Ini hanyalah sebagai perkongsian buat sahabat-sahabat. Sudah lama ana melihat novel ini berada di rak buku rumah kat Kelantan namun baru cuti ni terdetik di hati nak membukanya, mungkin sebab dah tiada kerja sangat.
Jadi dalam tulisan ini ingin ana memetik beberapa 'part kata' yang boleh dikongsikan bersama sebagai renungan..
1) Setinggi mana pun ilmu dan darjatmu, jangan sekali-kali diangkat melebihi kepalamu. Sujud itu layaknya menginginkan keredhaan Allah.
2) Undang-undang dan keluarga harus di pisahkan ketika memerintah..
3) Yang baik itu akan berakhir dengan kemenangan walaupun ia menyeksa jiwa dan menyakitkan hati..
4) Kemiskinan membuatkan manusia hilang harga diri, ketidaksabaran membuatkan manusia suka membentak-bentak, kemewahan kalau tidak dilihat dengan iman dan taqwa maka akan hayutlah segala segal sifat manusia biasa..
5) Adlah lebih baik tersalah ampun daripada kita tersilap hukum..
6) Menunggu lebih menggelisahkan. Dia lebih rela mengharungi gelombang lautan daripada menanti sesuatu yang belum pasti..
7) Berhati-hatilah dengan pujian. Kerana pujian adalah antara senjata syaitan yang boleh menjadikan kita riak..
8) Cemburu itu umpama api yang membakar hati, ia datang secara halus. Jika di biarkan, ia berkuasa membakar jiwa, sahabatku..
9) Kita tidak berkelahi hanya merebut cinta , terimalah ini sebagai pengorbanan..
10) Apabila jiwa raga kita menjurus kepada Allah Yang Esa, maka ujian akan datang untuk menduga ketakwaan manusia. Ia lebih halus dan berat dari berjuang bematian-matian menentang musuh-musuh Allah yang durjana..
11) Saat cinta mekardan beransur tumbuh, tiba-tiba ia akn layu walaupun puas dibajai. Maka iman itu membatasi fikiran kala ini. Penerimaan musbah itu perlu diredai agar rasa sakit itu tidak berterusan..
12) " Datuk Laksamana.. Manusia taat yang tidak mahu melihat benar atau salah, sengaja membutakan mata dan mematahkan sendi untuk tidak mahu berdiritegak di atas kebenaran..
13) Sejarah tak akan mati, tapi sejarah akan pupus..
14) Berdiam adalah untuk mengelak dari berbohong dan sesungguhnya berdusta itu adalah sifat orang munafik..
Ini sahajalah yang dapat ana kongsikan buat semua, setelah lama berdiam dari berceloteh di alam maya. Syukur di hati ini dapat juga mengisi cuti akhir sem di kampung halaman. Walau sejauh mana langkah kaki melangkah, janganlah pula kita lupa bahawa langkah pertama kita bermula di sana. Masih banyak lagi yang perlu diri ini redah bagi mengisi karun bekalan menempuhi realiti dunia mendatang..
No comments:
Post a Comment