai 'Kasih...

Cinta memang segala-galanya, tapi kehilangan cinta seperti kehilangan segala-galanya.. Apa bangganya kita mendapatkan cinta dan orang yang kita damba, namun kita kehilangan cinta Allah 'Azza Wajalla.. Apa bangganya?

Wahai 'Kasih...

Mencintai dengan timbangan fitrah dan bashirah. Mencintai dengan kesucian dan mata hati. Fitrah dan bashirah yang menjadi pertimbangannya, iaitu jika engkau mencintai wanita bukan kerana tertipu oleh kecantikan paras rupanya dan keelokan bentuk tubuhnya. Bukan kerana disihir oleh matanya yang berkilau-kilau indah seperti bintang kejora. Bukan pula terpikat kerana bibirnya yang ranum segar seperti mawar merekah dan juga bukan kerana keindahan suaranya yang sukar dilupakan. Bukan kerana hartanya yang melimpah ruah. Bukan kerana kehormatannya, yang kau akan jadi ikut terhormat kerana menikahinya. Jika kau mencintainya bukan kerana itu semua. tapi kau mencintai dengan memakai timangan fitrahmu dan mata batinmu. Kau mencintainya kerana merasakan kesucian jiwanya dan agamanya, dan mata batinmu cenderung kerana kecantikan akhlak dan wataknya. Hatimu terpikat kerana harumnya kalimat-kalimat yang keluar dari mulutnya. Saat itu kau telah mencintai lawan jenis secara jujur...

Wahai 'Kasih...

Alangkah sedihnya perasaan yang dilamun cinta.
Hatinya bergetar menahan dahaga rindu.
Cinta digenggam walau apa pun yang berlaku.
Kalau terputus, ia sambung dan tautkan kembali.
Liku-liku cinta terkadang bertemu syurga.
Menikmati pertemuan indah dan abadi.
Tapi tidak kurang bertembung neraka dalam pertarungan yang tiada berpantai..

Wahai 'Kasih...

Jika mereka sibuk mencari cinta,
Biarlah kita sibuk mencari iman.
Jika mereka sibuk mencari pasangan,
Biarlah kita sibuk mencari keredaan.
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta,
Biarlah kita menangis mengenangkan dosa semalam.
Jika mereka rindu dan cintakan manusia,
Biarlah hati kita merindui dan mencintai ALLAH..

Wahai 'Kasih...


Bukan aku nak nafikan wajahmu sentiasa bermain di benak fikiranku, ku cuba menjauhi bayangan yang terbit, bimbang dek bayangan ini menjemput ruang syaitan menyelinap, namun aku tidak terdaya. Ya Allah hanya kepada-KAU aku berserah, jika naluriku ini boleh memudahkan perjalananku menuju-MU, maka KAU mudahkanlah bagiku mendapat'nya', namun jika fitrahku ini menjauhkan diriku dari-MU, hanya kepada-MU sajalah aku berserah menentukan apa terbaik untuk hamba-Mu yang daif ini..

Wahai 'Kasih...

Walau menghadapi hebat Dugaan
Walau kepercayaan menjadi Gadaian
Wlau diri jadi Taruhan
Resah di jiwa sebagai Harapan
Namun bagi yang memahami erti sebuah cinta semua ini menjadi rempah dalam sebuah episod Perhubungan..


"سخر نفسك بعقلك وسخر عقلك بعلمك"

Ini hanyalah sekadar himpunan kata-kata hasil pembacaan diri yang kerdil ini, di petik dari buku 'Rubiatul Adawiyyah dan Cinta', 'Ketika Cinta Bertasbih' dan 'Dalam Mihrab Cinta'.. Semoga menjadi pedoman buat kita semua dalam merentasi perjalanan dunia yang penuh dengan bayangan maksiat.. Nampak cantik di luar namun tidak di dalam... Di rebranding cantik sampai terselindung kecacatan mata memandang..

"Ya Allah tunjuklah kepada kami yang benar itu benar semoga kami dapat mengikutnya, dan tunjukkanlah kepada kami yang salah itu salah semoga kami dapat menjauhi"...Amin