Wednesday, April 7, 2010

Wahai 'Kasih



Wahai 'Kasih...

Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah tidak. Jika kau mencintai seseorang ada dua kemungkinan diterima atau ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya, namun jika mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah dariNYA, kecuali kau sendiri yang berpisah dariNYA. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'azza wa jalla...

Wahai 'Kasih...

Adikku, bukannya aku tidak mencintaimu. Sesungguhnya aku amat mencintaimu. Dan bukannya aku tidak mendamba hidup bersamamu. Namun tidak semua yang didamba manusia pasti diraihnya. Aku sungguh mencintaimu, tapi aku tidak mahu kehilangan cintaNYA. Aku mendamba hidup bersamamu, tapi aku lebih mendamba hidup bersama redhaNYA. Cinta itu tidak menzalimi, cinta sejati berorientasikan redha ILAHI...

Wahai 'Kasih...

Cinta memang segala-galanya, tapi kehilangan cinta seperti kehilangan segala-galanya.. Apa bangganya kita mendapatkan cinta dan orang yang kita damba, namun kita kehilangan cinta Allah 'Azza Wajalla.. Apa bangganya?

Wahai 'Kasih...

Mencintai dengan timbangan fitrah dan bashirah. Mencintai dengan kesucian dan mata hati. Fitrah dan bashirah yang menjadi pertimbangannya, iaitu jika engkau mencintai wanita bukan kerana tertipu oleh kecantikan paras rupanya dan keelokan bentuk tubuhnya. Bukan kerana disihir oleh matanya yang berkilau-kilau indah seperti bintang kejora. Bukan pula terpikat kerana bibirnya yang ranum segar seperti mawar merekah dan juga bukan kerana keindahan suaranya yang sukar dilupakan. Bukan kerana hartanya yang melimpah ruah. Bukan kerana kehormatannya, yang kau akan jadi ikut terhormat kerana menikahinya. Jika kau mencintainya bukan kerana itu semua. tapi kau mencintai dengan memakai timangan fitrahmu dan mata batinmu. Kau mencintainya kerana merasakan kesucian jiwanya dan agamanya, dan mata batinmu cenderung kerana kecantikan akhlak dan wataknya. Hatimu terpikat kerana harumnya kalimat-kalimat yang keluar dari mulutnya. Saat itu kau telah mencintai lawan jenis secara jujur...

Wahai 'Kasih...

Alangkah sedihnya perasaan yang dilamun cinta.
Hatinya bergetar menahan dahaga rindu.
Cinta digenggam walau apa pun yang berlaku.
Kalau terputus, ia sambung dan tautkan kembali.
Liku-liku cinta terkadang bertemu syurga.
Menikmati pertemuan indah dan abadi.
Tapi tidak kurang bertembung neraka dalam pertarungan yang tiada berpantai..

Wahai 'Kasih...

Jika mereka sibuk mencari cinta,
Biarlah kita sibuk mencari iman.
Jika mereka sibuk mencari pasangan,
Biarlah kita sibuk mencari keredaan.
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta,
Biarlah kita menangis mengenangkan dosa semalam.
Jika mereka rindu dan cintakan manusia,
Biarlah hati kita merindui dan mencintai ALLAH..

Wahai 'Kasih...


Bukan aku nak nafikan wajahmu sentiasa bermain di benak fikiranku, ku cuba menjauhi bayangan yang terbit, bimbang dek bayangan ini menjemput ruang syaitan menyelinap, namun aku tidak terdaya. Ya Allah hanya kepada-KAU aku berserah, jika naluriku ini boleh memudahkan perjalananku menuju-MU, maka KAU mudahkanlah bagiku mendapat'nya', namun jika fitrahku ini menjauhkan diriku dari-MU, hanya kepada-MU sajalah aku berserah menentukan apa terbaik untuk hamba-Mu yang daif ini..

Wahai 'Kasih...

Walau menghadapi hebat Dugaan
Walau kepercayaan menjadi Gadaian
Wlau diri jadi Taruhan
Resah di jiwa sebagai Harapan
Namun bagi yang memahami erti sebuah cinta semua ini menjadi rempah dalam sebuah episod Perhubungan..


"سخر نفسك بعقلك وسخر عقلك بعلمك"

Ini hanyalah sekadar himpunan kata-kata hasil pembacaan diri yang kerdil ini, di petik dari buku 'Rubiatul Adawiyyah dan Cinta', 'Ketika Cinta Bertasbih' dan 'Dalam Mihrab Cinta'.. Semoga menjadi pedoman buat kita semua dalam merentasi perjalanan dunia yang penuh dengan bayangan maksiat.. Nampak cantik di luar namun tidak di dalam... Di rebranding cantik sampai terselindung kecacatan mata memandang..

"Ya Allah tunjuklah kepada kami yang benar itu benar semoga kami dapat mengikutnya, dan tunjukkanlah kepada kami yang salah itu salah semoga kami dapat menjauhi"...Amin

No comments: