Saturday, June 26, 2010

Islam Tetap Gemilang



الحمد لله القائل في كتابه العزيز. إن الله هو ربي وربكم فاعبدوه هذا صراط المستقيم ( زحرف 64)

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. اللهم صلي وسلم وبارك عليه وعلى آله وأصحابه أجمعين.
أما بعد فياعباد الله، أوصيكم الله وإياي بتقوى الله فقد فاز المتقون.
إخوان المسلمين،



Marilah kita menjadi pengikut setia kepada Islam, ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallalah alaihissalam yang dipelihara oleh Allah taala sehingga hari qiamah tanpa ada penyelewengan sama ada ditambah atau dikurangi dari mana-mana ajaran Islam, kerana Allah taala menjaminnya.. firman Allah taala:


(إن نحن نزلنا الذكر وإنا لحفظون)
Maksudnya: Sesungguhnya kamilah(Allah) yang menurunkan perngatan(Al-Quran) dan kamilah yang akan menjaganya..(Al-Hijr 9)


Berbeza dengan ajaran yang telah dibawa oleh rasul-rasul terdahuluyangmengalami penyelewengan oleh orang-orang yang tidak bertanggunjawab dan mencari kepentingan peribadi sehingga tidak ada ubat untuk mengatasinya kecuali dengan di utus Rasul yang lain membetukannya.


Adapun Islam yang di bawa oleh Rasulullah sallalah alaihissalam, walupun baginda telah wafat namun ajarannya tetap terpelihara. Allah telah menjadikan di kalangan umat Islam sendiri dan para pengikut setia yang tetap mempertahankan Islam hingga hari Qiamat.. Jangan sekali umat Islam hilang keyakinan kepada jaminan Allah taala sendiri.



إخوان المسلمين،



Keyataan ini telah dibuktikan oleh sejarah umat Islam apabila wafatnya Rasulullah sallalah alaihissalam. Negara Islam Madinah telah dikepong oleh gejala murtad, orang mengaku menjadi nabi dan mempunyai pengikut, tentera yang ramai dan wujud juga golongan yang enggang mengeluarkan zakat. Jika dilihat secara zahir tentulah tidak ada lagi harapan kepada Islamdan padamlah cahaya Islam, tetapi Allah taala telah member jaminan dengan firmannya yang bermaksud:

“ Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, namun Allah tetap menyempurnakan cahayanya walaupun dibenci oleh orang kafir.”(Assaf 9)


Dalam keadaan para sahabat yang tidak bermaya kerana wafatnya Rasulullah sallalah alaihissalam yang sangat di cintai, muncul Abu Bakar (R.A) mententeramkan keadaan, kemudian di susuli perlantikannya sebagai khalifah. Beliau menyusun bala tentera dikalangan sahabat untuk berjihad menghapuskan golongan murtad, yang mengaku menjadi nabi dan yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Kemudian Saidina Umar R.A pula meneruskan perjuangan membebaskan Rom dan Parsi sehingga Islam tersebar luas dalam jangka masa yang singkat.



إخوان المسلمين،



Di zaman Abasiah pula umat Islam diserang pemikiran , apabila buku dari luar diterjemah kedalam bahasa arab. Buku-buku ini mempengaruhi umat Islam hatta Khalifah pun terpengaruh dengan mazhab muktazilah, kerajaan memaksa rakyatnya menganut mazhab muktazilah, namun Allah melahirkan ulama yang gagah berani mempertahankan Islam sehingga mazhab muktazilah diganti dengan mazhab Ahli Assunnah, maka banyaklah ulama’ di seksa, di bunuh dan ada juga di penjara seperti Imam Ahmad Bin Hanbal dan lain-lain.
Demikian jugalah Allah mempertahankan Islam apabila tentera Tatar atau monggol menguasai Baghdad, pusat pemerintahan kerajaan Abasiyyah. Tentera Tatar membunuh setiap orang yang melintas di hadapan mereka sehingga Kota Baghdad bermandikan darah. Kerajaan Monggol memaksa umat Islam menerima perlembagaan yang di namakan Yasaq(ياسق) yang diambil dari pelbagai ajaran. Ulama Islam tidak gentar behadapan dengan kerajaan Monggol, mereka berani menyatakan undang-undang itu adalah adalah menyeleweng daripada ajaran Islam dan haram keatas umat Islam menerimanya. Akhirnya ulama Islam Berjaya mempertahankan Akidah Islam sehingga Raja Monggol yang terkenal ganas itu memeluk Islam.


إخوان المسلمين،


Tidak ada dalam sejarah lain, penjajah menganut agama rakyat yang dijajahnya sebagaimana berlaku kepada kerajaan Monggol. Yang biasa berlaku ialah rakyak menganut ajaran penjajah. Mereka mengambil ajaran penjajah, pakaian penjajah, ekonomi penjajah, undang-undang penjajah dan budaya penjajah, walaupun penjajah telah pulang ke Negara asal mereka.


إخوان المسلمين،


Allah taala juga menjaga Islam ketika tentera Salib menguasai Negara Islam dengan menguasai Baitul Maqdis dan membunuh umat Islam. Dilihat dari zalimnya tidak ada lagi peluang kemenangan bagi pihak Islam. Setelah berlalu satu abad, lahirnya seorang pemimpin Islam bernama Solahuddin Al-Ayubi memimpin tentera Islam mengalahkan tentera Salib.
Kita jangan bimbang dengan perkembangan mutkhir ini apabila jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah dan Negara-negara umat Islam dimasuki oleh penjajah-penjajah.


Sekarang ini walaupun tanah air umat Islam telah merdeka dari cengkaman penjajah berbentuk ketenteraan, tetapi telah berubah bentuk kepada penjajahan pemikiran. Sehingga kini umat Islam diperintah oleh orang yang mengaku Islam sedangkan mereka mempunyai pemikiran penjajah dan memerintah cara penjajah.


Walau begitu kita masih tetap yakin Allah taala akan menyinarkan cahayanya bila sampai masanya, sekali pun ditindas ataupun ditekan. Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa diantara kamu murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai-NYA(Allah), yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin dan besikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad pada jalan Allah dan yang tidak takut celaan orang-orang yang mencela. Itulah kurniaan Allah, diberi kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan Allah Maha Luas( kerajaannya) lagi Maha Mengetahui.”(Al-Maidah 54).



أعوذ بالله من الشيطان الرجيم


هو الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون


Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan Rasulnya (Muhammad sallalah alaihissalam) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama tang benar(supaya) ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.(Assof 9)



بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم،
ونفعني وإياكم بالآيات والذكر الحكيم،
وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم.
أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات إنه هو الغفور الرحيم





Tulisan asal oleh: Almarhum Ust Sanusi B. Hj. Said

Dibaca pada: 9.10.98 & 11.2.99

Dibaca di Masjid Mukim Ketereh, KB, Kelantan



p/s:

Ini merupakan koleksi khutbah jumaat ayahku tercinta, sekarang ini ana bercadang menulis kembali dan memjilidkan sebagai simpanan dan menjadi khazanah keluarga.InsyaAllah...
Doakan cita-citaku ini menjadi keyataan wahai teman...


Friday, June 25, 2010

Result Exam...

Alhamdulillah result sem lepas sudah keluar, keputusan secara spesifik biarlah simpanan diri ini sahaja.
Di musim world cup ni ana ada terfikir, ada ke seseorang yang bermain bola hanya mengejar habuan semata-mata. Tak kiralah dia bermain di kelab mana-mana yang penting bagi dia satu, iaitu bermain terbaik, buat apa yang termampu. Walau nama tiada dikenali, walau jatuh di mana dia, bola jugalah hidupnya. Bukan dia mengejar kepada piala, bukan mengejar kasut emas atau pemain terbaik FIFA, tapi permainan dia mengalahkan orang lain. Inilah masih menjadi tanda tanya...
Di sini ana cuba nak kaitkan dengan cerita bola itu dengan kehidupan pendakwah zaman lampau. Jika dilihat kepada Sahabat-Sahabat dan para tabie' merentasi benua hanya semata-mata ingin menyebarkan syiar Islam. Bersama mereka hanya tawakkal, bukannya mereka menunggu sehingga duit memenuhi karung baru melangkah keluar merantau. Sehingga hasil kegigihan mereka kita pada hari ini dapat menikmati Islam yang suci ini.
Begitu juga jika kita baca biografi Ulama silam, mereka sanggup meredah benua berkelana hanya semata-mata mencari sekelubit ilmu. Berbulan-bulan sehingga bertahun-tahun dengan hanya dengan satu tujuan menceduk sebayak mungkin ilmu Allah yang luas.
Jikalau benda yang baik itu melekat di jiwa sehingga sanggup meredah lautan api, memang bertuahlah orang itu. Dan ana pinta biarlah benda itu meresap di jiwa kita semua. Jika di kata kita seorang penuntut ilmu, sejauh mana pengorbanan kita mendapatkannya?. Jika kita di kata kita seorang pendakwah, berapa orang yang pernah kita ajak kepada kebaikan dan tinggalkan kemungkaran?. Begitu jauh lagi terasa diri ini dari ini semua..
Sebagai muhasabah bersama, terasa cukup singkat masa ini. Bagai semalam baru menjejakkan kaki di U, tapi buka sem ni sudah melangkah ke 'final year'. Ana masih tertanya-tanya pada diri ini apakah yang ingin ku bawa balik ke lapangan masyarakat, adakah cukup dengan segulung ijazah, atau ilmu yang tak seberapa yang ada ini. Atau ana belum sedia lagi keluar ke medan sana..
Cukuplah dulu celoteh ana meluah persoalan minda yang masih berlegar-legar ini..tulis ikut keluar jer.. tak tersusun minta maaflah ek...
Buat sahabat-sahabat tahniah semua ana ucapkan di atas keputusan yang di perolehi. Walau apa keputusan dalam bentuk number, biarlah keputusan yang sebenar terzahir dalam kehidupan kita. Jadikan apa dipelajari mendekatkan kita kepada-NYA..

"If you can dream it, you can do it"

Wednesday, June 23, 2010

Bagaikan Puteri..

Penulis: Ramlee Awang Murshid

Ini hanyalah sebagai perkongsian buat sahabat-sahabat. Sudah lama ana melihat novel ini berada di rak buku rumah kat Kelantan namun baru cuti ni terdetik di hati nak membukanya, mungkin sebab dah tiada kerja sangat.




Jadi dalam tulisan ini ingin ana memetik beberapa 'part kata' yang boleh dikongsikan bersama sebagai renungan..


1) Setinggi mana pun ilmu dan darjatmu, jangan sekali-kali diangkat melebihi kepalamu. Sujud itu layaknya menginginkan keredhaan Allah.


2) Undang-undang dan keluarga harus di pisahkan ketika memerintah..


3) Yang baik itu akan berakhir dengan kemenangan walaupun ia menyeksa jiwa dan menyakitkan hati..


4) Kemiskinan membuatkan manusia hilang harga diri, ketidaksabaran membuatkan manusia suka membentak-bentak, kemewahan kalau tidak dilihat dengan iman dan taqwa maka akan hayutlah segala segal sifat manusia biasa..


5) Adlah lebih baik tersalah ampun daripada kita tersilap hukum..


6) Menunggu lebih menggelisahkan. Dia lebih rela mengharungi gelombang lautan daripada menanti sesuatu yang belum pasti..


7) Berhati-hatilah dengan pujian. Kerana pujian adalah antara senjata syaitan yang boleh menjadikan kita riak..


8) Cemburu itu umpama api yang membakar hati, ia datang secara halus. Jika di biarkan, ia berkuasa membakar jiwa, sahabatku..


9) Kita tidak berkelahi hanya merebut cinta , terimalah ini sebagai pengorbanan..


10) Apabila jiwa raga kita menjurus kepada Allah Yang Esa, maka ujian akan datang untuk menduga ketakwaan manusia. Ia lebih halus dan berat dari berjuang bematian-matian menentang musuh-musuh Allah yang durjana..


11) Saat cinta mekardan beransur tumbuh, tiba-tiba ia akn layu walaupun puas dibajai. Maka iman itu membatasi fikiran kala ini. Penerimaan musbah itu perlu diredai agar rasa sakit itu tidak berterusan..


12) " Datuk Laksamana.. Manusia taat yang tidak mahu melihat benar atau salah, sengaja membutakan mata dan mematahkan sendi untuk tidak mahu berdiritegak di atas kebenaran..


13) Sejarah tak akan mati, tapi sejarah akan pupus..


14) Berdiam adalah untuk mengelak dari berbohong dan sesungguhnya berdusta itu adalah sifat orang munafik..



Ini sahajalah yang dapat ana kongsikan buat semua, setelah lama berdiam dari berceloteh di alam maya. Syukur di hati ini dapat juga mengisi cuti akhir sem di kampung halaman. Walau sejauh mana langkah kaki melangkah, janganlah pula kita lupa bahawa langkah pertama kita bermula di sana. Masih banyak lagi yang perlu diri ini redah bagi mengisi karun bekalan menempuhi realiti dunia mendatang..