Salam pejuang..
Ceritanya bermula apabila ada seorang kenalan menghantar SMS mengajak diri ini untuk menyambut detik jam 12 tahun baru di dataran merdeka. Pada mulanya terasa berat juga nak pergi,dan tak merancang pun nak pergi. Namun semuanya berubah apabila tepat jam 1 seorang sahabatku menghantar satu SMS yang mengkhabarkan bahawa diri ini kena bertindak di post keselamatan pada malam itu di dataran merdeka. Bermakna kedatangan diri ini bukan hanya sekadar mengisi waktu malam tahun baru ku, namun kena bertugas di post keselamatan bagi satu operasi menyampaikan risalah kepada pengunjung, yang di anjurkan oleh sebuah badan NGO. Dengan tugas ini menyebabkan diri ini terasa terpanggil untuk pergi ke dataran merdeka malam tu. Berita tentang tugas yang berat ini sedikit menggusarkan diri ini, dalam keadaan tidak tahu apa tugas yang perlu dilakukan, diri ini tertanya-tanya.
Salam pejuang..
Niat ana di sini bukannya nak menceritakan apa yang berlaku di dataran merdeka itu, cukuplah ia menjadi simpanan dalam diri ini tentang apa yang berlaku di sana. Setelah semuanya selesai dengan amannya, tiada benda yang tidak diingini berlaku. Jam 12.20 kumpulan kami menamatkan kerja di sana. Semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah. Setelah selesai semua, kami berbincang sekejap untuk memutuskan antara bermalam dekat masjid mana-mana atau terus pulang ke Nilai. Ana tetap dengan keputusan diri ini mahu balik, sebab pagi 1hb itu ada majlis kat Seremban. Jadi semua terpaksa akur dengan keputusan diri ini.
Salam pejuang..
Lebih kurang jam 1 kami mula bergerak meninggalkan dataran merdeka, ada yang berhajat mahu ke masjid negara sekejap nak solat gerhana dan ada yang nak cari kedai makan. Jadi ana terpaksa minta untuk balik dulu. Dalam keletihan diri ini memandu motor, pada awalnya sahabat ana yang nak pandu, tapi ana tak bagi bimbang ana tertidur di belakang.
Salam pejuang..
Ana memandu mencari papan tanda Seremban, kalu nak di katakan area KL tu hanya papan tanda saja menjadi petunjuk bagi diri ini. Nak harapkan benda lain memang tak sampai rumahlah jawabnya.
Perjalanan pulang
Setelah dapat keluar dari kesibukan kota ana terus masuk ke lebuh raya plus. Memandu dalam keadaan keletihan, apa tidaknya dari pagi tak rehat lagi. Bermula dari kelas pukul 8-10pagi, pkul11-1ptg mitting biro dakwah dan kerohanian FPQS dan lepas tu terus bergegas ke KL. Di dalam keletihan tubuh ini ana teruskan juga memandu. Kerana terlampau mengantuk dan letih ana dan sahabat ni sempat berhenti sekejap di R&R Serdang bagi merehatkan tubuh sekejap. Hampir 15minit di situ, kami meneruskan perjalanan kami.
Salam pejuang..
Walau diri sudah mendapat cas baru, namun semuanya percaturan Allah. Ana sudah merasakan sesuatau benda yang tak baik akan berlaku. Apa tidaknya, ketika diri ini memandu, ana bagaikan berada di dunia lain. Sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri.
Peristiwa yang tak diduga..
Ketika mata ini memandang sekejap ke kampus USIM dari lebuh raya,fikiran ini melayang jauh melihat banyak lampu-lampu yang sebelum ini terang sekarang dah gelap. Hati ini menjawab mungkin inilah yang di katakan 'save budget'. Seketika sebuah kereta membunyikan hon dengan kuatnya dari belakang motor yang kami naiki. Baru ana sedar rupa-rupanya diri ini sudah 'terlelap' seketika. Motor yang kami naiki sudah menghampiri pembahagi jalan, ana memang tak sedar apa masa tu. Tapi percaturan-NYA memang cantik, jika tiada kereta di belakang kami alamatnya atas pembahagi jalan dah kami.. Alhamdulillah diri ini dapat lagi menyedut udara di dunia ini.
Inilah pengalaman pertama ana selama 22thun ini tidur ketika memandu..
p/s: jangan memandu ketika mengantuk
No comments:
Post a Comment