Alhamdulillah selama bercuti selama seminggu di kampung halaman di Kelantan ini Allah telah memberikan sedikit ruangan waktu dan kekuatan menghabiskan beberapa bahan bacaan sederhana berat. Mungkin inilah tarbiah dan didikan berada di rumah warisan keluarga yang terdidik dari kecil supaya menjadikan buku sebagai teman buat warganya. Secara automatik apabila menjejakkan kaki kehalaman ini merasakan terpanggil untuk menjamah behan bacaan sebagai hidangan di waktu berkelapangan, berbanding jika berada di bumi pelantaran lain yang mungkin hanya dibuka sebagai rujukan ruangan tertentu sahaja.
Di kesempatan ini saya cuba berkongsi buat pembaca yang budiman sedikit maklumat dan pengajaran yang dapat diambil dari pembacaan diri ini sebagai mengisi ruangan yang sudah lama tidak terisi. Bukanlah dengan meletakkan pembedahan buku ini sebagai ingin menonjolkan fahaman diri saya, tetapi sebagai bahan bacaan dan penilaian sebagai seorang yang bergelar penuntut ilmu. Semua bahan bacaan sepatutnya menjadi teman kepada kita semua untuk dinilai dan dilihat jalur berfikir seseorang penulis itu, bukannya kita yang bergelar penuntut ilmu hanya menjadikan bahan satu pihak yang kita kagumi sebagai rujukan tanpa menilai kedua-dua pihak.
Buku yang cuba saya kongsikan ini adalah hasil tulisan Sdr. Riduan Mohamad Nor sebagai menjawab beberapa kekeliruan diukir di dalam buku “Menuju PAS Baru” oleh Sdr. Mujahid Bin Yusuf Rawa. Kekeliruan yang mungkin menjadikan pengikut gerakan ini menjadi dunggu dalam memahami sejarah kewujudan mereka dalam kehidupan yang mereka dasari ini. Secara umumnya seperti saya katakan tadi, sesuatu kebenaran akan jelas terzahir jika kita meneliti melalui semua sudut pandangan pelbagai pihak. Jangan pula kita tertipu dengan pandangan musuh dan menjadikan pandangan itu sebagai senjata kita menghadapi rakan sejawat kita.
Perjalanan sejarah seperti kita pelajari zaman persokolahan dulu jelas mengajar kita dapat memandang sejarah bukan melalui satu sudut dimensi semata. Sebagai contoh, adakah layak kita sebagai orang melayu atau khususnya islam menyatakan tokoh-tokoh agamawan yang memperjuangan kemerdekaan dahulu kala kita lebalkan sebagai pemberontak atau yang lebih hina lagi penjenayah. Ini hanyalah pandangan sejarah yang di coret oleh penjajah, sedangkan kita sepatutnya dapat melihat dari sudut kaca mata orang tempatan juga yang lebih telus dalam menyampaikan sejarah.
Buku yang kecil ini pada pandangan saya merupakan bahan bacaan yang cukup cantik dijadikan bahan rujukan buat semua. Ini kerana di dalamnya terpapar pelbagai sejarah kebenaran yang belum diketahui sepenuhnya oleh generasi muda. Jangan disebabkan kejahilan kita menelusuri sejarah menyebabkan kita tersalah menghukum sejarah. Dikesempatan ini saya bukanlah mahu menghurai secara terperinci isi-isi yang terkandung dalam ruangan buku ini. Tetapi cukuplah saya ingin berkongsi bersama pembaca sekalian pandangan diri ini yang daif berkaitan isu sejarah yang telah saya respon di atas, di samping itu juga saya ingin berkongsi sedikit petikan dan susunan kata oleh penulis yang cukup cantik buat pemahaman kita semua untuk diamati bersama:
1. Alaf baru ini adalah millennium baru yang maklumat tidak lagi boleh disembunyikan di dalam ‘tempayan emas’, langit terbuka telah memuntahkan jutaan maklumat di hujung jari.
2. Generasi ‘Y’ yang melatari fenomena dunia langit terbuka ini sudah tidak mampu untuk disuap dengan maklumat yang bersifat sehala.
3. Muhasabah dan mencerminkan diri adalah jalan yang terbaik untuk terus istiqamah di atas jalan juang dan simbolik sebuah persahabatan yang jujur.
4. Tuntutan beragama itu sendiri yang mewajibkan perjuangan Islam digerakkan secara kolektif dan tersusun rapi.
5. Mengintelektualkan ulama dan mengulamakan intelektual.
6. Mengharapkan kemenangan Islam di tangan yang bukan ahli adalah fatamorgana kosong dan terhampar di Sahara yang kontang.
7. Sejarah Islam menyaksikan pertembungan idea, konflik serta pergeseran jalur berfikir sebagai satu bentuk proses mematangkan perjuangan Islam dan juga satu bentuk penapisan kepada pendokongnya.
8. Siraman mahabbah akan menyirnakan pertikaian dalaman.
9. ‘Mereka akan memilih kepimpinan yang mampu memebuat kerja, membangunkan organisasi dan tidak membina jarak di antara pemimpin dengan pengikut.
10. Sejarah tidak akan berbohong. Bahtera ini ditumpangi oleh ramai penumpang telah menampung kepelbagaian dan juga niat yang berbeza. Hanya keikhlasan mampu menyebabkan seseorang individu mampu bertahan.
11. “Perlu difahami oleh pendokong-pendokong perjuangan Islam, bahawa berterus-terang dengan hakikat akidah ini dengan dasar-dasarnya dan menegakkan segala tuntutannya adalah penting…”TG Haji Abdul Hadi Awang
Ini sahajalah yang dapat dikongsikan buat semua, terimalah ia dengan hati terbuka. Lautan ilmu itu bukan hanya direngkoh semata mencari mencari segulung pengiktirafan manusia semata, jadikan lautan ini perlu direngkoh demi mencari lambang kebesaran-NYA.
“Mencorak Suasana Dengan Islam”
No comments:
Post a Comment