Alhamdulillah selesai sudah sebulan tempoh program khatam Quran di Maahad Ummu Aiman, Taman Sri Pulai 3 Seremban. Dalam tempoh 4 ke 5 minggu mengendalikan kelas ini, akhirnya budak-budak ni semua dapat mengkhatamkan keseluruhan Al-Quran.
Modul untuk program ini lebih kepada pembacaan Quran bagi menkhatamkan Quran dalam tempoh yang di tetapkan, di samping sedikit pengisian tafsir dan tajwid. Dalam masa 2jam setengah setiap malam Isnin-Khamis, pelajar-pelajar di kehendaki menghabiskan 2juzu' Al-Quran setiap malam. Dalam satu halaqah besar itu seorang yang baca dan yang lainnya memerhatikan setiap bacaan, begitulah berulang-ulang sehingga habis.
Method yang terpaksa diri ini gunakan..
Memandangkan mengajar budak-budak yang pelbagai kerenah dan perangai ini menyebabkan ana kena mencari pelbagai skill nak mengajar mereka ni. Apa tidaknya, jika seorang yang membaca dan yang lain dengar je bukan perkara senang bagi seorang kanak-kanak. Mesti nak bergurau. bermain dan seumpamanya. Di sinilah memerlukan kepakaran mengawal suasana budak-budak ni.
Biasanya ana akan memulakan kelas dengan sedikit bacaan oleh pelajar dan selepas itu membaca surah Al-Fatihah secara beramai-ramai. Setelah selesai Surah Al-FAtihah, mereka membaca bersama ana surah Toha ayat 1-5, sebagai memperingati amalan yang biasa ana lakukan ketika belajar Quran dengan ayah tercinta, mungkin ada rahsianya.
Untuk permulaan kelas untuk setiap malam biasanya ana akan baca dalam 1 muka surat disamping pelajar hanya mendengar dan melihat apa yang ana baca disamping ana mengebut hukum-hukum tajwid yang berkaitan. Untuk m/s kedua biasanya pelajar akan baca secara beramai-ramai. Selesai ini barulah setiap seorang bergilir membaca satu ayat ke satu ayat.
Cabarannya.
Ketika pelajar bergilir inilah banyak cabarannya. Ada yang dah mengira yang mana dia akan baca tanpa melihat ayat orang lain baca. Dan ada juga ketika orang lain baca dia berborak. Di sinilah memerlukan banyak kesabaran jika berdepan dengan kanak-kanak ni. Biasanya setelah ana melihat pelajar sudah bosan ana akan menyebut nama secara rawak, dengan sebab ini mereka kena peka terhadap ayat yang sedang di perdengarkan, di samping itu juga bagi yang tak menjumpai ayat yang sedang di baca, biasanya ana akan menambah 2 atau 3 ayat sebagai denda. Dan cara yang biasa ana guna untuk budak-budak ni dengan setiap kalimah akhir ayat mesti disebut secara beramai-ramai, jika tak sebut atau lambat sebagai denda kena baca.
Di dalam tempoh membaca inilah jika tampak di muka mereka keletihan atau kebosanan maka ana akan mengajar tajwid dan tafsif. Untuk tajwid biasanya ana akan bagi penerangan sedikit di samping contoh dan mereka akan menyiapkan kerja mencari contoh serta takrif setiap hukum tajwid yang ana ajar sebagai kerja rumah. Bagi tafsir pulak, ana hanya mengajar beberapa potong ayat yang di baca pada malam itu..
Ini sajalah yang mahu ana kongsikan bersama. Sebagai perkongsian ilmu untuk semua, dan di bawah ini ana kepilkan sekali sedikit laporan yang di sediakan oleh Samsul majlis Khatam Al-Quran bagi program ini dalam blog group kami, http://sahabatrumahmurah.blogspot.com/..
Majlis Khatam Quran
(pelajar ana dengan sijil mereka)
SEREMBAN- 1 JAN 2010: Satu Majlis Khatam Quran telah diadakan secara besar-besaran anjuran Maahad Ummu Aiman. Majlis kali kedua tersebut diadakan di dewan utama Maahad tersebut yang terletak di Taman Sri Pulai 3, Seremban. Seramai 16 orang peserta yang rata-rata berumur 12 tahun ke bawah menyertai majlis khatam ini setelah berjaya menghabiskan bacaan bersama Ustaz Majdi sebagai guru penyelia dalam masa selama 4 minggu. Kehadiran ibu bapa di majlis tersebut sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat kepada peserta. Majlis bermula pada pukul 9 pagi dengan dimulai dengan bacaan doa dan ucapan pengerusi Maahad Ummu Aiman Ustaz Wan Ruzaha.
Selapas itu peserta dikehendaki membaca dari surah Ad Dhuha sampai ke An-Nas secara bergilir- gilir dan diikuti dengan bacaan doa. Sebelum majlis berakhir, peserta bersalaman dengan ustaz-ustaz dan ustazah- ustazah sebelum dianugerahkan sijil oleh pengerusi Maahad sambil diiringi oleh guru penyelia. Majlis berakhir jam 11 pagi.
* untuk maklumat lebih terperinci, sila lawati www.mykafa4u.my.
(Bergambar bersama Tenaga pengajar Maahad Ummu Aiman)
* untuk maklumat lebih terperinci, sila lawati www.mykafa4u.my.
Ya Allah jadikanlah semua kerja kami ini sebagai hanya mencari redha-Mu ya Allah...
No comments:
Post a Comment