Sunday, December 26, 2010

Cinta di Langit GAZA

           
            “Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin maka dia bukan dari golongan mereka..” (Hadith riwayat Baihaqi)

            Al-Hamdulillah dapat juga dalam kesempatan cuti ini dapat menghabiskan beberapa bahan bacaan ringan sebagai menabur sedikit baja kepada diri yang gersang ini.

  Di sini ana ingin berkongsi buat semua sedikit pengajaran dan sedikit synopsis kepada buku yang bertajuk Cinta di langit GAZA yang dikarang oleh Riduan Mohamad Nor yang banyak mencerikan berkaitan simpul siul dalam melaksanakan misi kemanusiaan di Kebanyakan tanah yang diberi sedikit ujian daripada Yang Maha Pencipta bagi menguji hambanya, bagi yang beriman ujian sebagai menaikkan lagi martabat keimanan mereka sedang bagi golongan maksiat pula sebagai memberi pengajaran yang mungkin mengingat kembali kepada pencipta atau terus menjauhkan mereka dari nur hidayah-NYA.

  Dan bagi kita yang belum di uji sebegitu oleh-NYA, ujian kepada kebanyakan dunia islam ini sebagai gambaran awal kepada kita betapa Allah yang bersifat al’aziz, alQawiy dan segala sifat kekuasaan dan kesempurnaan. Ujian bukan hanya ditujukan kepada mangsa di sesuatu kawasan bencana, namun ujian ini jua menguji kita yang bergelar muslim yang mengaku tiada tembok pemisah diantara sesama muslim. Setiap sembahyang yang sentiasa kita mendoakan seluruh umat islam seluruhnya tanpa ada pembahagian. Adakah sekadar itu sahaja setelah melihat bencana berlaku ke atas saudara seakidah kita, sedang di sana ada luang yang boleh kita bantu selain doa yang sudah menjadi wirid di mulut harian.

  Buku yang kecil ini banyak menceritakan pengalaman penulis dalam melaksanakan beberapa misi kemanusian di beberapa tempat, di antaranya:


1. Bumi Gaza tempat berlakunya isra’ dan mikraj
 2. Bumi acheh yang terkenal dengan jolokan serambi makkah suatu masa dahulu yang telah diserkap tsunami
3. Misi bantuan ke Lubnan, Jodgjakarta memuntahkan lahar
4. Misi bantuan di Pakistan
5. Misi menyumbang binatang korban ke Kemboja dan Bangladesh
6. Dan  gempa di Solo Indonesia.    


  Secara umumnya ana cukup tertarik dengan suasana yang digambarkan oleh penulis setiap tempat yang dijejakinya. Bermula di bumi Gaza yang menggambarkan suasana kehidupan beragama yang jelas terpanjar sebagai kekuatan atau senjata penting dalam melawan Puak Yahudi laknatullah dan beberapa tempat lagi yang di turunkan bala’ akibat kerosakan dalaman mereka sendiri yang jauh dengan agama. Teringat satu analogi dari Ust. Nik Ahmad ketika belajar di rumah beliau zaman persekolahan dulu setelah ditanya kenapa banyak Negara islam diberi banyak bala’ dari Allah. Dia menjawab orang islam ini anak sulung, jadi jika anak sulung yang diberi segala pelajaran bahkan keimanan, jadi kalau buat salah cepatlah kena hukumannya.

  Dalam melaksanakan misi ini juga pengarang banyak menggambarkan kekuatan ukhwah islamiah dikalangan umat islam yang diberi oleh Allah kefahaman yang jitu terhadap agama dan tuntutannya. Ukhwah yang terjalin dek kerana mencari redha-NYA semata tanpa mengharap sebarang ganjaran dunia yang sementara. Ukhwah yang dapat menembusi sempadan warna kulit dan benua. Ini jelas digambarkan oleh penulis melalaui pertolongan oleh orang perseorangan mahupun berkelompok di setiap jajahan tempat bagi melaksanakan misi kemanusiaan ini.

“Dengan kekuatan unsur dan budaya beragama ini maka tidak pelik jika warga kota Gaza ini merupakan penyokong tegar kepada gerakan HAMAS yang di asaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin. Rasa beragama ini tidak memungkinkan mereka menyokong FATTAH yang berlatar belakangkan fahaman Kebangsaan Arab dengan kecenderungan Sosialis…” m/s104

  Di bawah ini ana bawakan beberapa kata-kata indah atau terselit seribu makna untuk kita hayati yang sempat diri ini ketemu dalam buku ini:

1.    Masa adalah modal untuk bertemu dengan Allah dalam keadaan yang kita dipertanyakan tentang nilai umur.

2.    Membunuh masa adalah jenayah yang akan mengundang bala di hari akhirat.

3.    Perkahwinan dalam usia yang muda adalah untuk menggalakkan kelahiran generasi pelapis perjuangan.(Di Bumi GAZA)

4.    Nafsu untuk hidup mewahlah yang akan mematikan semangat jihad kita.

5.    Ujian kemewahan lebih ganas mematikan istiqomah seorang daie berbanding ujian kepayahan.

6.     Jumlah kekuatan persenjataan bukanlah faktor mutlak untuk mencapai kemenangan kerana di sana ada factor lain yang paling utama.

7.    Simpati sahaja tidak cukup untuk meleraikan bebanan mereka.

8.    Kejahatan akan terus hidup selagi ada manusia, malaikat pun gerun melihat watak manusia. Gertakan langit apa lagi yang mereka mahu?

9.    Biar hidup bergalang tanah daripada bercerminkan bangkai.

10.  Tidak semua perkara buruk mengiringi sebuah bencana, adakalanya Allah menjadikan bencana sebagai cara untuk menunjukkan kasih sayang.

11.  Teman adalah sebuah refleksi, siapa kita dan siapa kawan kita. Setiap orang akan memilh seseorang yang mempunyai kecenderungan yang sama, salah memilih kawan akan membawa kita ke dalam gaung yang dalam. Kawan yang sejati akan mengingatkan kita kepada akhirat,tempat menuai hasil kesan daripada amalan hidup di dunia.

12.  Jalur berfikir tidak boleh dikongkong, Islam adalah agama yang fleksibel, bahkan aliran fekah menunjukkan agama ini terlalu luas bak lautan tidak bertepi.

13. Ikatan perjuangan itu lebih kuat daripada ikatan adik-beradik yang diikat dengan darah, hanya sesiapa yang berada di medan amal Islami yang dapat menyelami keadaan ini, betapa bahagianya berada dalam usrah dan perjuangan Islam.


 Sekian sahaja dari ana sebagai perkongsian Ilmu dan semoga dengan sedikit penulisan ini akan menjadi sebagai alat penambat kepada Ilmu ini. Imam Syafie berkata: Ilmu ini ibarat binatang buruan, maka tulisanlah sebagai pengikatnya.



“Mencorak Suasana dengan Islam”

No comments: