Tuesday, July 20, 2010

Kubur dan Ibrah kepada Kehidupan Realiti









Lokasi: tanah perkuburan Kariah Batang Benar Nilai N.S..
p/s: sebagai perkongsian buat semua, macam mana urusan pengalian kubur.
Inilah yang di namakan manusia, tiada istilah hidup berseorangan dalam kehidupan yang digariskan oleh syariat buat manusia.
Ketika hidup inilah kita di suruh menghubung silaturrahim, mengeluarkan zakat dan banyak lagi suruhan menjurus secara langsung kepada merapatkan lagi jurang di antara sesama manusia.
Jadi untuk kita berada di muka bumi ini, tidak dapat tidak kena mengikut guard yang telah di tetapkan oleh-NYA. Bukan hanya hablum mina Allah, tetapi DIA juga menyuruh kita menjaga hablum mina annas.
Sehebat mana pun kita di dunia ini, penghujung kehidupan tetap ke alam ini. Jika kita betul-betul hebat dan dapat hidup sendirian sehinnga tidak menghiraukan manusia lain, maka fikirkan balik. Jika ketika hidup ini pun kita sudah terasa susahnya jika mementingkan diri sendiri, apatah lagi jika kita sudah bergelar 'jenazah'. Adakah kita dapat menguruskan kematian kita kelak tanpa bantuan orang lain?. Sama-samalah kita fikir.
Jika segala amanah Allah kepada kita tidak di sebarkan untuk kebaikan semua atau untuk membantu umat ini, maka bersedialah dengan jawapan untuk menjawab pertanggunjawaban ini kepada-NYA di akhirat kelak. Roh Islam itu bukan hanya untuk kita sahaja menikmatinya tetapi di sana tertanggung di atas kita supaya menyebarkannya. Jika sebelum ini obor Islam datang kepada ummah melayu kita dengan penuh liku-liku kesusahan, maka jangan biarkan diri kita yang memadamkan obor ini.
Sama-samalah kita fikir bersama..
"cukuplah kematian itu sebagai pengajaran"
"If you can dream it, You can do it"

No comments: