"Mencorak Suasana Dengan Islam"
" Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka yang ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang( pelbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata," bilakah datangnya pertolongan Allah?," Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat..."(2:214)
Apabila mendengar kalimah-kalimah suci Al-Quran menyebutkan berkaitan kisah-kisah Nabi terdahulu dengan pelbagai ujian yang ditanggung bagi melaksanakan amanah Allah maka terdetik juga di hati daif ini adakah sudah sepatutnya kita merasa selesa dengan keadaan kita sekarang. Hidup penuh dengan buaian keindahan dunia sehingga terlupa amanah Allah terhadap kita.
Syariat Islam ini bukan hanya bermain di sekitar permaidani masjid atau rumah-rumah ibadat semata, tetapi Syariat Islam itu merentasi masa dan ruang tempat. Terasa begitu kerdil diri ini, jika dengan perjuangan umat terdahulu menyebabkan diri kita dapat merasai nikmat Islam ini. Namun sekarang sepatutnya sudah tiba masanya diri ini yang tertanggung amanah menyebarkan dan menzahirkan perjuangan ini, walau kita menafikannya ia tetap sampai kepada kita.
Inilah lumrah alam, walau kita menafikan umur kita sudah tua, tetapi tua tetap datang. Begitulah jua amanah ini, pusingannya tetap datang. Jangan dek kelalaian kita sekarang ini meneruskan legasi ini sekarang, kita akan menjadi umat yang di persalahkan oleh generasi yang akan datang.

Banyakkanlah berdoa semoga kita tergolong dalam kelompok yang ditetapkan dan diberi rasa sayang kepada apa yang kita dasari ini. Dan dijauhkan dari ujian yang tidak tertanggung. Mungkin ujian yang paling berat untuk kita tidak sama setiap orang. Ada dengan kesenangan seseorang boleh lentur, ada dengan ujian kesusahan boleh lentur dan pelbagai lagi dugaan yang dapat melentukan semagat ini, hanya pertolongan dari-NYA jua perlu kita harapkan.
Diri ini kadang-kadang teringat kepada satu kata-kata yang cukup mendalam maknanya, sama-samalah kita renungi bersama: " Sesungguhnya ujian itu akan diberi mengikut titik yang paling lemah seseorang."

Diri ini begitu mengharap dari-MU Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim semoga menetapkan diri ini dalam memperjuangkan Agama-Mu, dan diri ini cukup takut dari ujian-Mu yang tidak tertanggung dek jiwa daif ini..
"Ya Tuhan kami, jangnlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya..."(2: 286)
No comments:
Post a Comment