Thursday, September 15, 2011

Kerja terakhir merangkap pengerusi...


Uacapan Aluan Sempena Mesyuarat Agong Tahunan SPP FPQS, USIM kali ke 1, 2011

          Alhamdulillah, kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala di atas anugerah serta limpahan rahmat yang telah diberikan ke atas kita selaku khalifah yang berada di muka bumi Allah ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, penghulu segala Nabi.

Yang dimuliakan tuan pengerusi majlis, Yang berbahagia ayahanda dekan fakulti quran sunnah Dr Adnan Bin Mohamed Yusoff, yang berusaha timbalan dekan ust Ahmad Sanusi Bin Azmi, ketua-ketua program, pensyarah2, sahabat-sahabat seperjuangan SPP dan tidak dilupakan buat warga fpqs semua.


Ayahanda Dekan, pensyarah2 dan sahabat2 seperjuangan sekalian.

          Buat pengetahuan ayahanda, pertemuan malam ini hanyalah permulaan atau pengenalan ringkas tentang muktamar, sebagai pencetus semangat buat kepimpinan akan datang menjadikan muktamar sebagai salah satu acara yang penting dalam takwin program tahunan. Mungkin selepas ini boleh dilaksanakan bagai muktamar-muktamar yang biasa kita lihat di media-media arus perdana.

Ayahanda Dekan, pensyarah2 dan sahabat2 seperjuangan sekalian..

          Kebiasaannya jika disebut muktamar, pembukaan kepada suatu muktamar itu dengan ucapan dasar presiden atau pengerusi sesuatu organisasi. Tetapi untuk ruangan ini, saya hanya diberi ruang sebagai pemberi ucapan aluan pembukaan. Namun begitu, saya ingin meminta izin dengan ayahanda menggunakan peluang ini untuk berceloteh memberi sedikit pencerahan atau suluhan buat kepimpinan baru yang akan diumum sebentar lagi berkaitan halatuju survival SPP sebagai memperingati kembali.

Ayahanda Dekan, pensyarah2 dan sahabat2 seperjuangan sekalian..


Tema “Mencorak Suasana Dengan Islam” kepada kepimpinan SPP yang lepas adalah taruhan bagi cuba mencorak sedikit reality kehidupan mahasiswa daripada terus dihakis dari sebarang makanisme yang tidak sepatutnya dalam diri setiap mahasiswa jika tiada yang cuba mengawalnya. Berdasarkan tema ini, kepimpinan lepas sedaya-upaya menjayakan misi yang penting ini. Walaupun tidak tercapai sepenuhnya, tapi diharap biarlah meninggalkan sedikit kesan buat mahasiswa usim amnya dan khususnya buat fakulti fpqs itu sendiri.

Bermula dari merangka kembali perjalanan berpersatuan, iaitu dari sekecil-kecil perkara seperti menitik beratkan “times management” dalam kepimpinan, disamping menjadikan amalan memberi salam subur di bibir dalam perjalanan harian kepimpinan spp. Walaupun Nampak kecil amalan ini pada pandangan kebiasaan, tapi disinilah tersirat pelbagai jawapan kepada permasalah umat masa kini. Di harap amalan ini terus subur dalam perjalanan harian kita semua.


Ayahanda dekan, pensyarah-pensyarah dan sahabat seperjuangan sekalian..

Thaqafah cemerlang melambangkan kualiti mahasiswa

          Bila membicarakan Thaqafah cemerlang izinkan saya membawa kalian berfikir di luar batasan sempadan kampus, penilaian masyarakat kampus terbatas kepada berapa tinggi pointer kalian. Tetapi dengan tinggi pointer ini belum bermakna penilaian yang sama akan kalian dapat di luar sana. Memang tidak saya nafikan betapa pentingnya pointer, tetapi akan bertambah cantik jika pointer dijalin dengan thaqafah mendalam dalam sesuatu bidang. Di luar sana penilaian masyarakat tertumpu kepada berapa banyak jasa kalian dalam masyarakat bukannya betapa tinggi kalian berada.      

Kepimpinan melalui jalinan Thaqafah yang mantap
Seseorang tokoh itu tidak akan mampu untuk menjadi hebat sekiranya dia tidak dipupuk dan diasah. Dengan latihan, pengalaman dan keyakinan yang berterusan, seseorang individu yang inginkan sesuatu cita-cita akan dapat memperolehi apa yang dicitakan.       
Dalam kepimpinan SPP diharap dapat melahirkan kepimpinan dan para ilmuan yang bukan hanya dapat menyatakan yang ini salah dan yang ini betul, tetapi tidak tahu memberikan apa-apa jalan penyelesaian untuk sesuatu permasalahan. Saya mengucapkan setinggi penghargaan buat urusetia yang menjayakan minggu kesenian Islam yang lalu. SPP FPQS telah membuktikan inilah yang di maksudkan dengan kesenian atau hiburan yang kita mahukan dalam bumi bertuah USIM ini, iaitu dengan sentuhan penambahbaikan terhadap apa yang sudah ada. Dengan berjayanya program ini, saya berpendapat inilah antara contoh kepimpinan yang diharapkan untuk sesi akan datang. Kita bukan hanya menyatakan sesuatu itu salah, tetapi kita juga turut memberikan jalan pilihan yang sepatutnya kepada apa yang kita ungkapkan.

Ayahanda Dekan, pensyarah2 dan sahabat2 seperjuangan sekalian..

          Sebelum saya mengundurkan langkah kaki ini, rasanya saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayahanda dekan dekan Dr. Adnan, Ust sanusi dan ketua2 program kerana telah banyak menyokong SPP dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang.

          Di kesempatan ini juga saya merakamkan juga jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat yang bertungkus-lumus bekerja dalam SPP ini, walaupun tiada upah yang dijanjikan, tapi kalian sanggup bersama dalam soff kepimpinan ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua.

          Dan bagi kepimpinan yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan ini, saya harapkan gunakanlah peluang yang terhidang ini untuk kalian polish bakat yang terpendam dalam diri kalian. Selagi kalian bergelar mahasiswa/pelajar masa inilah untuk kalian belajar, bukan sekadar belajar di dalam dewan kuliah tetapi belajar untuk menjadi pemimpin. Tetapi jika kalian keluar ke medan di luar sana, kesalahan yang kalian lakukan ibarat satu kesalahan besar buat pandangan awam kerana kalian telah membawa “title” siswazah. Gunakan peluang ini juga untuk kita berjasa kepada fakulti dan USIM dengan keberadaan kalian di tampuk kepimpinan ini. Harapan pelajar lain kepada kalian semua, jadi jangan lepaskan peluang ini. BAgi sesi ini diharap tiada lagi kedengaran suara-suara yang berbunyi “Saya tidak layak”. Buktikan pada diri sendiri dan semua bahawa orang yang belatarbelakangkn pndidikan Quran dan Sunnah mampu memegang jawatan dan menjadi pimpinan contoh dalam kampus dan untuk jangka masa panjangnya masyarakat diluar mungkin menjawat jawatan penting dalam kerajaan.

          Sekian Sahaja ucapan saya kali ini, yang baik itu dijadikan panduan dan yang kurang itu di jadikan sempadan supaya tidak didekati..

Wassalam…

Di Sediakan Oleh

………………………………..
(Ahmad Majdi Bin Sanusi)


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

No comments: