Memang tak boleh dinafikan bahawa jika sebut berkaitan sijil semua orang tahu apa kegunaannya. Jadi tak mustahillah orang sanggup habiskan masa, tenaga atau wang demi mendapatkannya.
Sebut sahaja sijil pelajar USIM cukup sensitif, apa tidaknya bermula awal tahun ini mengikut anekmen baru tidak membenarkan semua jenis aktiviti supaya tidak keluarkan sijil. Hanya sekadar surat penghargaan yang diberi kepada yang terlibat setiap program. Jadi benda inilah terpaksa kita tempuhi, bagi organisasi yang mewakili pelajar atau tidak salah saya cakap orang tengah di antara pelajar dan pentadbiran. Tidak kiralah dari atas ke bawah atau dari bawah ke atas, orang tengah inilah yang pening kepala. Di sinilah permualaan latihan kita, jika di tapak ini pun kita tak dapat berlaku adil, apatah lagi di peringkat yang lebih besar. Sekadar menurut dan menjawab bagi pihak kerajaan atau menegur kerajaan bersama pandangan rakyat dan menilai yang terbaik.
Di sini bukanlah saya mahu menceritakan berkaitan sijil umumnya atau mengkritik mana-mana pihak, cuma mahu berkongsi sedikit perstiwa yang terjadi kepada diri ini ada jugalah kaitan dengan sijil. Cerita ini belaku pada 11/7/2010 yang lepas sebagai pengajaran buat semua pembaca.
Di hujung minggu lepas saya dan kawan-kawan terpaksa bergegas ke sebuah sekolah rendah sekitar Nilai ini sebagai fasi program kem bestari solat, dari pukul 8.00-12.00pm. Berada di sekolah itu tiada apalah yang ingin dikongsikan, tiada bezanya dengan program-pogram lain, cuma ada sedikit cabaran sebab diberi kelas yang agak terkebelakang. Namun itu sudah menjadi kebiasaan bagi saya berdepan dengan budak-budak macam ni.
Ceritanya bermula apabila program ini tamat pada pukul 12.00p.m dan selepas itu ada slot bersama pihak pentadbiran sekolah dengan semua fasi. Secara tiba-tiba sebelum majlis bermula pengerusi majlis menanyakan nama saya.
"Ahmad Majdi," jawab saya.
"masyaAllah sheikh, ana tersalah taip nama nta kat sijil,"jawab pengerusi majlis itu.
"taip apa nama ana?,"saya bertanya.
"masdi,"jawab pengerusi majlis itu.
"tak ape lah dunia semua tu(senyum)," jawab saya.
Selepas itu majlis pun bermula, tanpa diduga nama saya dipanggil bagi memberikan sepatah dua kata sebagai wakil dari fasi. Terpaksa jugalah bercakap mengikut apa yang terkeluar dari mulut tanpa plan apa-apa.
Selepas ucapan dari diri ini, di sambung pula ucapan guru besar dan terus kepada sesi pembahagian sijil buat semua fasi sehingga semua fasi dapat. Dalam diri ini memikirkan sijil yang dapat hari ini sebagai simpanan sajalah, nak tunjuk kepada orang lain tak berguna sebab tersilap taip.
Selesai sesi bersalaman dan terima kasih kepada pihak sekolah, saya terus minta diri, memandangkan terpaksa kembali ke tempat program yang satu lagi yang tidak berapa jauh dari sekolah itu. Dengan pacuan dua roda saya meluncur laju demi mengejar masa ke tempat program satu lagi yang memerlukan komitmen diri ini. Sesampai di sebuah lampu isyat, terasa bagai lama menunggu. Di sinilah terasa kurang cerdiknya tindakan melihat tiada pun kereta dari lorong yang ketika itu berwarna hijau tiada pun meluncur keluar. Tanpa berfikir panjang dan sempat tengok kebelakang secara 'lamhah', saya buat keputusan melanggar lampu isyarat yang berwarna merah ketika itu.
Terpulanglah apa kalian nak fikir. Mungkin nampak tidak berperaturan melanggar lampu isyarat, namun jika terlalu bendul susah juga. Lepas sahaja lampu isyarat itu, tanpa disedari ada sebuah motor mengikuti diri ini tanpa disedari. Yang mengejutkan lagi motor itu terus menghampiri diri ini dan menyuruh berhenti di tepi jalan. Terasa terkejut juga apabila melihat 2 orang pemuda yang siap berunifom lengkap dan terus meminta dari saya ic dan lesen. Seterus selepas itu terus menyuruh mengikut mereka dari belakang masuk ke Balai. Saya follow sajalah, dalam hati saya sekadar berserah kepada-NYA. Mungkin hari ini rezeki dia, dan terfikir juga "sepandai-pandai tupai, jatuh ketanah juga".
Sesampai di Balai dua pemuda itu terus bersuara, tanpa sempat saya membuka mulut.
"Mahu pergi mana loghat(tergesa-gesa)ni?(lahjah kelantan, setelah tengok ic saya)," tanya pemuda itu.
Tanpa menjawab soalan itu saya menjawab, "tadi tiada kereta, jadi saya lintas sajalah,"
"dari mana ni?," tanya pemuda itu
"baru balik dari sekolah, jadi fasi,"jawab saya
"ni apa?(sambil mengambil sijil dalam box motor saya),"tanya pemuda itu
"sijil jadi fasi program tadi," jawab saya
"oklah, lain kali jangan tengok depan saja, tengok belakang juga," terang pemuda itu, sambil mengembalikan ic dan lesen memandu kepada diri ini.
Setelah bersalaman dengan 2 orang pemuda itu saya terus meluncur keluar dari balai itu menuju ke tempat program satu lagi.
The moral of story:
1)Sentiasalah bersedia walau berada di mana.
2)Jangan terlampau tergopoh-gapah dalam membuat suatu keputusan.
3)Kalau nak langgar lampu isyarat, pastikan semua clear dulu(macam tegah malam or memang tiada orang).
4)Jangan perlekehkan sesuatu benda, sesungguhnya Allah jadikan sesuatu itu ada hikmahnya, walau kita tidak mengetahuinya.
5)Pastikan pandang belakang sebelum buat apa-apa keputusan. Mudah katanya jangan lupa pandang sejarah.
6)Sijil berguna juga walaupun salah taip.
7)Bercakap benar walau keadaan apa pun.8)Berani mengaku kesalahan diri sendiri.
"If you can dream it, you can do it"
No comments:
Post a Comment