الحمد
لله رب العلمين، وبه نستعين والعاقبة للمتقين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء
والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين.
اللهم
ياعزيز ياجبار يامنتقيم
Kami
rafakkan kesyukuran dan pujian di atas izin dan inayah-MU, dengan nikmat
kesihatan dan kesejahteraan-MU, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman-MU
kami dapat melaksana dan menjayakan Kem Bina Upaya j_QAF peringkat negeri 2012
ini. Jadikanlah majlis kami ini penuh dengan barakah dan
magfirah(keampunan-MU). Dan jadikanlah hari-hari yang kami lalui ini
permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan
kecemerlangan.
يا الله ياقوي يا
متين
Kurniakanlah kepada kami iman yang teguh, mantap
dan kukuh dalam menghadapi dan mengharuhi cabaran dan pancaroba hidup semasa
dan mendatang. Berikanlah kami taufiq dan hidayah diatas jalan kebenaran dan
cara-cara melaksanakan serta menghayatinya.
يا الله يالطيف يا
خبير بما في الصدور
Anugerahkanlah
kepada kami sifat sabar, tabah, semangat kerjasama, semangat permuafakatan dan
semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan segala tugas dan sentiasa
berusaha menyumbang seluruh tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan
kualiti kecemerlangan dan kegemilangan kepada pendidikan negeri dan Negara ini.
Loronglanlah hati-hati kami dengan ketulusan agar menjadikan aktiviti dunia
pendidikan sebagai ibadat kepada-MU Ya ALLAH..
يا رَازِقَ البَرَايَا ويا قَاضِيَ المَنَا يَا
Jadikanlah
anak-anak pelajar kami yang terlibat dalam program ini di kalangan mereka yang
sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk
meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam pelbagai bidanga akademik dank
o-kurikulum serta mempunyai peribadi yang luhur demi untuk menjadi bunga-bunga
bangsa yang sentiasa harum semerbak mewangi menyelubungi alam maya.
يا مُنَوِّرَ القُلُوبِ ويا كَاشِفَ الكُرُوبِ
Kami juga
memohon pada-MU agar para Pemimpin kami, keluarga kami dan rakyat Malaysia
seluruhnya diberikan limpahan taufiq dan hidayah, rahmat dan nikmat, kesihatan
dan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran yang berpanjangan dan berkekalan.
يا مُجِيبَ البَّدعَوَات ويا سَامِعَ الأَصْوَات
Akhirnya Ya
Allah, pimpinlah gerak langkah kami selepas ini di atas landasan kebenaran dan
jauhilah kami dari mala bahaya dan keburukan.
ربنا
آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار،
والحمد
لله رب العالمين.....
Dibaca pada : 8/11/2012
Jam : 9.00pm
Teks
disediakan : Jabatan Pelajaran Sabah
Nama program : Kem
Bina Upaya j_QAF Peringkat Negeri Sabah 2012
Tempat : Karakit Banggi, Kudat,
Sabah
"Mencorak Suasana Dengan Islam"