Sunday, June 12, 2011

Hizbul Muslimin

Hizbul Muslimin


          Hizbul Muslimin ditubuhkan di Maahad Al-Ehya as-Syariff di Gunung Semanggol, Perak dengan idea daripada tokoh-tokoh politik kiri seperti Dr.Burhanuddin Al-Helmy dan Kiai Masyur Azahari, seorang pemimpin kanan Majlis Syura Muslimin (Masyumi, Indonesia). Parti ini ditubuhkan secara rasmi pada 17 Mac 1948 di bawah pimpinan seorang tokoh agama, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan didokong oleh kalangan elit agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama. Gerakan Islam kontemporari ini telah diharamkan oleh penjajah British pada bulan Jun tahun 1948.

          Pertubuhan politik Islam ini telah mensasarkan tiga matlamat utama perjuangan iaitu:

1.   Untuk membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajahan.

2.   Membentuk Negara Islam yang bersifat sejagat.

3.   Menjadikan Tanah Melayu sebagai Negara Islam.


Dengan citra besar dan nuansa yang murni inilah yang memungkinkan British menghidu bahaya yang dibawa oleh parti Islam ini yang dilihat mampu mengembleng sokongan orang Melayu. Penjajahan British seperti yang diungkapkan oleh Sir Lord Cromer (The Modern Egypt) tidak akan membenarkan tegaknya Negara Islam di mana sahaja wilayah jajahan British walaupun sesaat.

(rujukan: Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan, m/s 5)

          
"Mencorak Suasana Dengan Islam"

No comments: