Wednesday, August 25, 2010

Kepimpinan SPP FPQS



BENTONG- 22Ogos 2010Alhamdulillah seramai 30 orang warga MT dan EXCO Sekratariat telah selamat menjalani Kem Kepimpinan sesi 2010/2011 anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dengan kerjasama SPP FPQS.

 Tujuan utama program ini di adakan bagi ialah untuk membina kebersamaan sesama warga SPP yang baru dilantik bagi meneruskan legasi perjuangan SPP. Walaupun program ini dianjurkan dua hari sahaja, namun diharap biarkanlah kuantiti harinya sedikit namun kualiti manfaatnya diharap dapat mengatasinya.

 Di antara respon peserta yang menghadiri program ini ramai yang menyatakan semua berpuas hati, dan merasa terlalu singkat masa program ini dek kerana seronok modulnya. Namun tidak dinafikan ada kekurangan program ini.

 Pihak penganjur mengharapkan semua peserta dapat mengamalkan input dalam program ini bagi meneruskan lagi legasi perjuangan kita dasari ini. Jadikanlah program ini sebagai titik permulaan untuk kita berkhidmat di sini dengan lebih bersemangat lagi. Biar tiada mata memandang kita di dunia ini, namun biarlah amalan kita menjadi pandangan makhluk di langit. Ikhlaskan niat dalam melayari bahtera kepimpinan ini, sanjungan manusia tidak kemana yang penting segala apa yang kita tempuhi di sini biarlah menjadi panduan kepada kita menenpuhi dunia realiti kelak dan mendapat keredhaan dari-NYA.


"Generasi Al-Quran Dan Sunnah Generasi Cemerlang"






   

No comments: