Wednesday, January 20, 2010

Bahang Pilihanraya Kampus Usim

Apabila membicarakan PRK kampus ramai yang memberikan pelbagai respon. Pelbagai pandangan dilontar, ada yang positif dan negatif. Itulah realiti kita, sebagai seorang yang bergelar manusia.

PRK USIM

Sering kali ana terdengar dari suara-suara pelesit berbunyi menyatakan PRK di USIM tidak semeriah PRK di kampus lain. Memandangkan di USIM tiadanya golongan yang bergelar Pro-m dan Pro-aspirasi. Mungkin inilah yang sentiasa bermain dalam fikiran setiap mahasiswa USIM. Dua golongan ini yang mereka impikan, namun seribu satu soalan bagi diri ini, siapa yang berani memulakannya?

Beberapa soalan yang ingin diri ini lontarkan kepada warga USIM, adakah kita akan merasa hebatnya PRK kampus kita apabila wujudnya dua golongan ini??. Suara mahasiswa akan lebih bermakna dengan kewudan dua golongan ini??. Atau dengan kewujudan dua golongan ini kita lebih berminat dengan program MPP??. Inilah soalan yang sering bermain di benak fikiran ini dan sama-samalah kita jawab. Atau semua ini hanya alasan semata-mata bagi menutup kekurangan kita.

Seringkali diri ini mendengar pelbagai pandangan dari rakan-rakan apabila masuk tajuk PRK khususnya dan MPP amnya. Ada yang kata kewujudan MPP di bumi USIM ini bagaikan kambing yang diikat, tak dapat menyumbang apa-apa kepada pembangunan mahasiswa USIM. Dan ada juga menyatakan kewujudan MPP USIM bagai sama sahaja jika tiada. Inilah di antara kritikan-kritikan pedas bagi MPP.

Namun bagi diri, biar apa tohmahan yang tempias mengena telinga ini sama-samalah kita fikir. MPP menjadi wakil untuk pelajar, untuk menyuarakan suara pelajar dan sebagai lidah pelajar dengan pihak pengurusan di samping sebagai wakil menyediakn input-input berguna kepada pelajar, itulah MPP. Persoalan yang timbul adakah kita betul-betul menggunakan mereka, atau kita hanya menyatakan ketidak puasan hati kepada mereka dengan sebab kecuaian kita tidak memaklumkan permasalahan pelajar. Mereka bukannya nujum Pak Belalang yang dapat meramal apa yang akan berlaku atau yang telah berlaku tanpa mendapat maklumat dari pelajar sendiri.

Sempena PRK 21 hb ni sama-samalah kita memilih calon-calon yang dapat memperjuangkan hak kita di samping kita juga memberi support untuk pembangunan USIM ini sendiri. Bukan hanya menunding jari kepada MPP jika kita tidak nampak perubahan namun diri masing-masing di mana sumbangan kita terhadat perubahan yang kita impi-impikan selama ini, daripada yang kurang baik kepada yang baik dan yang sudah baik kepada yang lebih baik.

Kita semua yang menentukan semuanya.



"IF YOU CAN DREAM IT, YOU CAN DO IT"

No comments: