Monday, August 30, 2010

Rintihan Seorang Anak

 Nak masuk je bulan September fikiran ana sentiasa teringatkan beberapa sejarah yang sentiasa berlegar di minda, walau bagi kenalan yang rapat dengan ana sudah memikirkan apakah bentuk sambutan yang cukup istimewa untuk ana setiap tahun pada bulan September. Mungkin bagi kenalan-kenalan rapat masa inilah mahu makan besar atau kejutan. Namun bagi ana bulan September penuh dengan sejarah tersendiri yang kadang-kadang benda yang orang fikir berkaitan diri ini langsung tiada dalam minda ana..

 Di bawah ini sedikit binkisan hati ana, seorang anak terhadap Ayahku yang tercinta..Coretan ini ana buat beberapa tahun dahulu, mungkin ada kekurangan dari sudut bahasanya. Namun, biarlah menjadi simpanan di sini. Bagi yang masih di beri masa untuk mendekati ayahmu, maka teruskanlah berkhidmat kepadanya, tunaikan segala hak sebagai anak, jangan di tunggu dia sudah pergi baru nak menyesal kerana tidak dapat memberi kebahagiaan sepenuhnya kepadanya.

 Mungkin di pandangan kita, ayah tidak seakrab seorang ibu. Namun jika difikirkan dengan tanggungjawab yang mereka tanggung cukup berat, bermula kehidupan dunia sehingga akhirat dialah orang pertama perlu bersedia dipertanggunjawabkan ke atas seluruh isi rumahnya. 
 Rintihan Seorang Anak

Ayahku...
 
Sungguh ku tak sangka....
Begitu singkat masa berlalu...
Tanpa ku sedari sudah lapan tahun dikau meninggalkan kami...

Ayahku...

Jika dulu dikaulah tempat kami menagih rindu...
Meluahkan pilu di hati..
Tempat mengutip mutiara kasih sayang yang sejati..
Biarlah diri ini tidak diberi masa yang lama
untuk mengenalimu
Namun dirimu tetap hidup
di hati anak-anakmu..



Ayahku...

Wajahmu masih lagi bermain di benak fikiran aku..
Nasihatmu masih berlegar di jiwa aku..
Kata-kata semangatmu menjadi inspirasi di kala aku hampir
bertemu jalan buntu..
Keperibadianmu masih menjadi bualan
di mulut masyarakat..

Ayahku...

Begitu tinggi harapanmu buat anak-anak, sehingga tidak terpikul
oleh jasad yang lemah ini..
Pemergianmu ibarat perginya seorang pejuang yang mencari
 syahid..
Pergimu bagai hilangnya kerlipan bintang di langit buat
kami dan masyarakat..
Tiada lain boleh ku ucapkan,
moga rohmu dicucuri
 rahmat oleh-NYA..
Tanggal 4 SEPTEMBER 2002 bersamaan 27 Jamadil Akhir, Ayahku tercinta telah kembali ke rahmatillah..
Amiin
Al-Fatihah....

Coretan ini ana khususkan buat keluargaku dan bakal menjadi "sebahagian" dari keluarga ana...


No comments: