Mukaddimah...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang memenangkan Islam di atas segala pakatan ahzab dahulu dan hari ini. Selawat dan Salam buat Rasul junjungan yang telah memberikan kepada kita keteladanan yang baik untuk kita harungi medan amal Islami yang luas tidak bertepi ini.
Cerita ini hanyalah sebuah coretan survival peribadi diriku untuk dikongsi buat semua. Aku berharap dengan sedikit tulisan ini dijauhkan timbul walau sedikit pun riak dan segala mazmumah walau sekecil zarrah yang boleh mengigit amalan diri ini.
Teringat satu kata-kata dari seorang penulis iaitu Ust Riduan Mohamad Nor; "pengalaman hidup mestilah ditulis kerana ia akan ditatap oleh generasi akan datang dan sejarah akan membuktikan bahawa kita wujud untuk memaknai sebuah kehidupan yang sarat dengan pergelutan haq dan batil, Islam dan Jahiliah, benar dan belot..." "Populariti merupakan sesuatu yang harus dicurigai kerana mungkin mengheret kita ke jurang riyak dan sum'ah..."
Pengenalan
Jika di kenangkan kembali nama USIM tidak pernah muncul dalam khayalan diri ini. Dari kecil lagi , setelah melangkah ke bumi Maahad diri ini hanya terbayang tanah arab sahajalah sebagai medan merealisasikan cita-cita diri dan ayahandaku tersayang. Masih ternyiang-nyiang suara ayahandaku penuh pengharapan,
"kalau boleh ayah nak sangat ada dikalangan anak lelaki ayah yang terus sambung pelajaran agama ke Mesir..."
"memang ayah sudah wajibkan setiap anak ayah belajar sekolah agama sampai tingkatan 5, nak harapkan yang lain, semua nampak lebih cenderong kepada aliran sains....sekarang tinggal Majdi je...." pesan ayahku...
Kata-kata ayahku ini bagiku merupakan inspirasi yang banyak mendorong meneruskan lagi cita-citaku yang sudah sedia ada.
Bermula dari langkahku tahun 2000 di bumi maahad bagai terasa diri cukup kerdil. Pembelajaran bahasa arab dan seluruh ilmunya bagai suatu yang asing buat diri ini, di tambah pulak pelajarnya yang jauh lebih lincah dari sudut pembelajaran jika di bandingkan sekolah rendah dahulu. Di dalam tempoh setahun bersaing dengan kenalan ternyata diri ini bagai kancil mengejar ferarri, namun ini semua suatu cabaran yang patut di hadapi.
Tahun 2002 merupakan tahun yang cukup banyak coretan sejarahnya tersendiri. Bagiku tahun ini banyak meninggalkan kesan dikala melirih di laluan ini. Pada tahun ini ketika seorang anak yang cukup dahagakan kasih sayang seorang ayah dan ilmu-ilmu yang terbuku di jiwanya yang belum sempat diri ini terokai dan kuasai beliau sudah di panggil menemui-NYA. Bagiku dengan pemergiannya cukup memberikan kesan yang besar dalam merealisasikan cita-cita dan tempat pembakar semangat dikala diri kehibaan telah pergi buat selamanya. Namun bagiku jika di singkap kembali, di sinilah bermulanya satu langkah menyebabkan diriku lebih banyak membuat keputusan sendiri dan banyak berdikari dalam banyak hal. Bermula di sini juga aku banyak mengenali beberapa individu yang banyak memberi kesan dalam hidup ini.

Pada tahun 2003 diri ini menempuhi ujian PMR, jika semua kenalanku ketika itu cukup bercita-cita tinggi berusaha mendapatkan sebanyak mungkin 'A' bagi melayakkan diri menjejakkan kaki ke kelas aliran sains tulen pada tingkatan 4. Namun bagiku kelas sains bukan tujuanku. Mungkin bunyinya cukup pelik, tapi inilah yang bermain di benak fikiranku ketika itu. Tambahan pulak aku bimbang jika diri ini dapat menjejakkan kaki di kelas aliran sains akan menyukarkan lagi diri ini meneruskan survival mengejar cita yang telah tersemat kemas dalam jiwa. Bagi menjaga perasaan semua, Alhamdulillah result PMR ku jika memohon aliran sains ke sekolah lain sudah layak. Bukan banyak 'A' tapi cukup sebagai penyedap telinga mendegar dan mata melihat.
Tahun 2004 ada khabar angin dari keluarga supaya mahu diri ini menyambungkan pelajaran ke sekolah agama yang menawarkan aliran teknik/vokasional. Bagiku ini bagai satu tamparan hebat meneruskan lagi cita yang sudah tersemat di jiwa. Aku bukan nak menyalahkan keluarga atas keputusan ini, mungkin ketika itu bagi mereka diri ini cukup kerdil dalam membuat keputusan. Namun begitu, di sinilah ku rasakan keputusan yang cukup besar dalam hidup ini sehinnga mencorak diri sampai sekarang. Aku terpaksa pertahankan jua ingin meneruskan pelajaran dalam bahtera Maahad tersayang, walau bagiku ketika itu warga maahad bukannya memandang sangat golongan yang tidak beraliran sains.Bahkan geng kami ini bagai anak angkat di sekolah ini, terlalu tebal tembok pemisah di antara dua aliran ini. Walau dalam lingkungan ruang yang kecil, inilah tembok yang cukup cantik menjarakkan lagi ukhwah ini.
Namun segalanya berubah setelah keputusan SPM keluar. Jika dulu rakan-rakan dari kelas sains merasa hebat, namun dengan result yang keluar menyebabkan semua terkaku. Ramai dikalangan bukan aliran sains mendapat keputusan cemerlang dan bilangan yang tiada satu pun 'A' sangat sedikit berbanding aliran sains yang dibangga-banggakan sebelum itu. Semua sudah mula memuji, sedang sebelum ini pelbagai tohmahan dilemparkan; kelas akaun merosakkan peratusan sekolah dan banyak lagi. Namun suara ini semua terus bertukar dengan pujian-pujian yang malas nak mendengarnya.
STAM Terus Tersemat
(Rakan-rakan Seperjuangan)
STAM Terus Tersemat
Dalam kesibukan kawan-kawan bercita-cita menyambung pelajaran, diriku tetap dengan cita-cita meneruskan lagi mengambil STAM bagi melayakkan diri meneruskan pengajian ke bumi sahara. Di samping itu diri ini cuba memujuk keluarga supaya dapat menbenarkan memohon meneruskan pengajian ke Marocco atau Jordan dengan keputusan SPM, namun jawapannya memeritkan hati ini. Di kesempatan yang ada ini, aku cuba memujuk keluarga supaya dapat melepaskan diri ini terbang ke bumi mesir, memandangkan kos sara hidup di sana lebih rendah berbanding Marocco dan Jordan.
Dalam menunggu keputusan permohonan Universiti dengan keputusan SPM seluruh keluarga bimbang kemana akan jatuhnya diri ini. Sedang diri ini langsung tiada berhajat menyambung pelajaran di bumi Malaysia. STAM tetap menjadi tumpuanku dan bumi Mesir harapan terakhirku menjejakkan kaki ke tanah sahara. Semua percaturan-NYA, keputusan UPU yang ku pohon menyatakan aku tidak layak kemana-mana pun. Ini suatu berita yang ramai dikalangan keluarga tidak dapat terima, memandangkan keputusanku boleh dikatakan sudah layak. Dan inilah berita yang aku tunggu-tunggu, walau hati sedikit hiba melihat teman-teman yang jauh lebih rendah dariku dapat tawaran, sedang diri ini tidak layak.
Inilah percaturan dari-NYA, Allah akan memberi sesuatu bertepatan dengan kehendak dan kesesuaian diri kita. Kadang-kadang di mata kita itulah terbaik, namun di sisi-NYA lebih menyetahui segala yang terbaik buat hambanya. Dengan khabaran ini, aku dapat meneruskan pembelajaran dengan satu matlamat yang jelas. Setelah lengkap aku menduduki STAM, aku dikejutkan dengan tawaran menyambung pelajaran peringkat diploma dalam jurusan hartanah di UITM. Seluruh keluarga gembira dengan khabaran ini, tapi bagiku ketika itu bagai kera sumbang hendak membuat keputusan. Seluruh keluarga terdekat sudah tahu, bahkan ada yang mengucapkan tahniah pada diri ini. Memikirkan diantara keluarga dan cita-cita yang mana harus diri ini dahulukan.
UITM yang MenghantuiKu
Pada mulanya aku berhajat ingin juga merasai belajar di universiti dalam negara sebelum keputusan STAM keluar dan menyambung pelajaran lagi ke sahara, disamping memuaskan hati semua ahli keluarga yang gembira ketika itu. Di saat inilah aku cuba mendapat banyak pandangan dari saudara terdekat, kenalan dan beberapa individu yang sedikit berumur dariku. Di sinilh aku tertarik dengan satu kata-kata dari pakcik ku yang menyebabkan diri ini tersentak:
"bagi Paksu Majdi sudah boleh membuat keputusan sendiri, jangan Majdi membuat keputusan untuk memuaskan hati orang sedang Majdi terseksa...."
"satu kata-kata yang Paksu sentiasa pegang dan mungkin Majdi boleh fikir balik...."
"kata-kata ni diambil dari pesanan Saidina ALi kepada panglima perangnya; jangan kamu tergopoh-gapah dalam membuat sesuatu keputusan, tetapi jika kamu telah membuat keputusan jangan kamu lari darinya. Jika kamu lari, kamu akan di hukum bunuh..."
Cukup bermakna kata-kata ini dalam jiwaku..
Keputusan Menghibakan Semua
Keputusan Menghibakan Semua
Setelah diri ini banyak memohan dari-NYA semoga ditunjukkan jalan terbaik, aku putuskan jua biarlah semua orang memulau, memarahi dan memandang serong kepada ku. Keputusanku tetap satu, iaitu menyambung pelajaran ke tanah sahara, dan keputusan STAM penentu semuanya. UITM terpaksa aku lupakan bagi meneruskan cita ini. Setelah diri ini memberitahu keputusan ini kepada ibuku, dia tiada terkata dan terus kelu. Dalam tempoh masa beberapa hari selepas itu, pelbagai luahan dari keluarga terdekat aku dengar dan tak cukup dengan itu ada yang secara personal menemuiku menandakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan diri ini. Kata sudah di luah, langkah sudah diatur maka tiada lagi masa untuk berundur. Ini sahaja yang sanggut aku pegangi ketika itu walau hati cukup pedih dengan luahan kata dari orang yang kita harapkan berada dekat menyokong tapi lain pulak jadinya. Sehinggakan ada yang terus bermasam muka dengan diri ini menandakan ketidak setujuan dengan keputusan diri ini.
Dalam keadaan yang tegang ini aku membuat keputusan keluar menetap di sebuah pondok bagi mencari ketenangan disamping mendalami lagi khazanah ilmu yang masih lagi belum diterokai oleh diri ini. Dalam tempoh sebelum keputusan STAM keluar aku banyak menghabiskan masa di sini dalam keadaan cukup berjimat cermat, kadang-kadang sampai 3 ke 5 hari tidak menjamah nasi, tetapi cukup dengan makanan ringan. Hanya menghabiskan duit simpanan dan sedikit duit dari ibuku, ini sahajalah menjadi bekalan di sini.
Sepanjang diri ini berada di laman ilmu ini menunggu keputusan STAM terasa bagai cukup mengharap kepada-NYA membuka jalan kemudahan kepada diri ini meneruskan lagi perjalanan hidup selepas ini. Di detik ini hanya kepada-NYA sahaja tempat diri ini merintih dan penuh keyakinan menemui jalan kemudah selepas ini.
Result STAM
Setelah tiba masa keputusan STAM keluar, diriku dan kenalan memberanikan diri melangkah mengambil keputusan. Bagiku kitika ini hanya keputusan STAM lah sahajalah untuk meneruskan langkah seterusnya menongkah medan ilmu ini. Sesampainya ke maahad aku bertemu dengan arwah cikgu Muhammad B. Mahmud, dan beliau menyampaikan berita gembira dengan menyatakan tiada seorang pun calon STAM yang mendapat maqbul, yang paling rendah pun jayyid. Apabila menyebutkan nama arwah Cikgu Muhammad banyak mengingatkan ku kepada banyak memori terukir ketika belajar B.Melayu peringkat SPM, samatelahan pulak gelaran 'MZ' pun dia yang bagi di sebabkan penulisankan dalam subjeknya ketika itu. Setelah mendapat tahu khabaran ini aku sedikit lega dan berani untuk mengambil keputusan ini.
Setelah melangkah ke bilik unit peperiksaan maahad aku cuba mencari di mana letaknya keputusan diri ini, setelah hampir 5minit menunggu dan memcari keputusan diri ini, lalu temui jua milikku. Walau keputusan diri ini bukanlah tinggi sangat berbanding kawan-kawan lain, namun sudah cukup ku buktikan buat semua aku dapat jua berada di kalangan kelompok pelajar STAM yang terbaik pernah di catatkan dalam sejarah maahad.
Panggilan Kehampaan
Selesai meraikan bersama kenalan di bumi bertuah maahad diriku dan kenalan melangkah meluru ke tempat kediamanku ketika menuntut ilmu peringkat STAM dulu bagi meraikan bersama rakan serumah dan merancang ke beberapa tempat peranginan bagi meraikan keputusan bersama. Dalam keadaan kegembiraan dan meraikan bersama kawan-kawan aku mendapat panggilan dari abangku yang paling sulung lelaki selepas kakakku menanyakan keputusanku;
"macam mana Majdi, keputusan STAM?....." tanya abangku
"alhamdulillah, tak dapat mumtaz keseluruhan sebab ada 2 jayyid, tapi oklah tu..." jawabku
"ye ke, tahniah!!... bila nak balik rumahnya?... nak belanja makan ni..."
"tak pasti lagilah, tengoklah esok ke lusa..." jawabku lagi
"Majdi, abang rasa Majdi tak payahlah pergi Mesir.... Malaysia pun Majdi boleh sambung dengan STAM..." pinta abangku..
"tak apalah abang jika macam tu, nanti Majdi fikirku balik(terus berubah air mukaku)..." jawabku lagi..
Panggilan ini bagiku bagai memberikan atau sebagai kunci yang sudah digunakan bagi menguburkan segala citaku sebelum ini. Bagiku abang aku ini sajalah harapan terakhir membiayai pengajianku jika aku menyambung pelajaran ke Mesir, memandangkan dia seorang sahaja anak lelaki dalam keluarga ini yang telah bekerja ketika itu. Setelah mendapat panggilan ini hatiku merasakan inilah titik noktah meneruskan lagi cita ke tanah sahara. Cukup pedih rasanya menemani kawan menguruskan permohon menyambung pengajian ke luar negara. Yang menghibakan lagi apabila teman bertanyakan kenapa aku tidak mahu memohon. Apa tidaknya, semua orang sudah mengetahui cita-cita ini bagai sudah disemai dan hanya menunggu memetiknya sahaja, namun diri ini hanya biarkan sahaja buah itu tua dan menunggu luruh tanpa di makan.
Di sinilah bagiku baru terasa mahu mengisi borang Universiti dalam Malaysia, walau diri cukup membantah pada realitinya. Namun ku pasrahkan jua, mungkin ada sesuatu yang labih baik melalui percaturan-NYA ini. Tanpa berfikir panjang diri ini hanya mengisi apa sahaja ruangan borang UPU, jika sudah ditetapkan tidak akan kemana. Langkahku ketika ini bagai penuh kelesuan memikirkan adakah cita-citaku yang telah terpasak di jiwa akan terus terkubur begitu sahaja.
Tawaran USIM Datang Menyambar
Setelah mendapat jawapan meneruskan pengajian peringkat ijazah di USIM hatiku sedikit terubat dapat meneruskan separuh cita-citaku mahu menyambung pelajaran dalam bidang agama, namun separuh lagi cita-citaku masih menjadi luka yang belum terubat. Hari-hariku di sini cukup terseksa memikirkan jiwaku tetap menerawang di bumi sahara nun jauh di sana.
Dalam keadaan yang tegang ini aku membuat keputusan keluar menetap di sebuah pondok bagi mencari ketenangan disamping mendalami lagi khazanah ilmu yang masih lagi belum diterokai oleh diri ini. Dalam tempoh sebelum keputusan STAM keluar aku banyak menghabiskan masa di sini dalam keadaan cukup berjimat cermat, kadang-kadang sampai 3 ke 5 hari tidak menjamah nasi, tetapi cukup dengan makanan ringan. Hanya menghabiskan duit simpanan dan sedikit duit dari ibuku, ini sahajalah menjadi bekalan di sini.
Sepanjang diri ini berada di laman ilmu ini menunggu keputusan STAM terasa bagai cukup mengharap kepada-NYA membuka jalan kemudahan kepada diri ini meneruskan lagi perjalanan hidup selepas ini. Di detik ini hanya kepada-NYA sahaja tempat diri ini merintih dan penuh keyakinan menemui jalan kemudah selepas ini.
(Masjid Pondok Terusan P.Tumbuh)
Result STAM
Setelah tiba masa keputusan STAM keluar, diriku dan kenalan memberanikan diri melangkah mengambil keputusan. Bagiku kitika ini hanya keputusan STAM lah sahajalah untuk meneruskan langkah seterusnya menongkah medan ilmu ini. Sesampainya ke maahad aku bertemu dengan arwah cikgu Muhammad B. Mahmud, dan beliau menyampaikan berita gembira dengan menyatakan tiada seorang pun calon STAM yang mendapat maqbul, yang paling rendah pun jayyid. Apabila menyebutkan nama arwah Cikgu Muhammad banyak mengingatkan ku kepada banyak memori terukir ketika belajar B.Melayu peringkat SPM, samatelahan pulak gelaran 'MZ' pun dia yang bagi di sebabkan penulisankan dalam subjeknya ketika itu. Setelah mendapat tahu khabaran ini aku sedikit lega dan berani untuk mengambil keputusan ini.
(Hari result STAM)
Panggilan Kehampaan
Selesai meraikan bersama kenalan di bumi bertuah maahad diriku dan kenalan melangkah meluru ke tempat kediamanku ketika menuntut ilmu peringkat STAM dulu bagi meraikan bersama rakan serumah dan merancang ke beberapa tempat peranginan bagi meraikan keputusan bersama. Dalam keadaan kegembiraan dan meraikan bersama kawan-kawan aku mendapat panggilan dari abangku yang paling sulung lelaki selepas kakakku menanyakan keputusanku;
"macam mana Majdi, keputusan STAM?....." tanya abangku
"alhamdulillah, tak dapat mumtaz keseluruhan sebab ada 2 jayyid, tapi oklah tu..." jawabku
"ye ke, tahniah!!... bila nak balik rumahnya?... nak belanja makan ni..."
"tak pasti lagilah, tengoklah esok ke lusa..." jawabku lagi
"Majdi, abang rasa Majdi tak payahlah pergi Mesir.... Malaysia pun Majdi boleh sambung dengan STAM..." pinta abangku..
"tak apalah abang jika macam tu, nanti Majdi fikirku balik(terus berubah air mukaku)..." jawabku lagi..
Panggilan ini bagiku bagai memberikan atau sebagai kunci yang sudah digunakan bagi menguburkan segala citaku sebelum ini. Bagiku abang aku ini sajalah harapan terakhir membiayai pengajianku jika aku menyambung pelajaran ke Mesir, memandangkan dia seorang sahaja anak lelaki dalam keluarga ini yang telah bekerja ketika itu. Setelah mendapat panggilan ini hatiku merasakan inilah titik noktah meneruskan lagi cita ke tanah sahara. Cukup pedih rasanya menemani kawan menguruskan permohon menyambung pengajian ke luar negara. Yang menghibakan lagi apabila teman bertanyakan kenapa aku tidak mahu memohon. Apa tidaknya, semua orang sudah mengetahui cita-cita ini bagai sudah disemai dan hanya menunggu memetiknya sahaja, namun diri ini hanya biarkan sahaja buah itu tua dan menunggu luruh tanpa di makan.
Di sinilah bagiku baru terasa mahu mengisi borang Universiti dalam Malaysia, walau diri cukup membantah pada realitinya. Namun ku pasrahkan jua, mungkin ada sesuatu yang labih baik melalui percaturan-NYA ini. Tanpa berfikir panjang diri ini hanya mengisi apa sahaja ruangan borang UPU, jika sudah ditetapkan tidak akan kemana. Langkahku ketika ini bagai penuh kelesuan memikirkan adakah cita-citaku yang telah terpasak di jiwa akan terus terkubur begitu sahaja.
(Rakan-rakan yang menyambung pelajaran ke MESIR)
Tawaran USIM Datang Menyambar
Setelah mendapat jawapan meneruskan pengajian peringkat ijazah di USIM hatiku sedikit terubat dapat meneruskan separuh cita-citaku mahu menyambung pelajaran dalam bidang agama, namun separuh lagi cita-citaku masih menjadi luka yang belum terubat. Hari-hariku di sini cukup terseksa memikirkan jiwaku tetap menerawang di bumi sahara nun jauh di sana.
Tanpa aku sedari dalam dunia kepura-puraan ini dapat juaku habiskan sampai ke tahap ini sekarang. Dapat jua aku menhabiskan tempoh pembelajaran di sini dengan pelbagai rintangan.
Cita Lama Kembali Berputik
Berada di bumi USIM ini Allah telah mempertemukan aku dengan beberapa profesor dari azhar, dan lebih menguntungkan lagi dapat menyelesaikan penulisan kajian ilmiahku di bawah pengawasan seorang profesor dari al-Azhar mesir. Di sini juga aku banyak mengenali profesor dan Dr dari bumi sahara. Mereka ini bagiku cukup baik dalam mencurahkan ilmu mereka. Bila sahaja diri berama mereka terasa diriku cukup atau terlampau kerdil dari sudut ilmu berbanding mereka, namun dengan sebab tawadu' mereka bagai tiada tembok yang memisahkan kami dalam berkomunikasi. Berbeza di kalangan kita yang diberi sedikit kebolehan pangkat dan ilmu, tidak boleh mendegar pandangan orang lain.
Setelah mengenali mereka ini semua diriku merasakan walau cita lamaku ke tanah sahara pernah hampir terkubur, namun sekarang aku cukup mengharapkan huluran dari-NYA semoga dapat jua diri ini melangkah mendalami ilmu ke bumi sahara sana. Aku tidak tahu adakah cita-cita yang kembali berputik ini akan menjadi realiti atau sekadar fantasi semata.
(USIM Sebagai Medanku Berpencak)

Jika bukan dari huluran rahmat-NYA maka cita ini akan hanya tinggal terbuku cantik dalam tulisan ini.. Atau cukuplah citaku ini direalisasikan kepada zuriatku kelak.. WALLAHU A'ALAM......
Di dalam cerita ini diriku banyak membuat keputusan sehinggakan mengenepikan banyak orang, namun aku harap selepas ini tidak mahu lagi melukakan hati orang lain dalam menjayakan misi diri ini semata...:)
"Mencorak Suasana Dengan Islam"
No comments:
Post a Comment