Tuesday, June 7, 2011

Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun


Diterbitkan pertama kali dalam bahasa Indonesia oleh Tarbawi Press, Mei 2009 dengan penterjemah Muhammad Lili Nur Aulia.
Diterbitkan dalam bahasa Malaysia oleh Mutiara Ilmu Selektra Sdn. Bhd dengan izin penterjemah.

Aku dan al-Ikhwan al-Muslimun
Judul Asal: Mudzakkirat al-Qaradhawi
Editor Bahasa Malaysia: Qurratul Aien bt Fatah Yasin


“Aku ingin berterus terang mengatakan, bahawa aku memperoleh manfaat agama yang begitu besar dari Al Ikhwan Al Muslimun. Aku memperoleh faedah yang sangat banyak dari dakwah ikhwan. Dakwah Ikhwan telah memperluas cakerawala fikiranku memahami Islam secara utuh, sebagaimana disyariatkan Allah SWT, sebagaimana tertera dalam kitab-NYA seperti diserukan Rasul-NYA dan difahami oleh para sahabatnya. Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan Negara, aqidah dan syariat, ibadah dan kepimpinan, mushaf dan….”
Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi



Sinopsis

Secara umumnya buku ini membicarakan pengalaman hidup seorang ulama yang berjiwa besar di abab ini, iaitu Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi bersama sebuah gerakan yang membentuk landskap keperibadian beliau dalam memperjuangkan kemurnian agama Islam, iaitu sebuah gerakan yang diberi nama Ikhwan Al Muslimun di Mesir bumi kelahirannya.

Pelbagai suratan pengalaman pahit mahupun manis yang dinukilkan dalam buku ini oleh Sheikh Qardhawi bermula keterlibatan beliau dengan ikhwan di bangku sekolah sehingga menamatkan pengajian peringkat university. Walaupun nampak singkat dari sudut angka masanya berlalu, namun bagi yang melalui sahaja dapat merasa betapa pedih dan panjangnya perjalanan ini

Bermula dengan keterlibatannya di bangku sekolah, di kala remaja seusia dengannya masih dibuai mimpi indah sedang beliau membara api kefahaman islam dalam jiwa yang menginginkan kehidupan bersyariat betul-betul dihayati dan difahami oleh seluruh masyarakat Inilah jiwa seorang anak muda apabila dilamar oleh ikhwan al-Muslimun.

Dalam membawa risalah suci ini, Sheikh telah menceritakan beberapa siri penahanan beliau di dalam penjara seawal dibangku sekolah sehingga menamatkan pengajian dalam jurusan pendidikan. Terdapat coretan yang cukup berbeza bagi banduan ikhwan jika dibandingkan dengan banduan biasa, tempat penyiksaan dijadikan tempat mentarbiah jiwa mereka bahkan menjadi bahan bakar penambah semangat dan keyakinan mereka kepada janji-janji Allah buat pejuangnya. Sehingga ada yang terkorban dalam tahanan demi mempertahankan perjuangan suci yang mereka dasari.

Di dalam buku ini juga Sheikh ada mengebutkan juga berkaitan realiti dalaman ikhwan, yang menggambarkan perselisihan pendapat dan penyelesaian kepada sesuatu pertelingkahan. Inilah realiti sebenar yang berlaku dan akan berlaku terhadap sesebuah gerakan dalam meneruskan lagi survival perjuangan. Perselisisan pendapat dilihat sebagai mematangkan lagi sesebuah organisasi jika semuanya tahu erti sebuah organisasi Islam, sudah pasti kembali sedar terhadap tujuan yang sama dan kembali mengayuh bahtera perjuangan bersama. Dan bukannya mencipta bahtera lain yang disangka lebih elok.

 Disamping itu banyaklah lagi pengalaman sheikh Al Qardhawi disebutkan dalam buku ini, pengalaman bersama rakan-rakan seperjuangan yang diikat dan ditaut dengan perjuangan menegakkan Kesucian Agama Islam yang mungkin tidak dilalui oleh semua orang.


Beberapa Pengajaran Yang Dapat Dari Pembacaan:

1.    Tidak takut menghadapi apa jua dugaan dan tekanan dalam memperjuangan kebenaran Islam.

2.    Perjuangan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak terlibat dalam sesuatu gerakan dawah atau kerja dakwah kepada masyarakat.

3.    Kerja menyebarkan kebenaran Islam tidak boleh dilakukan bersendirian, dan hendaklah diatur secara sistemetik bagi menjamin kelangsungan gerak kerja Islam kepada masyarakat.

4.    Syariat Islam itu perlu dilaksanakan tanpa mengira tempat tertentu.

5.    Medan menyampaikan kemurnian Islam tidak terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja.

6.    Kemurnian Islam boleh tertonjol dan menarik orang mencintainya dengan pengamalan Islam mengikut acuan yang sebenar.

7.    Sesuatu ujian itu boleh menjadi bahan bakar kepada api perjuangan dan boleh menjadi bahan menilai keimanan seseorang yang mengaku sanggup syahid dijalan-NYA.

8.    Sesungguhnya setiap pejuang Islam itu aka nada jua golongan yang memusuhi.

9.    Kepatuhan kepada ketua sesuatu organisasi itu adalah tonggak terpenting dalam sesebuah organisasi.

10. Manusia sanggup bertindak diluar batasan kemanusiaan jika meletakkan agama jauh dari kehidupan mereka.

11. Peluang untuk menambah ilmu bukan terhad di dalam dewan kuliah semata.

12. Al Quran sepatutnya dijadikan teman harian kepada setiap manusia yang mengaku muslim.

13. Jangan terlalu cepat menghukum sesama sendiri yang seakidah dengan kita.

14. Kesabaran dan kemampuan manusia dalam menanggung penderitaan itu berbeza.


Pelbagai lagilah pengajaran yang dapat diambil dari buku ini, sebagai panduan dan pengajaran kepada kita semua yang bergelar muslim. Adakah cukup dengan ujian-ujian kecil menimpa kita selama ini sudah selayaknya kita menyatakan kita sudah mengorbankan sepenuh jiwa dan raga kita untuk Islam. Sedang golongan terdahulu penjara bagi mereka bagai tempat berehat, tidak terkira masa mereka dihabiskan dalam ruangan seksaan didalam penjara.

     Mungkin dengan ujian inilah, pada pandangan diriku yang daif ini menjadikan Sheikh Al Qaradhawi cukup disegani oleh seluruh musuh islam di abab ini. Dan bagi beliau ancaman dan ugutan tidak dapat memberi kesan apa pun, berbanding apa yang pernah beliau lalui ketika muda belia dahulu. Semua jenis bentuk seksaan telah dilalui dan terpahat dijiwa, mana mungkin dengan hanya ancaman dan ugutan semata dapat memadamkan api perjuangan beliau.

No comments: