Saturday, June 26, 2010

Islam Tetap Gemilang



الحمد لله القائل في كتابه العزيز. إن الله هو ربي وربكم فاعبدوه هذا صراط المستقيم ( زحرف 64)

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. اللهم صلي وسلم وبارك عليه وعلى آله وأصحابه أجمعين.
أما بعد فياعباد الله، أوصيكم الله وإياي بتقوى الله فقد فاز المتقون.
إخوان المسلمين،



Marilah kita menjadi pengikut setia kepada Islam, ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallalah alaihissalam yang dipelihara oleh Allah taala sehingga hari qiamah tanpa ada penyelewengan sama ada ditambah atau dikurangi dari mana-mana ajaran Islam, kerana Allah taala menjaminnya.. firman Allah taala:


(إن نحن نزلنا الذكر وإنا لحفظون)
Maksudnya: Sesungguhnya kamilah(Allah) yang menurunkan perngatan(Al-Quran) dan kamilah yang akan menjaganya..(Al-Hijr 9)


Berbeza dengan ajaran yang telah dibawa oleh rasul-rasul terdahuluyangmengalami penyelewengan oleh orang-orang yang tidak bertanggunjawab dan mencari kepentingan peribadi sehingga tidak ada ubat untuk mengatasinya kecuali dengan di utus Rasul yang lain membetukannya.


Adapun Islam yang di bawa oleh Rasulullah sallalah alaihissalam, walupun baginda telah wafat namun ajarannya tetap terpelihara. Allah telah menjadikan di kalangan umat Islam sendiri dan para pengikut setia yang tetap mempertahankan Islam hingga hari Qiamat.. Jangan sekali umat Islam hilang keyakinan kepada jaminan Allah taala sendiri.



إخوان المسلمين،



Keyataan ini telah dibuktikan oleh sejarah umat Islam apabila wafatnya Rasulullah sallalah alaihissalam. Negara Islam Madinah telah dikepong oleh gejala murtad, orang mengaku menjadi nabi dan mempunyai pengikut, tentera yang ramai dan wujud juga golongan yang enggang mengeluarkan zakat. Jika dilihat secara zahir tentulah tidak ada lagi harapan kepada Islamdan padamlah cahaya Islam, tetapi Allah taala telah member jaminan dengan firmannya yang bermaksud:

“ Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, namun Allah tetap menyempurnakan cahayanya walaupun dibenci oleh orang kafir.”(Assaf 9)


Dalam keadaan para sahabat yang tidak bermaya kerana wafatnya Rasulullah sallalah alaihissalam yang sangat di cintai, muncul Abu Bakar (R.A) mententeramkan keadaan, kemudian di susuli perlantikannya sebagai khalifah. Beliau menyusun bala tentera dikalangan sahabat untuk berjihad menghapuskan golongan murtad, yang mengaku menjadi nabi dan yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Kemudian Saidina Umar R.A pula meneruskan perjuangan membebaskan Rom dan Parsi sehingga Islam tersebar luas dalam jangka masa yang singkat.



إخوان المسلمين،



Di zaman Abasiah pula umat Islam diserang pemikiran , apabila buku dari luar diterjemah kedalam bahasa arab. Buku-buku ini mempengaruhi umat Islam hatta Khalifah pun terpengaruh dengan mazhab muktazilah, kerajaan memaksa rakyatnya menganut mazhab muktazilah, namun Allah melahirkan ulama yang gagah berani mempertahankan Islam sehingga mazhab muktazilah diganti dengan mazhab Ahli Assunnah, maka banyaklah ulama’ di seksa, di bunuh dan ada juga di penjara seperti Imam Ahmad Bin Hanbal dan lain-lain.
Demikian jugalah Allah mempertahankan Islam apabila tentera Tatar atau monggol menguasai Baghdad, pusat pemerintahan kerajaan Abasiyyah. Tentera Tatar membunuh setiap orang yang melintas di hadapan mereka sehingga Kota Baghdad bermandikan darah. Kerajaan Monggol memaksa umat Islam menerima perlembagaan yang di namakan Yasaq(ياسق) yang diambil dari pelbagai ajaran. Ulama Islam tidak gentar behadapan dengan kerajaan Monggol, mereka berani menyatakan undang-undang itu adalah adalah menyeleweng daripada ajaran Islam dan haram keatas umat Islam menerimanya. Akhirnya ulama Islam Berjaya mempertahankan Akidah Islam sehingga Raja Monggol yang terkenal ganas itu memeluk Islam.


إخوان المسلمين،


Tidak ada dalam sejarah lain, penjajah menganut agama rakyat yang dijajahnya sebagaimana berlaku kepada kerajaan Monggol. Yang biasa berlaku ialah rakyak menganut ajaran penjajah. Mereka mengambil ajaran penjajah, pakaian penjajah, ekonomi penjajah, undang-undang penjajah dan budaya penjajah, walaupun penjajah telah pulang ke Negara asal mereka.


إخوان المسلمين،


Allah taala juga menjaga Islam ketika tentera Salib menguasai Negara Islam dengan menguasai Baitul Maqdis dan membunuh umat Islam. Dilihat dari zalimnya tidak ada lagi peluang kemenangan bagi pihak Islam. Setelah berlalu satu abad, lahirnya seorang pemimpin Islam bernama Solahuddin Al-Ayubi memimpin tentera Islam mengalahkan tentera Salib.
Kita jangan bimbang dengan perkembangan mutkhir ini apabila jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah dan Negara-negara umat Islam dimasuki oleh penjajah-penjajah.


Sekarang ini walaupun tanah air umat Islam telah merdeka dari cengkaman penjajah berbentuk ketenteraan, tetapi telah berubah bentuk kepada penjajahan pemikiran. Sehingga kini umat Islam diperintah oleh orang yang mengaku Islam sedangkan mereka mempunyai pemikiran penjajah dan memerintah cara penjajah.


Walau begitu kita masih tetap yakin Allah taala akan menyinarkan cahayanya bila sampai masanya, sekali pun ditindas ataupun ditekan. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa diantara kamu murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai-NYA(Allah), yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin dan besikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad pada jalan Allah dan yang tidak takut celaan orang-orang yang mencela. Itulah kurniaan Allah, diberi kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan Allah Maha Luas( kerajaannya) lagi Maha Mengetahui.”(Al-Maidah 54).



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


هو الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون


Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan Rasulnya (Muhammad sallalah alaihissalam) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama tang benar(supaya) ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.(Assof 9)



بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم،
ونفعني وإياكم بالآيات والذكر الحكيم،
وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم.
أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات إنه هو الغفور الرحيم





Tulisan asal oleh: Almarhum Ust Sanusi B. Hj. Said

Dibaca pada: 9.10.98 & 11.2.99

Dibaca di Masjid Mukim Ketereh, KB, Kelantan



p/s:

Ini merupakan koleksi khutbah jumaat ayahku tercinta, sekarang ini ana bercadang menulis kembali dan memjilidkan sebagai simpanan dan menjadi khazanah keluarga.InsyaAllah...
Doakan cita-citaku ini menjadi keyataan wahai teman...


No comments: