"Muddu..."
"Dha'...."
"Nasyidus sobah wal asma' ul husna..."
Sengaja cuba diri ini mengimbau kembali saat-saat dan sketsa tobor(perhimpunan) di bumi Maahad dahulu. Jadual tobor(perhimpunan) di Maahad dahulu cukup berbeza berbanding sekolah rendah. Di sekolah rendah dahulu masih teringat yang perhimpunan ini menpunyai jadual khusus, walau tiada apa nak diperkatakan. Berbeza dengan bumi Maahad pada permulaan diri ini menjejakkan kaki, tobor hanya akan berlangsung pada hari-hari tetentu sahaja dalam sebulan. Tetapi setiap awal pagi dimulai sesi pembelajaran dengan bacaan doa oleh dhobit(pengawas) yang ditugaskan.
Bagi pengisian tobor pulak kami akan mengalunkan nasyidus sobah dengan asma' ul husna disamping ada bacaan hadith dari wakil pelajar. Selepas itulah baru bermulanya tobor, dengan ucapan setiap wakil guru mewakili unit-unit tertentu membuat ucapan berkaitan dan diakhiri dengan ucapan mudir. Itulah sinopsis ringkas tobor terbitan Maahad.
Namun sudah cukuplah sebagai pengisian buat semua, tidak perlulah kita mengira kuantiti yang berganda tetapi dari aspek kualiti tetap sama. Hadith yang masyhur ada berbunyi:
"khirul kalam, ma qalla wa dalla"
sebaik-baik percakapan itu adalah yang sedikit dan padat.
Bila diteliti kembali bait kata lagu ini penuh dengan doa-doa pengharapan kepada Allah S.W.T. Mungkin dengan doa-doa yang sentiasa bermain dibibir warganya menjadikan rahmat dari-NYA sentiasa terserlah dek akhlak warganya, insyaAllah.
Buat warga Maahad yang masih berada dibumbungnya amatilah bait-bait kata yang sentiasa lontarkan ke udara tetapi biarlah meresap dalam jiwa kita dan menjadi benteng terhadap segala perkara bertetapan dengan ikrar kita harian itu.
Cukuplah sekadar perkongsian buat semua, khususnya buat warga lepasan maahad. Walau sudah tidak bergelar warganya jadikanlah lagu ini terus tersemat dihati dan menjadi wirid harian kita demi mencari redha-NYA semata dengan perasaan penuh pengharapan semoga doa kita dalam lirik ini dimakbulkan oleh-NYA.amiin...
"Mencorak Suasana Dengan Islam"
2 comments:
salam..saya mencari lirik nasyid ini ايه الشباب توجه ال الامن , نجاحد في سبيل الرحمن,,,,tapi saya xdapat nak dapatkan sumber nya....dan terima kasih atas lirik nasyidus sobah ni...sy ada tujuan besar nak dapatkan lirik2 ini..sy nak tunjukkan pada profesor-profesor saya,ini lah kunci kejayaan pelajar2 maahad...INSYAALLAH...harap awak sudi membantu.. :) Wassalam..
pertama2 kali syukran krn sudi menyinggah disini... tp untuk lagu ايها الشباب tu blh saja saya cuba ingat kn kembali dn tlg terjemahkn skdr yang mampu... pe2 pn ukhwah fillah... teruskan usaha yang murni itu...
Post a Comment