Semuanya bermula ketika akhir sem 5 apabila alias menjemput kami satu rumah ke rumahnya, namun aku tidak berani memberikan apa-apa keputusan, memandangkan majlis ini berlangsung ketika cuti akhir sem. Tidak adalah benda yang di tunggu-tunggu oleh setiap pelajar selain cuti, apatah lagi cuti sem. Masa cuti sem inilah masanya untuk balik ke kampung bagi mengubat rindu untuk keluarga dan kampung halaman. Itulah sebabnya aku tak berapa yakin dapat menhadiri jemputan ini.
Tanpa di duga pada cuti ini kebetulan masa ku banyak dihabiskan di Nilai, bermula dari titik inilah ku merangcang perjalanan ke walimah Alias. Berpandukan google map aku dan Samsul mencari jalan terbaik dan terdekat bagi menuju ke Sekinchan.
Setelah peta telah ku jumpai dan motor sudah di servis, ku memberanikan untuk meredah perjalanan ini. Tepat jam 7pg, 13 Disember 2009 setelah menghantar Edd ke komuter Nilai ku turus meluncur bersama Sem meneruskan perangcangan yang sudah diatur. Suatu benda akan dikira berharga jika sudah berjaya. Perancangan tanpa pelaksanaan ibarat kereta tanpa stereng, semua nampak cantik tapi tak dapat kemana.
Hampir 25minit meluncur di lebuh raya kami singgah sarapan di R&R Dengkil. Hampir 10 minit berada di R&R kami meneruskan perjalanan, dengan kelajuan 80 ke 90 km/j ku meluncur di lebuh raya. Bagiku biarlah perlahan asalkan 'enjoy' atau dengan kata lain biar lambat asal selamat. Perjalanan ini bagiku cukup menenangkan tak sabar nak sampai ke Sekinchan. Dari Nilai ku menuju ke Shah Alam, dari Shah Alam pula ku mencari pulak sign bord yang menunjukkan arah ke Kuala Selangor dan di susuli Tg.Karang dan akhirnya Sekinchan.
Dalam perjalanan ini aku sempat singgah di masjid Ijok bagi merehatkan tubuh dan juga motor. Tepat jam 10.25 aku dan sem sampai ke rumah Alias. Di depan rumahnya tampak beberapa khemah, ada khemah untuk hadirin lelaki, hadirin perempuan, khemah santapan pengantin dan khemah tempat bakar ayam. Tak perlu diri ini sebut khemah yang mula-mula aku pergi tak lain tak bukan khemah tempat bakar ayam. haha...
No comments:
Post a Comment