Wednesday, September 8, 2010

Majlis Berbuka Puasa Kelas TQA2 sem 1 sesi 2010/11



 Alhamdulillah dapat jua terlibat dengan iftar kali ini. Walau terpaksa berdepan dengan pelbagai perubahan di minit-minit akhir dan di kekang waktu dengan hal-hal mendatang dalam jadual harian. Bagi ana walau sambutan kali ini tidak seberapa jika di bandingkan sebelum ini, namun sudah mencukupi bagi membuat satu pengisian bermakna buat semua warganya. 

 Mungkin inilah kali terakhir kita dapat meraikannya, memandangkan sem ini adalah sem terakhir kita berada di bumi USIM dan sem depan akan bermulanya Latihan Industri. Bagi diri ana hanya satu dalam persahabatan ini, jika benar ikatan yang kita jalin ini hanya mencari redha-NYA maka perpisahan jua kerena redha-NYA. Biar berjauhan di mata, namun di hati tidak.

 Peringkat ukhwah menurut Imam Hasan Albanna tiga peringkat: 1. Salamatus Sodri 2. Mahabbah( menyintai sahabat sama terhadap diri sendiri) 3. Ithar( mengutamakan sahabat melebihi diri sendiri)..
Inilah peringkat ukhwah yang di nyatakan Imam Hasan Albanna, bermula dari berlapang dada sesama kita sehingga melebihkan sahabat dari diri sendiri. Di kesempatan ini ana tertanya-tanya di manakah tahap sahabat yang telah kita capai, adakah tahap pertama telah kita hadam atau masih tidak  tercapai walau sedikit tahapan ini.
 Kadang-kadang begitu mudah kita menaip atau menerima mesej yang menulis ukwah fillah, tapi persoalannya adakah betul sudah mencapai tahap ukhwah itu. Jika benar ukhwah fillah tidakkah kita amati mafhum hadith yang berbunyi: " tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sama seperti dia mengasihi dirinya sendiri." Secara mudahnya sebagai contoh, jika seorang teman kehilangan orang tersayang atau orang tersayang sakit, adakah kita merasa seakan-akan kita berada di tempat teman kita atau kita sebagai pemerhati yang setia. Semua kepedihan kawan kita di ketahui, tetapi tiada merasa nak menolong atau sepatutnya. Sama-samalah kita muhasabah balik.

  Begitu jauh rasa diri ini dengan istilah ukhwah, jika lihat kepada sejarah umat Islam terdahulu di zaman Hijrah Rasulullah dan sahabat ke Bumi bertuah Madinah. Dengan hanya ikatan Islam Rasulullah dapat menyatukan di antara Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazrat. Bukan sekadar di mainan mulut mereka bersaudara tetapi terbukti oleh sejarah bukti ukhwah Islamiyyah yang sebenar mereka tampilkan, ada yang sanggup memberi pilihan harta mereka kepada sahabat yang baru sampai di Madinah, ada sehinggakan isteri pun mereka sanggup beri kepada saudara mereka, dan ada jauga sampai tahap di medan perang sanggup pun mengutamakan sahabat mereka ketika memerlukan air walau diri sendiri amat memerlukan, sahabat adalah yang lebih utama dari diri mereka(masyaAllah). Namun begitu perlu kita belajar dari sejarah ini, seorang sahabat sejati tidak mengambil peluang terhadap sahabat mereka, walau di beri pelbagai tawaran para muhajirin tidak mengambil tawaran itu semua.

 Allahu Akbar! masih tetanya-tanya sampai kemana tahap ikatan ukhwah ini, betulkah hanya mencari Redha-MU, atau berselindung kepentingan peribadi demi mencari kesenangan di dunia semata.  




 Buat sahabat TQA2,

Pertemuan kita bukan dirancang
tapi Terancang.

Pertemuan kita bukan sekadar persinggahan
tapi Ketentuan.

Pertemuan kita bukan sekadar menunggu perpisahan
tapi menunggu Kesetiaan.

Pertemuan kita bukan mengisi jadual di sini
tapi mengisi ruang kehidupan insani.

Pertemuan kita bukan di kelas tutorial atau kuliah
tapi di kelas tarbiah Ruhiyyah.

Semoga Pertemuan ini tidak dapat di hayutkan oleh aliran masa dan zaman...


Sahabat TQA2

Walau pertemuan ini dalam tempoh masa tertentu, namum jadikanlah memori pertemuan ini tiada had masa.
Jadikan pertemuan ini sebagai titik permulaan kita melakar sejarah kita tersendiri, menjadi simpanan sebuah diari kehidupan yang hanya kita semua rasai. Boleh diluah dek mulut tetapi tiada dapat merasai dek hati yang tidak melalui.. 




Selamat Hari Raya semua, maaf zahir & batin....

No comments: